Bukan senang nak jumpa restoran makan yang seakan rumah, sangat santai dan selesa untuk menjamah makanan. Sedap pula tu masakan kampung dan nasi campur yang disediakan di sini.
Rumah Makan Nasi Kampung yang terletak di Cheras ini menyediakan pelbagai menu dan lauk-pauk masakan kampung serta ulam-ulaman. Bagi mereka yang suka makan nasi campur, ini sememangnya tempat makan yang menarik untuk anda terjah.
Rumah Makan Nasi Kampung ini sudah beroperasi bermula dari pagi hari lagi, sehinggalah ke petang. Jadi, bukan makan tengahari sahaja, tetapi makan pagi atau sarapan pun anda boleh cuba di sini.
Pelbagai jenis menu yang Rumah Makan Nasi Campur sediakan yang sangat sedap sehingga tak tahu nak pilih menu apa. Banyak pilihan! Mudah sahaja, anda boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Apa sahaja lauk pauk dan hidangan yang anda teringin, makan sahaja.
Antara jenis menu makanan yang popular dan menjadi pilihan ramai di sini adalah seperti pucuk ubi lemak cili padi, gulai kawah daging, sup tulang, masak lemak telur itik, masak lemak siput sedut, ikan pedas pari, kari ikan nyoknyok, kembong bakar, keli berlada dan banyak lagi.
Untuk makan pagi, kuih muih serta roti telur dan aneka roti juga turut disediakan. Memang sedap dan mengenyangkan. Makanan yang lain seperti goreng-goreng, laksa dan lain-lain juga terdapat di sini.
Pencuci mulut seperti bubur chacha, bubur kacang hijau serta bubur pulut hitam juga ada di sini. Boleh buat makan petang juga. Tak rugi datang sebab banyak pilihan.
Pelbagai jenis minuman yang sering diminum oleh rakyat Malaysia pasti ada di Rumah Makan Nasi Campur. Selain itu, jus buah-buahan seperti jus tembikai, jus epal, jus karot dan lain-lain lagi juga boleh didapatkan disini.
Kawasan letak kereta disini tidak sukar. Dari segi tempat makan, ia luas dan selesa bagi anda yang datang beramai-ramai. Konsep kedai makan terbuka, jadi ia lebih santai dan menarik untuk makan sambil kena angin luar.
Makanan dan lauk-lauk semua boleh pilih dan cedok sendiri. Kalau makan bersama keluarga besar dan kawan-kawan pasti seronok. Boleh makan lauk banyak-banyak!
Suasana restoran ala-ala kampung dengan bumbung yang beratap juga sangat menarik. Anda boleh bergambar disini! Makan tengahari di Rumah Makan Nasi Campur ini pasti takkan mengecewakan.
Jom baca juga Hokkaido Seafood KL
Lokasi: Lot 7815, Taman Masria, Batu 71/2 Jalan Cheras 43200 Kajang ,Selangor, Cheras, Selangor, Malaysia
Waktu Buka: 8.30 pagi – 12 malam (Setiap Hari Kecuali Jumaat)
Telefon: 012-3913074