Di Shah Alam, Selangor, terdapat kafe yang menjual pelbagai jenis kuih sehinggakan digelar ‘syurga kuih-muih’ di Selangor. Kafe yang ditubuhkan sejak 7 tahun lalu oleh Mohamad Ezwan Mohamad Zain ini sememangnya menjadi tarikan bagi pencinta kuih-muih.

Kafe yang diberi nama Kueh Cafe ini menyediakan pelbagai jenis kuih-muih yang menjadi kegemaran masyarakat di negara kita. Mungkin masyarakat kita sering berbeza pendapat dalam hal-hal lain, namun bila bercakap soal makanan, pasti semua dapat berkumpul bersama.

kedai kuah selangor
Imej via [cd]

40 Jenis Kuih Tradisional Dan Moden

Kafe ini menyediakan lebih 40 jenis kuih-muih yang terdiri daripada kuih tradisional dan juga kuih moden. Biasanya kuih-muih ini dibekalkan oleh peniaga tempatan yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan juga mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor.

Apa yang dilakukan oleh CEO Kueh Cafe ini patut menjadi inspirasi buat kita semua dalam membantu masyarakat setempat.

kafe kuih shah alam
Imej via [flickr]

Bagi dekorasi kafe ini pula, ia menerapkan budaya tradisional dan juga antik. Jadi, apabila anda berada di dalam kafe ini, pasti anda akan melihat pelbagai jenis barangan lama dan juga antik yang mungkin sudah tiada pada masa kini. Sungguh rare konsep Kueh Cafe ni!

MENU KUIH DI KUEH CAFE

Menu utama di kafe ini adalah kuih tradisional yang sangat popular bagi masyarakat kita sejak awal kafe ini dibuka lagi. Antara kuih tradisional yang popular disini adalah Keria, Bingka Ubi, Ketayap, Kaswi Pandan, Koci, Karipap, Cakoi, Cucur Badak dan banyak lagi.

Kuantiti kuih yang disediakan disini tidak terlalu banyak bagi mengekalkan kualiti kuih tersebut. Jadi betul juga apa yang dilakukan oleh CEO Kueh Cafe ini, jika kuih-muih ini terlampau banyak kuantitinya pasti membazir kalau tidak habis dijual.

Namun untuk pengetahuan anda, sekitar hampir 100,000 biji kuih sebulan telah terjual.

kedai kuih shah alam
Imej via [flikr]

MENU LAIN DI KUEH CAFE

Restoran kuih Shah Alam ini bukan hanya terdapat pelbagai jenis kuih-muih, malah menu lain juga turut disediakan disini.

Walaupun namanya Kueh Cafe, anda juga boleh mendapatkan makanan berat seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Laksa, Laksam, Mee dan pelbagai jenis menu lain yang sedap-sedap. Boleh dikatakan apa yang diinginkan pasti ada di Kueh Cafe.

kueh shah alam
Imej via [klfoodie]

Selain itu, terdapat juga menu makanan yang tidak berat seperti bubur, cekodok, ubi rebus, keropok, roti jala, cucur udang dan sebagainya.

Bagi anda yang mencari makanan pemanis mulut, restoran kuih Shah Alam ini juga menyediakan banyak jenis pemanis mulut yang sedap dan patut dicuba. Antaranya adalah Cheese Cake, Pavlova, Puding Caramel, Tapai dan banyak lagi menu yang pasti menyelerakan kita semua.

kueh shah alam
Imej via [klfoodie]

Kueh Cafe sering menjadi tarikan bagi semua bangsa di sekitar Seksyen 13 dan juga mereka yang berkunjung ke Selangor. Semua menu yang terdapat disini, semuanya sedap belaka. Sebab itulah ia digelar Syurga Kuih-Muih Di Selangor.

Bolehlah datang bersama keluarga dan rakan untuk merasai pelbagai jenis kuih-muih yang mungkin dapat mengembalikan nostalgia dulu-dulu. Pasti seronok!

Lokasi: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 7 malam

No. Telefon: 012-640 0652

Jom baca juga Restoran Aden Port Dickson, Coffeology Cafe & Restaurant dan Coconut Shake Melaka.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.