Mencari tempat lepak di Johor Bahru?

Johor Bahru merupakan ibu negeri yang juga menjadi pusat perniagaan dan pelancongan utama di Johor. Jadi, semestinya tempat makan di Johor Bahru ini ada berbagai dan ini termasuklah tempat lepak.

Masih tak tahu nak serbu tempat lepak yang mana? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 tempat lepak di Johor Bahru untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Banafee Village Restaurant

Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 24 jam

Untuk mencari tempat lepak, semestinya anda dan rakan-rakan mahu singgah di tempat makan yang luas dan selesa. Jadi, Banafee Village Restaurant merupakan antara tempat lepak di Johor Bahru yang best.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Menu yang terlaris di sini ialah nasi ayam penyet. Keistimewaan utama menu ini terletak pada sambal yang pedas dan secukup rasa. Selain itu, hidangan lain seperti sup tulang merah juga turut digilai ramai.

#2 Restoran Kacang Pool Haji

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Untuk sarapan, kami sarankan agar anda dan rakan-rakan singgah bersarapan di Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di Taman Dato Onn ini.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Semestinya menu yang paling popular di sini ialah roti kacang pool. Roti bakar yang lembut memang sesuai dimakan bersama kacang pool yang sangat sedap. Konsep restoran yang santai juga patut dipuji!

#3 Kapten Steamboat & Grill

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor

Kapten Steamboat & Grill merupakan antara tempat makan steamboat di Johor Bahru yang suasananya cukup selesa dan santai, sesuai disinggah beramai-ramai.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Menu steamboat boleh dipesan secara buffet atau set bergantung kepada kemahuan dan kuantiti yang anda inginkan. Pilihan steamboat di sini segar-segar belaka dan sosnya juga sangat sedap.

#4 Selera Senibong Seafood

Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Ingin menikmati makanan laut yang berbagai pilihan dan segar-segar belaka? Singgah sahaja di Restoran Selera Senibong Seafood.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Jenis makanan laut yang boleh didapati termasuklah sotong, lala, kerang, ketam dan pelbagai jenis ikan. Pilih sahaja cara masakan yang diinginkan, pasti dapat disediakan dan dijamin sedap!

#5 Cupchai Cafe & Resto

Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 11 am – 9.30 pm

Anda dan rakan-rakan suka meluangkan masa di kafe yang bukan sahaja santai, malah cantik konsep interiornya? Jika begitu, singgah sahaja di Cupchai Cafe & Resto.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan selera tempatan dan Barat. Anda boleh cuba menu-menu yang lazat seperti nasi kukus ayam berempah, Kacang Pool, Roti Titab, Fettuccine Carbonara dan mi rebus.

#6 Sarcasteak Cafe

Alamat:  74, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 pm – 11 pm

Ini merupakan antara kafe di Johor Bahru yang dikatakan selesa dan family-friendly – Sarcasteak Cafe. Ianya juga sesuai dijadikan tempat lepak.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang disajikan ialah hidangan tempatan dan Barat. Antara yang boleh anda pesan ialah stik, bebola daging, laksa Johor, soto, lamb shoulder dan banyak lagi. Stik di sini diakui sedap oleh ramai, rugi jika anda tak cuba!

#7 Tapah Corner

Alamat: 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 6.30 am – 4 pm

Selain waktu malam, kami yakin pasti kebanyakan pembaca suka meluangkan masa dengan rakan-rakan pada waktu pagi. Jadi, singgahlah bersarapan di restoran Tapah Corner yang cukup popular ini.

tempat lepak johor bahru
Imej via Foursquare

Dibuka seawal jam 6.30 pagi, menu sarapan di restoran ini memang berbagai. Antaranya ialah nasi dagang, mi siam, nasi rawan, putu bambu, otak-otak dan aneka jenis kuih-muih. Rasanya sedap dan harganya juga murah!

#8 Murtabak Majid Special Cheese No.1

Alamat: No. 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 2 pm – 7 pm

Tiada idea mahu makan apa untuk sesi lepak bersama rakan-rakan pada waktu petang? Cubalah singgah di restoran Murtabak Majid Special Cheese No.1 yang terletak di Kampung Kurnia untuk menikmati murtabak tersedap.

Imej via Foursquare

Keunikan utama di restoran ini semestinya terletak pada murtabak keju mereka. Dihidangkan bersama isi ayam atau daging bersama keju, ianya bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan!

#9 Kafe Eat & Repeat Johor Bahru

Alamat: Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 10 pm

Kafe Eat & Repeat Johor Bahru ini juga merupakan antara tempat lepak di Johor Bahru yang menarik. Konsep hidangannya yang ala boat noodle merupakan antara keistimewaan kafe ini.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang disajikan berkonsepkan selera tempatan. Antaranya ialah soto, lontong, mi bandung, mi kari, sagu gula melaka dan banyak lagi. Anda pasti akan tambah bermangkuk-mangkuk kerana keenakkannya!

#10 Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli

Alamat: G07 Block, 4, Jalan Mutiara Emas 9/3, Taman Austin Boulevard, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 9 pm

Selain mi rebus, kacang pool dan lontong, Johor juga terkenal dengan asam pedas Johor mereka. Jika anda dan rakan-rakan singgah ke sini, cubalah asam pedas Johor di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli.

Imej via Foursquare

Antara asam pedas yang disajikan termasukalh asam pedas ikan pari, asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan merah dan asam pedas kepala ikan. Selain itu, restoran ini juga ada menyajikan lauk-pauk lain yang berasaskan masakan kampung.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat lepak di Johor Bahru yang ingin disinggah? Jika berpeluang, singgah sahaja mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda dan rakan-rakan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.