Sedar atau tidak, makanan Thai mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, ianya menjanjikan aneka rasa yang berbagai seperti masam, manis, masin dan pedas, serta aromanya juga cukup memikat. Tidak kira sama ada anda makan bersama keluarga, rakan mahupun bersendirian, makanan Thai senantiasa menjadi pilihan, bukan?
Bagi sesiapa yang merancang untuk berkunjung ke Petaling Jaya, anda pasti tercari-cari restoran apa yang cocok dengan citarasa anda, bukan? Restoran yang menyajikan makanan Thai yang asli dan terbaik dan interior yang cantik yang boleh membuatkan anda rasa seolah-olah anda sedang makan di kaki lima di Thailand? Kami tahu restoran apa yang cocok buat anda!
Streat Thai merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan Thai yang cukup dikenali di Petaling Jaya, Selangor. Berkonsepkan ‘street food’, interior restoran ini cukup santai dan unik. Lebih menarik, restoran Streat Thai menyajikan makanan Thai yang halal. Mari kita lihat apa yang menarik tentang restoran Streat Thai ini!
Antara ‘killer menu’ di restoran Streat Thai ialah Pad Krapow. Hidangan Pad Krapow yang paling banyak dipesan di sini ialah Pad Krapow Beef with Rice & Fried Egg, Pad Krapow Squid with Rice & Fried Egg dan Pad Krapow Chicken with Rice & Fried Egg. Cukup beraneka buat sesiapa sahaja yang teringin mencuba menu masakan Thai yang cukup popular ini. Saiz hidangan yang besar & rasanya yang cukup enak, sememangnya berbaloi!
Menu ini kedengaran biasa-biasa sahaja, tapi sekali dah cuba, memang rasa ketagih tak terhingga! Streat Thai Signature Fried Chicken Wings ini merupakan antara hidangan yang paling istimewa di Streat Thai. Diperap bersama serai dan daun limau purut, aromanya cukup memikat. Ayamnya juga rangup dan lebih ‘kaw’ apabila dicicah bersama sos istimewanya yang manis dan pedas. Anda pasti sudah mula terliur, bukan?
Tidak dinafikan, nasi goreng nanas merupakan antara hidangan nasi goreng Thai yang cukup popular. Di Streat Thai, Pineapple Fried Rice yang dihidangkan bukan biasa-biasa. Rasa manis, masin dan masamnya yang berbagai namun cukup seimbang menjadikannya lebih enak. Dihidangkan bersama hirisan nenas yang segar, udang kering dan kacang gajus sebagai pelengkap rasa, menu ini semestinya wajib anda cuba!
Bagi yang lebih menggemari hidangan bihun, menu-menu ini wajib anda cuba! Braised Beef Noodle ini merupakan antara hidangan bihun yang paling popular d Streat Thai. Disajikan bersama daging lembu yang cukup lembut, bebola daging dan sup yang pedas, tidak hairanlah menu ini cukup terkenal di sini!
Bagi pencuci mulut pula, kalau dah namanya makanan Thai, pencuci mulut ini pasti termasuk dalam senarai – Mango Sticky Rice! Yang uniknya tentang menu ini ialah pulutnya ada berbagai warna, cukup cantik dan menarik! Mango Sticky Rice ini memang terbaik, mangga yang segar dan santan yang pekat, kami berani jamin anda pasti akan jatuh cinta dengan keenakannya!
Konsep dekor Streat Thai memang cukup menarik perhatian. Warung-warung yang menyajikan berbagai menu masakan Thai di sini persis seperti warung di kaki lima di Bangkok! Sambil menikmati makanan Thai yang asli, anda boleh juga ambil ‘feel’ seolah-olah anda sedang makan ‘street food’ di Thailand, memang menarik!
Kami tahu pasti anda sudah tidak sabar-sabar untuk terjah restoran Streat Thai, bukan? Terutamanya bagi yang sudah mula mengidam makanan Thai, cepat-cepatlah serbu Streat Thai yang terletak di Jalan Universiti, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor ya! Tempat parkir turut disediakan tapi kena cepat-cepat, takut terlepas peluang!