Salt & Pepper Bangi – jika anda menetap di Bangi, pasti anda pernah terdengar tentang restoran ini. Tambahan pula jika anda pernah terdengar tentang salah satu menu yang terkenal di sini.
Restoran yang beroperasi sekita Mei 2016. Walaupun baru sahaja beroperasi, ianya agak terkenal di Bangi. Menu yang dihidangkan di sini berasaskan makanan Barat.
Agak-agak, apa yang membuatkan restoran Salt & Pepper Bangi ini begitu istimewa dan menu apa yang wajib anda cuba? Teruskan membaca ya!
Jika anda pencita makanan pedas dan gemar menyahut cabaran untuk menikmati makanan terpedas, anda wajib cuba Explosive Inner Core Burger di sini, pedasnya memang tak terhingga!
Kunci utama kepedasan burger ini terletak pada sosnya yang menggunakan beberapa jenis lada terpedas di dunia. Antaranya ialah ‘carolina reaper’, ‘bhut jolokia’ dan ‘big black mama’.
Jadi, kami sarankan agar anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental sebelum mencubanya. Kerana kebanyakan pelanggannya memang tak dapat menahan kepedasan burger ini!
Kurang menggemari makanan pedas? Cubalah hidangan lain di restoran ini. Hidangan di sini berasaskan makanan Barat dan ada berbagai menu yang boleh anda cuba.
Untuk pasta, anda boleh cuba Creamy Tomyam Linguine, Aglio Olio, Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Carbonara. Saiz hidangannya juga besar, jadi memang menegenyangkan.
Teringinkan makanan berat? Cubalah hidangan-hidangan seperti Lamb Grill dan Chicken Grill, hidangan yang dipanggang dengan cukup sempurna dan ‘juicy’ isinya!
Bukan burger sahaja yang pedas, kepak ayam atau Buffalo Wings di sini juga turut pedas. Namun, jangan risau kerana kepedasannya tidaklah terlampau.
Buffalo Wings di sini juga merupakan antara hidangan yang terlaris. Ramai pelanggan memuji kepedesan dna kerangupannya. Kami berani jamin ianya memang enak dimakan begitu sahaja!
Sambil menikmati makanan berat, pasti anda mahu menambah hidangan ringan juga. Oleh itu, kami sarankan anda cuba Cheesy Beef Nachos mereka, kaya dengan keju namun tidak memuakkan.
Teringin burger yang tidak pedas? Jangan risau, anda boleh mencuba burger lain seperti Krispy Chicken Burger, Supreme Molten Cheese Burger Craby Patty Burger dan banyak lagi.
Sudah tak sabar-sabar mahu mencuba Spicy Burger sampai menangis? Apa tunggu lagi, singgah sahaja sebelum rugi! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!
Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 3 petang – 10.30 malam
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Bangi? Klik sahaja di link di bawah ya!
25 Tempat Makan Best Di Bangi 2019 (PATUT Anda Pergi)