Bangsar adalah antara penempatan popular di Malaysia. Ia juga terkenal sebagai lokasi hiburan. Jadi, ada banyak restoran yang boleh ditermui di sini. Berikut kami senaraikan 11 tempat makan best di Bangsar yang anda boleh kunjungi, teruskan membaca ya!
Station 21 terkenal dengan pelbagai hidangan Barat yang disediakan dalam kuantiti yang banyak. Restoran ini amat terkenal sehingga turut menjadi pilihan legenda rock Datuk Ramli Sarip. Hidangan paling diminati pelanggan adalah steak, dijamin lazat!
Menurut pelanggan, steak mereka amat lazat seolah-olah makan di hotel. Harganya juga berpatutan, memang berbaloi! Restoran yang terletak di sebelah masjid ini juga memberi keselesaan kepada pelanggan yang mahu menunaikan solat sebelum atau selepas makan.
Alamat: Medan Selera Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Telawi, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 12 tengahari hingga 11 malam
Gerai ini selalu diserbu pelanggan yang ramai kerana makanannya yang sedap dan murah. Mungkin kebanyakan gerai menawarkan harga yang mahal untuk menu ini namun di sini, harga yang ditawarkan memang berpatutan dengan kualitinya!
Dengan harga di antara RM3 sehingga RM7, anda mendapat sepinggan nasi penuh dengan kuah kari ikan, bendi dan taugeh, ayam goreng atau ikan goreng atau sotong goreng.
Oleh sebab nama gerai ini sendiri ialah Kari Kepala Ikan Annuar, jadi anda haruslah cuba kari kepala ikannya! Ikan segar bersama kuah kari pekat ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan yang datang ke sini.
Alamat: Pusat Penjaja Taman Lucky, No.2, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang
Yusuf Tom Yam menawarkan hidangan tempatan yang diyakini menyelerakan. Susah nak kata yang mana satu makanan dalam menu mereka yang paling sedap kerana kebanyakan masakan mereka mendapat komen positif.
Ini sudah tentu termasuk Tom Yam yang menjadi hidangan utama mereka. Menurut pelanggan, ia standing dengan Tom Yam yang ada di tempat asalnya, Thailand. Satu lagi keistimewan restoran ini ialah nasi goreng mereka yang menjadi buah mulut orang ramai, anda wajib cuba!
Alamat: Bangsar Gerai 13, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam
Di Killer Gourmet Burger (KGB beberapa pilihan jenis burger yang menggiurkan iaitu Bobcat, Pineapple Express, Truffle’d Swiss, Double Animal dan Bash. Nama-nama ini mungkin kedengaran unik, namun kesemuanya enak belaka!
Rata-rata pelanggan memuji apa jua burger yang mereka pilih. Menurut pelanggan, burgernya lebih besar daripada burger di tempat lain dengan harga yang lebih murah juga. Dagingnya yang lembut dan ‘juicy’ membuatkan pelanggan amat menyukainya.
Bagi yang ingin makan besar, pilihlah set yang siap dengan kentang goreng dan minuman. KGB dengan bangganya mempunyai tiga cawangan setakat ini.
Alamat: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, untuk Isnin hingga Khamis bermula dari jam 12 tengahari hingga 10:30 malam, manakala Jumaat hingga Ahad dibuka bermula dari jam 12 tengahari hingga 11 malam
Restoran Rebung memang nama yang tidak asing lagi. Ia dimiliki oleh dua individu terkenal iaitu Chef Ismail dan Syeikh Muszaphar. Chef Ismail sememangnya seorang chef yang berbakat dan terkenal yang sentiasa menghiasi kaca TV dan majalah-majalah.
Hidangan masakan Melayu tradisional mereka memang tidak mengecewakan. Malah, restoran ini memang selalu dikunjungi selebriti terkenal. Ini juga tempat yang sesuai jika anda ingin memperkenalkan kenalan luar negara anda kepada masakan Melayu tradisional.
Alamat: 5-2, Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam
Restoran Cina muslim bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Tapi, jika anda mahu hidangan Cina muslim yang berbeza daripada restoran Cina muslim yang lain, anda disyorkan untuk ke Restoran Cina Muslim Amber.
Restoran mewah ini menyediakan 40 hidangan bertaraf lima bintang. Daging, kambing dan lembu menjadi asas masakan mereka bersama-sama dengan penggunaan cili yang banyak. Ini sebenarnya adalah masakan dengan pengaruh Wilayah Utara China.
Sesuatu yang unik untuk dinyatakan adalah rempah-ratus yang digunakan dalam masakan turut dibawa khas dari negara Tanah Besar itu. Tambah menarik lagi, dekorasinya berasaskan kayu pula mengambil konsep Cina Muslim Klasik, memang cantik!
Alamat: Unit 1-14, Level 1, Nexus Bangsar South
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 10:30 pagi hingga 10:30 malam
Marmalade Cafe yang dimiliki dua sahabat baik ini menyediakan masakan tempatan dan Barat. Jadi, pelanggan mempunyai banyak pilihan bila datang makan di sini. Dari makanan sampai ke hiasan dalaman kedai, semuanya dibuat dengan begitu baik.
Pemiliknya amat memahami bila ada taman permainan disediakan untuk kanak-kanak. Malah, ada juga hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Oleh itu, Marmalade Cafe memang disukai di kalangan keluarga kerana konsep mesra kanak-kanaknya!
Alamat: 1F.18, Level 1, Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Peminat bebola daging besar bersama sup dan mi, jom singgah di Bakso Monster. Anda diberi pilihan untuk memilih jenis me sama ada bihun, mi kuning , dan hor fun. Begitu juga dengan kuahnya. Pilih di antara sup, tom yam, dan sup tulang.
Kemudian, lengkapkan dengan sedikit rasa pedas dengan sambal hijau atau sambal mentah atau sambal tumis, dijamin padu kepedasannya! Semangkuk bakso berharga kira-kira RM9.90 sahaja, berbaloi dengan keenakannya!
Alamat: 16, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 12 tengahari hingga 10 malam
Jom Makan menghidangkan makanan dengan cara buffet, hidangan panas dan meal box. Mereka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah . Antara set makanan yang menarik ialah Classic Meal Box, Skinny Meal Box, dan Lean Meal Box, cukup sihat!
Tentunya ini amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan mempunyai sijil Halal. Anda juga boleh mengunjungi laman web mereka untuk melihat sendiri hidangan menarik dan sihat dalam menu mereka dan untuk tempahan.
Alamat: Unit 2-6, Level 2, Menara UOA Bangsar, 5, Jalan Bangsar Utama
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 8:30 pagi hingga 7 malam
Restoran Haslam menyediakan pelbagai masakan Melayu tradisional termasuk kuih-muih. Aneka menu inilah yang menjadikan ramai pelanggan suka untuk makan di sini, tidak kira untuk makan berat atau sekadar untuk melepak bersama rakan-rakan.
Malah, Restoran Haslam paling ramai menerima pelanggan sewaktu makan tengah hari kerana adanya pelbagai makanan. Sebahagian pelanggan juga menganggap ini adalah restoran Melayu terbaik di Bangsar!
Alamat: Jalan Pantai Baharu, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 7 pagi hingga 7 malam
Ruang makannya yang luas amat sesuai menampung jumlah pelanggan yang ramai terutama semasa makan tengah hari. Ini juga antara pilihan utama ramai pelajar memandangkan lokasinya berhampiran dengan universiti.
Nabila Corner menyediakan pelbagai hidangan menarik dalam menu mereka seperti ikan bakar, nasi ayam, ayam penyet, ayam panggang dan beraneka masakan berasaskan mee, memang berbagai! Ada yang sudah mula rambang mata ke tu?
Alamat: AB 2, Jalan Pantai Baru, Bukit Pantai, Bangsar
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Anda sudah mula terliur? Ini baharu sahaja kami senaraikan antara 10 tempat makan terbaik sekitar Bangsar, belum lagi kami senaraikan kesemuanya!
Bagi yang sudah memasang niat untuk menyerbu tempat-tempat makan yang kami cadangkan ini, lekaslah berbuat demikian sebelum terlepas peluang ya! Selamat menjamu selera!