Sungguh tak sangka ada sebuah restoran bar yang menyediakan menu makanan Malaysia sebagai hidangan utamanya. Restoran ini bukan restoran atau kedai makan biasa-biasa. Ia adalah konsep bar, suasana yang sangat eksklusif dan tenang serta menu makanan yang sangat sedap dan kualiti bertaraf tinggi.

Imej via [followmetoe]

Restoran Bijan atau Bijan Bar terletak di Jalan Ceylon Kuala Lumpur. Masuk sahaja ke restoran ini, terasa macam makan dekat hotel pula. Suasananya sangat premium dan mewah.

Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis, untuk membawa orang tercinta menikmati hidangan, untuk makan bersama kawan atau keluarga serta untuk para tetamu yang penting. Restoran ini menarik dan eksklusif untuk dikunjungi.

Imej via [food]

Keunikan Suasana Restoran Bijan

Sambil menikmati hidangan di sini, restoran ini sering memutarkan lagu tahun 60-an Memang konsep klasik dan premium. Dapat pula menikmati masakan melayu, memang sesuai sangat kalau bawa orang tua atau mak ayah untuk makan di sini. Mereka pasti suka.

Tidak hairanlah jika Restoran Bijan pernah menang antara restoran melayu terbaik pada tahun 2004. Restoran ini juga berjaya meraih banyak pencapaian di Malaysia dan antarabangsa.

Imej via [lujain]

Hidangan Makanan Restoran Bijan

Imej via [isaactan]

Restoran Bijan sangat padat dengan menu makanan berat, lauk pauk masakan melayu serta pencuci mulut yang sangat menarik. Anda boleh memilih menu-menu yang tersedia seperti masak lemak itik salai, kerabu pucuk paku salai, daging salai waqyu, masak lemak udang nenas, ayam masak merah dan banyak lagi. 

Kerabu mangga, rendang tok dan ikan masak asam juga antara menu pilihan. Untuk pencuci mulut, antaranya adalah sagu gula melaka, puding pandan, ais krim kelapa, kuih keria. Popia udang, satay dan cucur udang pun ada. 

Imej via [trip]

Nak makan kek, western, pakoda atau masakan panas goreng-goreng, pun ada! Memang sempurna, Bijar Bar akan melengkapkan citarasa makan anda. Dari segi minuman, jus buah-buahan dan banyak lagi minuman pastinya akan menyegarkan tekak anda sepuasnya.

Restoran Bijan Terbuka Untuk Semua

Imej via [tripadvisor]

Dari segi menu, masakan Malaysia yang paling utama. Malah, pengunjung dari luar negara juga turut makan di sini. 

Ruang meja di Restoran Bijan ini sangat luas dan selesa. Mudah untuk bergerak dan duduk beramai-ramai. Memang tak rugi datang makan di sini. Rasa macam makan dekat istana pula. 

Ia sangat sesuai untuk makan tengahari, petang atau makan malam bagi tetamu dan mereka yang ada program, kursus dan sebagainya. Lebih tersusun dan teratur apabila menjamu selera di sini. 

Jom baca juga Nasi Daging Rusa Bakar

Lokasi: No.3, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Buka: Setiap Hari (430 petang – 11 malam)
Telefon: 03-20313575

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.