Daerah Matang tidak hanya terkenal dengan hidangan Mee Udang, namun ia juga popular dengan hidangan kari sembilang.

Jika datang ke sini, tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak dapat makan Mee Udang dan juga kari sembilang. Kalau anda nak tahu, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual hidangan berasaskan ikan sembilang.

Yang paling mendapat sambutan adalah kari ikan sembilang yang ternyata sudah pun mempunyai peminat serta pelanggan tetap.

Kari Sembilang

Imej via orangkecilorangbesar

Kedai Kopi Kari Sembilang ini terletak betul – betul di hadapan Pasar Matang.

Istimewanya Kari Sembilang, Isinya Manis dan Padat

Kari sembilang yang dihidangkan di kedai ini cukup memuaskan hati para pelanggan dan juga peminat ikan sembilang.

Berkunjung ke kedai makan ini sudah pasti anda akan dapat melihat pelbagai bangsa turut menjamu selera hidangan ikan sembilang. Apatah lagi kedai ini menawarkan harga yang cukup murah berbanding kedai makan lain.

Harga yang rendah serta hidangan yang enak membuatkan ramai pelanggan datang menjamu selera di sini.

Kari Sembilang

Imej via orangkecilorangbesar

Tambahan pula ikan yang dijadikan sebagai hidangan juga adalah segar dan manis isinya. Ikan sembilang merupakan menu utama yang terdapat di kedai ini.

Menu Lain

Namun, terdapat juga ikan jenis lain yang menjadi menu hidangan, ia bergantung kepada hasil tangkapan pada hari tersebut.

Memandangkan ikan sembilang ini sangat sedap dimasak kari, maka sebab itulah ia dijadikan hidangan utama dan sangat sesuai dengan masyarakat sekitar utara Perak yang rata – rata ramai penggemar kari. Anda yang tidak menggemari hidangan kari, jangan pula risau kerana ikan sembilang boleh dimasak mengikut permintaan pelanggan.

Kebiasaannya, pelanggan yang tidak menggemari hidangan kari, mereka akan memesan asam pedas ikan sembilang ataupun ikan sembilang goreng garing sebagai pilihan.

Yang pasti, keenakan serta kemanisan ikan sembilang masih dapat dirasai.

Sembilang Goreng

Imej via orangkecilorangbesar

Setiap pesanan akan dihidangkan panas – panas memandangkan ia hanya akan dimasak berdasarkan kepada permintaan serta pesanan pelanggan.

Selain itu, terdapat juga lauk pauk yang telah tersedia bagi pelanggan yang tiada masa untuk menunggu. Namun, rata – rata pelanggan yang datang lebih gemar memilih menu dimasak panas dan masih segar.

Bagi yang tidak mahu menunggu lama, pesanan melalui telefon boleh dibuat lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu hidangan siap.

Tanpa Menggunakan Santan

Hidangan kari ikan sembilang yang dimasak tidak menggunakan santan. Ia hanya menggunakkan rempah kari serta ramuan asli, namun kepekatan kari yang dimasak tetap pekat, sedap serta menyelerakan

Keenakan kari ikan sembilang ini menyerlah jika anda menikmatinya hanya bersama nasi putih serta ulaman tanpa menambah lauk pauk lain.

Sebagai penambah selera, sambal belacan boleh dimakan bersama. Sekali dah rasa, pasti nak lagi. Jika tak cukup, pesanlah ikan sembilang goreng yang rangup dan sedap.

Boleh dimakan begitu sahaja.

Alamat : Jalan Titi Kertang, Kampung Pekan Matang, 34750 Matang, Perak

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.