Penang sememangnya terkenal dengan port ikan bakar, tapi adakah anda tahu bahawa terdapat salah sebuah restoran ikan bakar yang sangat popular di Penang. Restoran tersebut dikenali dengan nama Sri Anjung Ikan Bakar yang terletak di Teluk Kumbar.

Walaupun terdapat banyak restoran ikan bakar di Penang, namun percayalah Sri Anjung Ikan Bakar ini juga pasti memberikan kepuasan kepada anda yang merupakan pecinta ikan bakar.

sri anjung ikan bakar
Imej via [srianjung]

Restoran ini bukan sahaja menyediakan juadah makanannya yang sedap, tetapi ia terletak berhampiran pantai di Teluk Kumbar. Jadi, bagi anda yang datang bersiar-siar di persisiran pantai ini, anda boleh ke restoran ini untuk menikmati ikan bakar sedap di sini.

Bagi dekorasi restoran Sri Anjung Ikan Bakar ini, mereka menggunakan hiasan yang biasa-biasa sahaja tetapi tetap menarik. Ruangan restoran ini pula sangat luas dimana ia mampu menampung ramai pelanggan.

Dari restoran ini juga, anda boleh melihat suasana pantai yang sangat menenangkan jiwa anda. Sambil makan ikan bakar dengan nasi yang panas-panas, kena pula dengan permandangan pantai yang memanjakan mata, pasti syok! Stress pun pasti akan hilang semuanya.

sri anjung ikan bakar
Imej via [facebook]

MENU UTAMA DI RESTORAN SRI ANJUNG IKAN BAKAR PENANG

Di Sri Anjung Ikan Bakar, menu yang paling menjadi tarikan utama pengunjungnya semestinya adalah Ikan Bakar. Rasanya sangat sedap dan harganya pula mampu milik serta tidak terlalu mahal.

Dari segi kualiti ikannya pula, ia dibakar dengan sangat sempurna dan isinya juga amat lembut.

Untuk pengetahuan anda, uniknya dengan menu ikan bakar Sri Anjung Penang ini adalah ia dihidangkan bersama sambal dan juga petai. Sekiranya anda penggemar sambal petai, anda wajib cuba menu ini!

Pasti ia akan menjadi pengalaman yang baru yang menyeronokkan buat anda.

sri anjung ikan bakar
Imej via [facebook]

MENU LAIN DI RESTORAN SRI ANJUNG IKAN BAKAR PENANG

Selain menu ikan bakar, restoran Sri Anjung Ikan Bakar juga menghidangkan pelbagai jenis juadah yang sedap-sedap. Bagi anda yang kurang gemar dengan menu ikan bakar, anda juga boleh mencuba menu masakan seafood dan juga Thailand di sini.

Semuanya pasti menyelerakan dan patut anda cuba!

Antara menu yang sedap-sedap disini adalah ketam tiga rasa, siakap stim limau, udang masak petai, mee ketam, mee udang dan banyak lagi menu yang perlu anda cuba sendiri. Selain itu, mereka juga menyediakan menu Nasi Goreng Kampung yang rata-rata pelanggan mereka sangat sukakannya.

Bagi hidangan air pula, restoran Sri Anjung Penang ini menggunakan gelas yang besar. Jadi, dengan segelas air buahnya yang sangat banyak, pasti akan memberikan kepuasan kepada anda.

sri anjung ikan bakar
Imej via [facebook]

Pengunjung yang melawat di sekitar pantai Teluk Kumbar pasti akan singgah ke restoran Sri Anjung Ikan Bakar. Ayuh datang ke restoran Sri Anjung Ikan Bakar bersama keluarga dan juga rakan-rakan anda untuk menikmati juadah ikan bakar yang sangat sedap.

I juga berdekatan dengan pantai yang sangat indah. Disarankan kepada anda untuk datang pada waktu petang bagi mengelakkan orang ramai pada waktu malam.

Lokasi: Jalan Teluk Kumbar, Kampung Teluk Kumbar, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 6 petang hingga 11.30 malam (kecuali hari Selasa)

No. Telefon: 019-415 8138

Jom baca juga Jibril Johor BahruSri Pantai Seafood, Kueh Cafe, Syurga Kuih Muih dan Ikan Bakar Shah Hammer.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.