Bagi yang baru hendak berkenalan dengan negeri Pulau Pinang dan berminat untuk buat sesi mencari makanan sedap di sana, tempat makan yang ingin kami ceritakan ini wajib anda terjah. Tempat yang dimaksudkan adalah Roti Canai dan Roti Goyang diTransfer Road ini.

Alamat Dan Waktu Operasi Roti Canai Jalan Transfer

Alamat dan waktu operasi untuk tempat makan ini adalah seperti yang tertera,

56 Jalan Transfer, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu operasi 6.30pagi – 1petang & 3.30petang – 7malam

Tidak sukar untuk mencari tempat ini. Apabila anda sudah sampai dan berada di Jalan Transfer, anda hanya perlu bertanya pada orang yang sekeliling. Pasti semua orng tahu tempat yang dimaksudkan.Ianya terletak di kawasan bandar. Tidak jauh sahaja daripada Chowrasta.

Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road
Imej:Foursquare

Apabila berada di sini, anda akan dapat lihat deretan gerai mamak. Sekadar makluman, tuan empunya untuk setiap gerai berlainan. Air,roti canai, roti goyang semuanya mempunyai tuan empunya yang berlainan.Tetapi ini tidak menyusahkan proses pesanan anda. Hanya panggil dan buat pesanan. Mereka akan uruskan.

Roti Bakar Goyang Dan Roti Canai Jalan Transfer Yang Special

Apa yang wajib cuba di sini? Sudah tentulah roti canai dan roti nakar telur goyang. Goyangngan telur di atas roti memang sangat menggoda. Memang menu yang sering dipromosikan. Kalau tengok istagram ‘food hunting’, mesti dua menu jugalah yang ditunjukkan.

Untuk roti canai, anda boleh pesan roti canai seperti roti canai, roti telur untuk dimakan bersama aneka jenis kuah kari ayam, kambing, ikan dan sebagainya.

Jika di sini, kami sukakan roti canainya.Roti canai yang dimakan secara banjir sememangnya sangat sedap untuk kami. Untuk menarik lagi, pesanlah ayam untuk dimakan bersama roti caai. Bagi kami, kuah yang digunakan berlainan daripada roti canai yang biasa digunakan.

Tetapi jika anda tengok gambar, anda mungkin terliur untuk mencuba roti bakar dengan telur goyang. Fuh, apabila tengok telur yang bergoyang, boleh membuatkan rasa ingin memesan tidak cukup satu. Anda juga boleh memesan kedua-duanya. Kata orang, sudah alang-alan datang.

Cuma satu yang kurang menarik.Kawasan gerai ini sedikit sempit. Maklumlah ianya terletak bersebelahan denganjalan besar.

Anda pernah makan di sini? Apa pula pendapat anda? Ada apa-apa yang menarik untuk ditambah.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.