Sweetree Restaurant – nama restoran ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk Ampang. Biasalah, kalau restorannya terkenal bukan sahaja di sesebuah daerah malah di seluruh negeri, siapa sahaja yang tak kenal?

Jika anda baca ulasan tentang restoran ini di Internet, kebanyakannya memang positif-positif belaka. Jelas yang restoran ini bukan restoran yang biasa-biasa.

Tertanya-tanya apa yang membuatkan Sweetree Restaurant begitu terkenal dan menu istimewa apa yang wajib anda cuba di restoran ini? Teruskan membaca!

Aneka Jenis Makanan Korea Halal, Asli & Lazat

Restoran ini menyediakan makanan Korea yang bukan sahaja enak, malah halal. Ya, mereka memang mempunyai sijil Halal yang disahkan sendiri oleh JAKIM. Jadi, tiada keraguan soal itu!

sweetree restaurant

Imej via Foursquare

Untuk menu signature di sini, Gochujang Glazed Fried Chicken merupakan menu yang wajib anda cuba. Cara untuk menikmatinya sangat menarik, hanya perlu lilit keju bersama ayamnya dan terus ‘ngap’.

sweetree restaurant

Imej via Foursquare

Menu lain yang boleh anda cuba ialah Kimbap, Bibimbap dan Dak-galbi. Boleh juga dijadikan menu sampingan jika anda pesan set BBQ di sini.

Pencuci Mulut Yang Manis & Menyegarkan Tekak

Sebut sahaja tentang pencuci mulut Korea, pasti anda terbayangkan Patbingsu atau lebih dikenali dengan Bingsu, bukan? Restoran ini ada menyediakan berbagai jenis Bingsu yang memang sedap!

Tak tahu rupa Bingsu? Bayangkan sahaja ais kepal, lebih kurang itulah! Bezanya, Bingsu ini ada topping yang berbeza, mengikut citarasa masing-masing.

sweetree restaurant

Imej via Foursquare

Antara Bingsu yang boleh didapati di restoran ini ialah Oreo Bingsu, Mango Bingsu, Green Tea Bingsu & Injeolmi Bingsu. Oreo Bingsu merupakan Bingsu kegemaran ramai, kami yakin anda pasti akan menyukainya juga!

Dekorasi Restoran Cantik, Servis Pun Terbaik

Sebelum singgah di mana-mana restoran, kami yakin anda pasti menitikberatkan dua aspek ini – dekorasi dan servis restoran, bukan?

Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan memuji servis restoran yang baik. Pekerja-pekerja di sini ramah, ringan tulang dan cekap semasa berurusan dengan pelanggan.

interior sweetree

Imej via Foursquare

interior sweetree restaurant

Imej via Foursquare

Untuk dekorasi pula, restoran ini mengingatkan kami kepada restoran di Korea yang elegan interiornya. Ala-ala yang di dalam drama Korea pun ada, cantik dan santai!

Banyak Lagi

Pernah terdengar tentang Hotteok? Hotteok merupakan street food yang agak terkenal di Korea. Intinya merupakan gabungan gula perang, serbuk kayu manis dan kacang, memang sedap!

Sukakan Kimchi? Anda boleh pesan Kimchi Fried Rice, Kimchi Jigae dan Kimchi biasa. Untuk Kimchi biasa, harganya RM 5 untuk 100 gram dan RM 10 untuk 200g.

Kesimpulan

Bagaimana? Pasti anda sudah tidak sabar-sabar mahu mencuba pelbagai jenis makanan Korea yang sedap dan halal di sini, bukan? Jika ya, lekaslah singgah Sweetree Restaurant jika berpeluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut berebut tempat duduk dan ruang parkir pula!

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.30 malam

Mencari lebih banyak restoran makanan Korea yang halal di KL & Selangor? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Restoran Makanan Korea Halal di KL & Selangor

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .