Siapa di sini adalah peminat makanan AirAsia? Kami salah satuya. Kami sangat sukakan menu nasi lemaknya.

Jadi, sempena Ramadhan dan Raya ini,Santan melancarkan 2 menu baharu iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan Thai Milk Tea

Santan turut melancarkan 2 menu baharu untuk produk sedia dimakan: Nasi Goreng Kampung dan Nasi Biryani Ayam

Harga untuk Santan Value Set (12-3PM & 6-9PM) bagi Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik adalah RM10.90 dengan 1 minuman ATAU RM12.90 untuk Set dengan Thai Milk Tea

Harga untuk produk sedia dimakan: RM8.90 untuk Nasi Goreng Kampung dan RM9.90 untuk Nasi Biryani Ayam – sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan melalui perkhidmatan Sadaqah IKHLAS

Santan turut melancarkan sneka berasaskan sayur-sayuran seperti: Samosa, EPIC Pandan Chicken, Sweet Potato Ball, Potato Cauli Bites dan Potato Curry Puff yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan Santan Mid Valley, NU Sentral dan Sunway Pyramid.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.