Sesekali pasti kita teringin untuk makan makanan seperti di majlis kenduri. Ada satu restoran yang menawarkan suasana makan seperti itu.Sebaik melangkah masuk ke Kedai Makan Abang Tukang Masak pengunjung pasti terasa seperti menghadiri kenduri yang menjadi amalan masyarakat ini.

Irama moden dan tradisional berkumandang, menghiburkan pengunjung selain kakitangan wanitanya cantik berbaju kurung beraneka warna. Dekorasi dalaman kedai ini menarik perhatian dengan lampu hiasan diletakkan di atas meja yang diperbuat daripada rotan. Tambah menarik, hidangan dibawa dengan dulang tin yang biasa digunakan di kebanyakan majlis kenduri masyarakat Melayu.

Kedai Makan Abang Tukang Masak

Imej via Facebook

Abang Tukang Masak atau ATM sengaja membawakan suasana meriah kenduri. Ini adalah untuk mengekalkan tradisi yang menjadi adat Melayu selaras dengan konsep makanan yang ditawarkan.

Kedai Makan Abang Tukang Masak Menyediakan Hidangan Tradisi

ATM menyediakan hidangan tradisional menjadi kegemaran masyarakat dan resipi asal dikembalikan bagi memberikan cita rasa unik. Antaranya kangkung celur tidak lagi dimasukkan sebagai bahan ke dalam kebanyakan nasi lemak dan sambal berempah. Ia juga jarang didapati kini, dihidangkan bersama nasi kerabu, daging bakar, telur asin yang dimakan bersama solok lada.

abang tukang masak

Hidangan enak lain seperti nasi dagang bersama ikan tongkol, kelapa sangai dan jelatah nanas. Tidak ketinggalan ikan patin masak lemak tempoyak yang pekat kuahnya cukup menyelerakan.

Peminat asam pedas, jangan lepaskan peluang mencuba asam pedas ikan pari dan ayam masak merah. Ini yang semestinya menjadi hidangan mesti ada dalam kebanyakan kenduri-kendara. Ayam masak merah itu menjadi makanan paling diminati dan paling laris di ATM terutama hidangan tengah hari.

Di ATM, merekamenyediakan pelbagai jenis kerabu sebagai tarikan turut menjadi hidangan digemari pelanggan seperti kerabu perut, mangga dan sotong. Setiap Jumaat, ATM menyediakan hidangan istimewa berkonsep nasi Arab seperti nasi mandy kambing dan ayam sebagai menu tambahan

Pemanis mulut seperti kuih-muih tradisional dan pastri seperti brownies dan aneka puding.

kuih muih

Menu makan malam adalah hidangan panas makanan tempatan berkonsep Asia Ala Carte disediakan. Anda boleh memesan makanan seperti bihun goreng, char kuey teow dan tom yam.

abg tkg masak

Pelanggan boleh membuat tempahan tujuh hari lebih awal atau sekurang-kurangnya dua hari awal sekiranya menginginkan hidangan tertentu. Anda boleh memesan hidangan istimewa seperti nasi minyak, nasi Arab dan nasi daging.

ATM juga menyajikan hidangan barat sebagai menu tambahan yang dijangka bermula November ini selain perkhidmatan katering.

chicken chop

Info

Lokasi: Plaza Suria, C-G01 Block C, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai.

Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 malam

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.