Al Azmi ZK Garden adalah tempat makan shell out KL ala garden yang ideal untuk anda datang secara berjemaah beramai-ramai. Azmi Garden menawarkan pelbagai set hidangan shell out.

Al Azmi ZK Garden adalah pakar dalam menyediakan makanan western dan thai. Restoran ini bercahaya terang dan mempunyai sign board yang besar. Dari jauh, anda pasti sudah perasan kewujudannya. Pasti tak terlajak jalan!

shell out kl
Imej via [fb]

Restoran yang turut dikenali sebagai Shell out KL ini sangat luas dan banyak tempat duduk. Anda boleh pilih untuk duduk makan di meja atau duduk bersila di gazebo yang disediakan. Ia berkonsepkan taman. Jika datang bersama anak kecil, makan di gazebo mungkin lebih selesa dan santai seperti di rumah.

shell out kl
Imej via [fb]

MENU UTAMA DI AL AZMI ZK GARDEN

Al Azmi ZK Garden fokus kepada menu makan malam berunsurkan shell out, western dan thai. Set makan malam adalah terdiri daripada nasi putih, ikan siakap, sayur kailan atau kerabu, tom yam, udang goreng tepung dan lain-lain tidak termasuk minuman mengikut bilangan orang dan harga yang berbeza. Ia bermula dari set untuk dua orang hinggalah ke sepuluh orang makan.

azmi garden
Imej via [google]

Di samping itu, shell out KL ini juga menjadi pilihan utama pengunjung. Terdapat tiga jenis set shell out. Set A adalah untuk dua orang makan. Ia mengandungi udang, sotong, ketam, lala, kerang, kepah, kupang. Manakala set B pula untuk empat orang makan sama seperti set A.

Akhir sekali adalah set C untuk lapan orang makan dengan tambahan seekor ikan. Anda boleh memilih variasi masakan seperti thai original spicy, black pepper & brown sos, sweet & sour, phat phet thai dan sebagainya.

shell out kl
Imej via [google]

MENU LAIN DI AL AZMI ZK GARDEN

Selain masakan melayu dan shell out, makanan thai juga tak kalah hebatnya di restoran Azmi Garden ini. Antara menu yang disajikan adalah seperti Somtam Plara, Somtam goreng, Belud Phad Phed dan macam-macam lagi. 

Bukan itu sahaja, tetapi makanan western pun ada dihidangkan. Anda boleh memilih pelbagai jenis western food semisal Grilled Chicken, Perfect Grilled Steak, Pasta Aglio Olio, Pan Grilled Salmon dan lain-lain lagi yang pastinya membuatkan anda terliur.

shell out
Imej via [google]

Anda boleh menikmati makan malam yang sangat menyelerakan di sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Kuantiti dan kualiti hidangan yang disediakan di Shell Out KL ini sangat berbaloi dengan harganya.

Lokasi: 65, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali rabu (5 pm – 12 am)

No Telefon: 017-689 9448

Jom baca juga LOKL Coffee Co, Urban Daybreak Kuala Lumpur dan Restoran Jepun Halal Selangor, Fujiyama Japanese Restaurant.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.