Selangor International Business Summit 2022 (SIBS 2022) sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama 4 hari, iaitu bermula 6 hingga 9 Oktober 2022. Jika tahun lalu SIBS diadakan secara hibrid kerana pandemik yang melanda negara, namun tidak untuk kali ini kerana ia diadakan secara fizikal sepenuhnya dengan lebih meriah.
SIBS 2022 akan menjadi penganjuran terbesar berbanding tahun sebelumnya dengan keterlibatan lebih 20% perdagangan antarabangsa. Ia menjadi persidangan untuk edisi yang keenam sejak penubuhannya pada 2016.
Dengan tema ‘Selangor Gerbang ke Asia’, ia menjadikan Selangor sebagai laluan untuk perniagaan dan pelaburan yang akan menembusi pasaran serantau.
SIBS 2022 menghimpunkan rakan niaga tempatan dan jenama antarabangsa yang melibatkan 6 sektor awam. Sektor ini merangkumi perubatan, ekonomi digital, makanan dan minuman, penyelidikan, pembangunan serta inovasi dan sebagainya.
Keterlibatan ratusan rakan niaga atau peserta dapat mengukuhkan potensi Selangor sebagai destinasi pelaburan berdaya saing di peringkat Asia, sekaligus membuka mata kepada pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka terhadap sektor tersebut di negeri ini.
Apa kelebihannya terhadap peserta-peserta SIBS 2022? Dengan platform yang ada, peserta-peserta dapat meneroka dan bekerjasama dengan banyak pihak untuk memasarkan perniagaan dan jenama mereka hingga ke peringkat global.
Majlis perasmian Selangor International Business Summit 2022 telah diadakan pada 6 Oktober 2022 bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengahhari. Bertempat di Plenary Hall, tingkat 1, majlis ini telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Turut menghadiri majlis perasmian ini adalah YB Dato’ Teng Chang Kim (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil Dan Sederhana Selangor) dan YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari (Menteri Besar Selangor).
Pada tahun ini, SIBS menyasarkan lebih 30 000 pengunjung pada sidang kemuncak ini. Penyertaannya juga akan dihadiri kira-kira 20 peratus penyertaan dari luar negara.
Bukan itu sahaja, sebanyak 850 pempamer dan gerai jualan akan dibuka dengan meriah. Antara pempamer yang akan menyertainya adalah jenama tempatan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Puteri.
Puteri dikelola oleh APS-MANJA SDN. BHD. yang telah berada dalam pasaran tempatan sejak lebih 38 tahun yang lalu.
Seperti yang kita tahu, Puteri adalah pengeluar pelbagai jenis sos, kicap, rempah dan aneka produk lain yang halal. Sehingga kini, penggunaan produk Puteri telah digunakan secara meluas termasuklah menjadi pembekal di restoran terkenal, hotel, pasar raya dan sebagainya.
Syarikat ini sering melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi dan perubahan terhadap produk mereka mengikut keperluan dan citarasa pengguna agar terus berada di pasaran dengan meluas. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu syarikat industri pembuatan makanan yang paling berjaya hingga kini.
Bagi pihak APS-MANJA SDN. BHD sendiri, mereka sememangnya berpuas hati apabila dapat menyertai SIBS 2022 dan memasarkan jenama dan produk Puteri di sini kerana sambutannya memberangsangkan. Hal ini dapat meningkatkan jualan dan kepercayaan dari pelanggan.
Tak cukup dengan itu, pihak mereka dapat menjalinkan rantaian perniagaan dengan usahawan dan pelabur asing agar perniagaan mereka terus berkembang hingga ke peringkat global. Lebih-lebih lagi SIBS 2022 telah mendapat penyertaan dari luar negara dan secara tidak langsung dapat memberi peluang untuk mengeksport produk ke suatu peringkat yang lain.
Bukan sahaja ilmu yang turut diperoleh, malah mereka dapat membahaskan isu-isu dan perkembangan terkini terhadap bidang perniagaan khususnya dalam sektor pemakanan. Hal ini membolehkan mereka untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan usaha untuk memasarkan produk yang lebih berkualiti.
Di samping itu, mereka amat berbesar hati jika diberi peluang untuk menyertai program lain seperti SIBS pada masa akan datang.
Jom datang beramai-ramai ke Selangor International Business Summit 2022 (SIBS 2022) dan memperoleh pelbagai manfaat terhadap sektor perniagaan dan perdagangan.
Jangan ketinggalan untuk menyokong pelbagai produk tempatan yang berkualiti. Dengan lebih 850 pempamer dan gerai jualan, pasti membuatkan anda rambang mata. Jumpa di sana!