Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Laksa Penang Dekat KLCC, Jom Ke Little Penang Cafe

Bagi yang berada berdekatan KLCC, anda boleh menjamu selesa di Little Penang Cafe yang terletak di dalam Menara Petronas Berkembar KLCC. Little Penang…

Kuala LumpurDikemas kini 9 November 2023oleh Rina
Semangkuk laksa Penang dengan kuah pekat dan herba.
Status Halal
Halal
Lokasi
Little Penang Cafe, KLCC, Kuala LumpurLot No. 409-11, Level 4, Menara Berkembar Petronas, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bagi yang berada berdekatan KLCC, anda boleh menjamu selesa di Little Penang Cafe yang terletak di dalam Menara Petronas Berkembar KLCC. Little Penang Cafe menyajikan makanan yang popular di Pulau Pinang seperti laksa Penang, mee kari Penang, mee hokkien Penang dan banyak lagi.

laksa penang

Imej via sei

Jika tiba-tiba tekak teringin sangat nak makan masakan Penang, little Penang Cafe ini sesuai untuk anda kunjungi kerana ia juga mesra family dan halal. Jika ingin makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan, ia juga sesuai buat anda.

laksa penang

Imej via google

Dari nama restoran ini sahaja, kita sudah tahu pastinya ia menyajikan masakan Pulau Pinang. Laksa Penang cukup terkenal di sini, ramai juga peminat laksa Penang terutamanya asam laksa. Laksa Penang ini menggunakan resepi original laksa dari Pulau Pinang, rasanya memang laksa Penang.

laksa penang

Imej via flickr

Selain dari Laksa Penang, anda juga boleh mencuba kuey teow, Nyonya kari ayam, kerabu pucuk paku, mee jawa penang, set acar ikan, Ju Hur Char, Lorbak dan lain-lain lagi. Ada juga nasi lemak Penang ayam dan ikan sebagai pilihan makanan berat. 

laksa penang

Imej via sei

Makanan seperti rojak, wantan, pad thai, ngoh hiang dan banyak lagi masakan Penang yang boleh anda cuba. Mungkin ada nama resepi yang anda tak dapat gambaran, kena lihat sendiri menu yang ada di sini. Memang tak bosan kalau datang berkali-kali, macam-macam boleh cuba.

laksa penang

Imej via google

Dessert Dan Minuman Di Little Penang Cafe

Selain makanan, terdapat pelbagai pilihan dessert dan minuman di Little Penang Cafe ini. Sesuai dengan pilihan makanan yang banyak. Anda boleh pilih apa pencuci mulut menarik untuk makan bersama laksa penang. Menarik bukan?

laksa penang

Imej via google

Contoh pencuci mulut yang disediakan adalah seperti cendol, cendol durian, ais kacang, pulut hitam dan banyak lagi. Minuman pula adalah seperti air kelapa asli, soya cincau, air bandung, sirap limau selasih, Kopi O Penang, Kopi ais, Honey Lemon, Asam Boi dan banyak lagi.

laksa penang

Imej via google

Suasana di Little Penang Cafe ini sangat tenang dan santai. Datang untuk makan, tetapi masih boleh istirehatkan minda anda setelah penat bekerja. Ada ketika restoran ini padat dengan ramai pelanggan, tetapi jangan risau, tempat makan yang selesa tetap ada buat anda. 

laksa penang

Imej via google

Harga makanan di sini adalah berpatutan. Namun, hidangan kuantitinya agak banyak. Jadi, kami sarankan anda boleh menempah makanan mengikut keperluan anda supaya tidak membazir dan lebih jimat.

Jom baca juga tempat menarik di HH Kek dan Kopi Ipoh, Satay Station Cyberjaya dan Maulana Cafe.

Alamat: Lot No. 409-11, Level 4, Menara Berkembar Petronas, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11 Pagi - 10 MalamNo Telefon:03-21630215