Menacari nasi kerabu yang terbaik di KL?

Nasi Kerabu adalah antara makanan sarapan yang popular bukan sahaja di negeri Kelantan, malah ianya turut digemari di seluruh negara.

Kini Nasi Kerabu sudah menjadi kebiasaan untuk dimakan bukan sahaja untuk sarapan, tetapi juga pada waktu yang lain seperti makan malam.

Nasi kerabu yang berwarna biru ini sangat unik dan kebiasaanya dihidangkan dengan beberapa lauk pauk sampingan. Antara lauk pauk sampingan yang menjadi pilihan pastinya telur masin, daging salai ataupun ayam percik.

Kami senaraikan disini lima restoran yang menghidangkan nasi kerabu di sekitar Lembah Klang. Ayuh kita nikmati!

5 Restoran Nasi Kerabu Terbaik Di KL

#1 Nine Chefs Malaysa, IOI City Mall

Imej via SallySamsaiman.com

Nine Chefs di IOI Mall menghidangkan nasi kerabu ayam percik dan nasi kerabu daging salai bagi memenuhi keperluan peminat ayam dan daging.

Kedua-dua hidangan nasi kerabu ini dihidangkan dengan telur masin, keropok, solok lada, sambal, beserta pelbagai ulam-ulaman.

#2 Kesom

Imej via Star2.com

Kesom pula merupakan sebuah restoran yang agak moden, berkonsepkan ala kantin di ruang yang kecil tetapi sangat selesa. Menu mereka berubah setiap hari dengan pelbagai pilihan nasi dan lauk.

Anda boleh melayari laman Facebook mereka supaya anda dapat melihat apa yang mereka hidangkan pada hari tersebut sebelum anda pergi untuk menjamu selera.

#3 Chunburi

Imej via RebeccaSaw.com

Chunburi adalah antara restoran yang paling popular di Kampung Baru. Pelbagai pilihan lauk pauk disajikan daripada ikan hinggalah ke kambing gulai serta sayur-sayuran.

Apa yang menarik juga disini ialah Chunburi turut menghidangkan bermacam-macam pilihan kuih-muih serta pencuci mulut tradisional Melayu!

#4 Che Wan Seafood

Imej via HungryGoWhere.my

Terletak betul-betul bersebelahan dengan Nasi Lemak Boss Ampang Jaya, Che Wan Seafood adalah salah satu restoran yang wajib anda singgah dan cuba.

Nasi Kerabu yang dihidangkan juga boleh dikatakan sangat enak untuk dimakan. Kami menegesyorkan nasi kerabu beserta daging salai dan telur masin disini.

#5 Leha Kelfood Setapak

Imej via Twitter

Di Leha Kelfood Setapak, anda boleh memilih tiga jenis nasi iaitu: nasi kerabu, nasi yang dicampur dengan bawang dan briyani, dan nasi briyani.

Anatara lauk pauk sampingan yang wajib anda cuba ialah ikan keli masak sweet & sour chili yang sangat lazat! Selain itu, anda juga boleh mengambil seberapa banyak keropok yang anda inginkan!

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.