Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti jiwa kita sudah sebati dengan masakan Thai. Masakan Thailand selalunya berasaskan daun limau purut, pes Thai yang asli dan daun serai yang harum yang akan menghasilkan aroma yang kuat dan memukau. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang masakan Thai sudah seperti menjadi makanan ruji kita!

Ada sesiapa di kalangan pembaca di sini mempunyai perancangan untuk singgah di Shah Alam, Selangor? Adakah anda masih tecari-cari restoran yang menghidangkan masakan Thai yang asli dan enak? Harga yang berpatutan dan berbaloi dengan keenakan dan keaslian masakan Thai di situ? Kami tahu restoran apa yang cocok dengan citarasa anda!

serai restoran thai

Imej via Foursquare

Restoran Serai Thai yang betempat di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor yang merupakan antara restoran yang menghidangkan masakan Thai yang namanya cukup dikenali di Selangor. Mari kita lihat apa yang istimewa di Restoran Serai Thai ini!

serai thai butter prawn

Imej via Foursquare

Butter Prawn Kegemaran Ramai, Hanya di Serai Thai

Menu di sini semestinya berasaskan masakan Thai. Antara menu istimewa di sini ialah Butter Prawn. Siapa sahaja tidak menggemari Butter Prawn? Rasa mentega yang lemak, isi udang yang lembut, dicicah pula dengan sos yang pedas, dimakan bersama nasi yang panas, memang tak sah jika anda pesan sepinggan sahaja!

siakap stim limau @ serai thai

Imej via Foursquare

Siakap Stim Limau, Enak , Mengenyangkan dan Berbaloi

Menu seterusnya ialah Siakap Stim Limau. Mungkin bagi anda menu ini biasa-biasa sahaja tapi Restoran Serai Thai mempunyai kelainan yang tersendiri untuk penyediaan menu ini. Ikan siakapnya diletakkan di dalam bekas khas, distimkan bersama daun limau purut dan dihidangkan panas-panas! Aromanya juga cukup harum, pasti rasanya juga enak!

Aneka Tomyam di Serai Thai, Pedas dan Mengancam

Kalau dah namanya restoran Thai, tidak sahlah jika ia tidak menghidangkan menu ini – Tomyam! Siapa sahaja tidak menggemari Tomyam? Di Restoran Serai Thai, anda pasti teruja dengan aneka masakan Tomyam yang dihidangkan di sini! Antara Tomyam yang dihidangkan di sini termasuklah Tomyam Udang / Ikan / Ayam. Bagi yang menggemari makanan laut, Tomyam Seafood ialah pilihan yang terbaik buat anda. Rasa pedas, masam dan manis yang seimbang, boleh bikin ketagih!

sizzling tofu @ serai thai

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Makanan di sini bukan sahaja berasaskan makanan laut sahaja. Menu lain yang menggunakan ayam dan daging lembu sebagai bahan utama juga turut dihidangkan! Mi sizzling yang semakin popular kebelakangan ini juga ada dihidangan di sini! Yang paling istimewa ialah menu ini – Sizzling Tofu. Kami yakin anda pasti sudah mula rambang mata, bukan?

Thai Iced Tea @ Serai Thai

Imej via Instagram

Untuk minuman pula, anda wajib cuba Thai Iced Tea di Restoran Serai Thai ini! Dihasilkan menggunakan resepi teh ais Thai yang asli, kami berani jamin anda pasti puas hati! Selain itu, minuman lain yang dihidangkan ialah Milo Smoothie, Milky Bandung, Iced Capuccino dan Passionfruit Iced Tea. Lebih enak diminum semasa cuaca panas-panas, menyejukkan tekak!

Kami tahu anda pasti sudah menelan air liur sedari tadi lagi. Usah lepaskan peluang ini terutamanya kepada sesiapa yang sudah berada di Shah Alam. Cepat-cepatlah terjah Restoran Serai Thai yang bertempat di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor. Waktu operasinya ialah dari jam 10 pagi hingga 3 petang, dan 6 petang hingga 10 malam. Jom serbu Restoran Serai Thai!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.