Mencari restoran shell out di Melaka yang menarik dan sedap untuk keluarga?

Melaka merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan. Baik dari tempat bersejarah, hiburan dan tempat makan, semuanya ada. Tidak hairanlah negeri ini kerap dibanjiri dengan pelancong luar dan dalam negara.

Antara tarikan istimewa di Melaka ialah tempat makan yang menarik. Tempat makan di sini memang berbagai genre – dari makanan Barat, masakan kampung, hidangan Baba & Nyonya, semuanya ada.

Ini termasuklah hidangan shell out. Salah satu restoran shell out di Melaka yang wajib anda serbu ialah Cengkerang Seafood Jumble. Agak-agak apa yang menarik di sini? Teruskan membaca!

Pilihan Makanan Laut Yang Segar & Unik

Kebanyakan restoran menyajikan makanan laut yang boleh diteka oleh pelanggan. Jenis makanan laut juga tidak sebanyak yang diharapkan, memang mengecewakan.

Hal ini tidak akan berlaku jika anda mengunjungi restoran Cengkerang Seafood Jumble. Hal ini demikian kerana restoran ini memang dipuji kerana kepelbagaian makanan laut yang disajikan kepada pelanggan.

Imej via Foursquare

Antara pilihan makanan laut yang disediakan ialah udang, oyster, lobster hidup, sotong, kepah, dan ketam nipah hidup. Untuk ketam, Alaskan King Crab yang bersaiz besar juga turut disediakan. Harga setiap makanan laut ini berlainan, namun berpatutan dengan kualitinya.

Aneka Hidangan Shell Out Yang Menarik

Ada pelbagai jenis set shell out yang boleh anda pesan di restoran ini. Ianya juga bergantung kepada saiz hidangan dan jumlah orang, jadi pesan sahaja mengikut citarasa anda.

shell out melaka
shell out melaka
Imej via Foursquare

Antara yang boleh dicuba ialah Jack Meets Rose, The Butterman, Chennai Curry, The Buttercheese, New York Salted Egg, Sambal Tumis Petai dan banyak lagi. Jenis makanan laut yang disajikan serta harga yang ditawarkan juga berbeza.

Setiap set ini harganya bermula dari RM 53.80 hingga RM 93.80. Harga yang ditawarkan boleh dikatakan berpatutan kerana saiz seafood yang besar dan segar.

Hidangan Lain Yang Tidak Kurang Hebatnya

Antara yang boleh anda pesan ialah Ayam Goreng Reggae, Chicken Grilled, Lamb Chop, Fish & Chips dan banyak lagi. Menu-menu ini bersaiz besar dan harganya bermula dari RM15.00, sangat berpatutan!

Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dari ABC Anak Melaka seperti ABC Super Special, ABC Keladi Wer Wer, Cendol Pulut Power, Cendol Manggo Dream, Lai Chi Kang dan banyak lagi. Harga dari RM7.90 sungguh berbaloi.

Pastikan ori baru pergi ada tagline Cengkerang Seafood Jumble agar anda tidak tersalah lokasi. Selamat mencuba.

Kesimpulan

Sudah mula terliur kerana membayangkan keenakkan shell out di Cengkerang Seafood Jumble? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja di restoran ini jika anda berkunjung ke Melaka.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Kami ingin nasihakan anda agar singgah pada waktu yang bersesuaian, takut nanti terlepas peluang nak menikmati shell out yang lazat di sini!

Alamat: No. 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Selasa-Khamis (3pm-11pm), Jumaat (5pm-11pm), Sabtu & Ahad (1pm-11pm), Isnin cuti

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Melaka? Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.