Soru Station pada mulanya adalah sebuah trak makanan yang beroperasi di kawasan Bandar Sri Permaisuri. Namun selepas beberapa tahun perniagaan, mereka berkembang dan membuka lapan cawangan kedai makan.

Siapa sangka Soru Station menyajikan makanan western yang berpatutan harganya. Boleh dikatakan harganya agak murah berbanding restoran makanan western yang lain. Memang menarik ni!

soru station
Imej via [google]

Soru Station adalah salah satu tempat terbaik untuk datang makan bersama keluarga. Suasana dan reka bentuk kedainya menarik. Terdapat juga sudut untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.

Cara bayaran di sini adalah menggunakan qr kod yang boleh discan di meja. Jika ingin membayar secara tunai, anda perlu membayar di kaunter.

MENU UTAMA DI SORU STATION

Kepakaran Soru Station adalah dalam menyediakan makanan western, grilled dan steak. Untuk hidangan daging yang terkenal di sini, anda boleh mencuba Classic Lamb Grill, Danok Lamb Grill dan Sous Vide Sirloin.

Ayam pula adalah Charcoal Chicken Grill, Smoky BBQ Chicken Grill, Smoky Mushroom Chicken Grill dan Chicken Parmigiana. Dagingnya lembut dan juicy apabila digigit. Antara keistimewaan Soru Station adalah pada rasa sosnya yang lazat dan sesuai apabila dikombinasikan dengan ayam dan daging.

SORU STATION
IMEJ VIA [GOOGLE]

Sekiranya anda datang bersama rakan-rakan atau keluarga, dicadangkan untuk memesan set makan beramai-ramai. Antara set yang disajikan adalah Big Platter, Mini Platter, Prime Platter, Supreme Platter dan sebagainya.

Platter adalah gabungan beberapa jenis western food, lengkap dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Set Soru Station ini dihidangkan di dalam talam, selain mengeratkan silaturrahim dengan makan bersama, harganya juga sangat berbaloi sesuai dengan kualiti dan kuantiti.

Imej via [google]

MENU LAIN DI SORU STATION

Selain makanan utama berasaskan daging dan ayam, Soru Station juga menyediakan pelbagai jenis makanan barat yang lain.

Bermacam variasi pasta seperti Spaghetti Bolognese, Spaghetti Creamy Mushroom, Spaghetti Aglio Olio, Spaghetti Arrabbiata dan lain-lain. Di samping itu, menu berunsurkan burger semisal Chicken Burger, Crispy Chicken Burger, Beef Burger dan Mushroom Burger juga boleh anda dapatkan.

soru station
Imej via [google]

Sekiranya tekak melayu anda tidak boleh tinggalkan nasi juga, jangan risau. Set nasi yang diharmonikan dengan western food disediakan sangat menyelerakan.

Antaranya adalah Nasi Chicken Buttermilk, Nasi Chicken Sweet Sour, Nasi Kari Lamb, Nasi Lemak Sunny Egg dan sebagainya.

SORU STATION
Imej via [google]

Soru Station juga sesuai dijadikan port sembang dan melepak. Banyak cawangan mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Jom berkunjung dan rasai sendiri makanan western tapi harga bajet di Soru Station KL.

Lokasi: No. 8 & No. 10, Jalan Rmpai Niaga 2 Medan Niaga Rampai, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12 am – 12 pm

No Telefon: 010 554 7701

Jom baca juga Shell Out KL Ala Garden Di AL AZMI ZK GARDEN, Restoran Jepun Halal Selangor, Fujiyama Japanese Restaurant dan Urban Daybreak Kuala Lumpur.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.