Jenama susu tanpa tenusu yang terkemuka di Australia menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut merasai kenikmatan dunia pemakanan berasaskan tumbuhan. SO GOOD Milk Wagon akan melawat tiga lokasi di Lembah Klang iaitu di Starling, Eco Ardence dan KL East Mall dari 17 April sehingga 2 Jun 2024!

Sepanjang tempoh kembara Gerabak Susu So Good ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai produk keluaran So Good yang lazat dan berkhasiat termasuklah produk terbaharu iaitu Oat Extra Creamy! Apa yang lebih menarik, pengunjung turut berpeluang melihat pembungkusan produk So Good yang baru!

Jika ada yang tidak tahu, produk susu keluaran So Good merupakan susu berasaskan tumbuhan yang menjadi alternatif susu tenusu tanpa laktosa untuk setiap perisanya iaitu Oat, Badam dan Soya! Mana tidaknya, Badam dan Oat yang digunakan sangat berkualiti dan ditanam di Australia. Ia mengandungi vitamin, mineral tambahan, rendah lemak tepu dan bebas kolestrol.  

Bukan itu sahaja, keseluruhan rangkaian adalah 100%  mesra vegan, membuktikan produk So Good komited terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

Susu So Good menjanjikan kenikmatan yang memuaskan dengan susunya yang kaya dengan krim tanpa menjejaskan rasa. Hal ini memenuhi citarasa berbeza seperti oat yang berkrim, kacang badam dan rasa soya yang sempurna.

Matthew Gellin iaitu Ketua Perniagaan Kanan – Antarabangsa dari Sanitarium  Health Food Company™ berkata, kembara gerabak susu atau So Good Milk Wagon di kawasan tumpuan di Malaysia ini merupakan peluang yang sangat baik bagi pihak mereka untuk mempamerkan pembungkusan yang baru.

Beliau turut berharap untuk terus mendidik pengguna Malaysia tentang faedah diet berasaskan tumbuhan dan memasukkan rangkaian mereka ke dalam kehidupan seharian pengguna.

Tambahnya lagi, So Good akan terus menjadi jenama popular untuk rakyat Malaysia kerana rasanya yang lazat dan berkhasiat seperti yang di jangkakan. Beliau tidak sabar untuk mengalu-alukan semua rakyat Malaysia ke So Good Milk Wagon untuk rasai sendiri produk So Good dengan meriah.

Dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak So Good, Kind Kones memperkenalkan rangkaian perisa aiskrim berasaskan tumbuhan yang menggoda, melengkapkan lagi tawaran susu tanpa tenusu dari So Good. Mereka komited untuk membawakan kegembiraan untuk setiap hidangan dari pelbagai perisa.

Antaranya adalah perisa Vanilla Oat Latte yang kaya dan beraroma, direka dengan susu oat dan espresso tanpa kafein untuk sensasi latte yang lebih kaw! Ada juga perisa dari susu oat campuran iaitu Oat Mocha yang lazat, mengandungi espreso tanpa kafein dan coklat serta perisa Oat Milk & Cookies yang memberikan kenikmatan yang berbeza.

Di samping itu, So Good menawarkan peluang untuk mencuba produk terbaru mereka iaitu Extra Creamy! Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai kenikmatan dan kebaikan baldu sensasi oat mereka yang lain daripada yang lain.

Tawaran Terbaik So Good Milk Wagon

So Good Milk Wagon menawarkan pengalaman dan peluang terbaik termasuklah:

  • Rasai keenakan pelbagai produk susu berasaskan tumbuhan keluaran So Good dari perisa oat hingga badam, sehingga anda menjumpai perisa kegemaran anda!
  • Pembelian bungkusan eksklusif tiga perisa susu terlaris akan mendapat ais krim percuma dari Kind Kones.
  • Sertai permainan dan aktiviti dan berpeluang memenangi hadiah dan merchandise keluaran So Good edisi terhad.
  • Jadi yang pertama untuk melihat pembungkusan baru produk keluaran So Good.

Lokasi dan Tarikh Kembara So Good Milk Wagon

Jom kunjungi So Good Milk Wagon yang akan berada di lokasi dan tarikh berikut:

The SO GOOD Milk Wagon at The Starling

Tarikh: 17 April hingga 28 April 2024

Lokasi: Jaya Grocer, The Starling Mall

The SO GOOD Milk Wagon at Eco Ardence

Tarikh: 1 Mei hingga 12 Mei 2024

Lokasi: Jaya Grocer, Eco Ardence

The SO GOOD Milk Wagon at KL East Mall

Tarikh: 21 Mei hingga 2 Jun 2024

Lokasi: Jaya Grocer, KL East Mall

So Good merupakan susu tanpa tenusu yang dihasilkan di Australia oleh Sanitarium Health Food Company. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan jenis produk dan resepi sihat dari So Good, layari laman https://sanitariuminternational.com/ms/.

Untuk mengikuti perkembangan terkini merangkumi promosi dan tawaran lain, ikuti laman sosial So Good di Facebook, Instagram dan Tiktok.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.