Burger merupakan makanan segera yang anda boleh nikmati sekiranya sedang menghadapi masalah ketika memilih tempat untuk makan. Kebelakangan ini, homemade burger di Malaysia semakin meriah. Semakin banyak gerai dan juga restoran kini menghidangkan homemade burger mereka sendiri. Salah satunya SY Cahaya Sentosa Burger.

Kelainan rasa daging yang dibuat sendiri tanpa bahan pengawet sememangnya lebih sedap. Ditambah pula dengan mayonis dan sos yang meleleh memang bertambah padu.

Sy Cahaya Sentosa Burger

Imej via Facebook

Sesiapapun yang melintas di gerai burger ini pasti tergoda dengan aroma patti burger yang sedang dimasak. Maka tidak hairanlah gerai yang turut menyediakan tempat duduk untuk pelanggan ini sentiasa penuh pada setiap hujung minggu.

Gerai yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat itu sentiasa menjadi tumpuan penduduk Rawang kerana kelazatan mayonis yang dibuat sendiri. Tidak ketinggalan, sos, lada hitam dan lada sulah juga dihasilkan sendiri.

Keistimewaan Burger di Sy Cahaya Sentosa Burger

Isi burger yang dijual di Sy Cahaya Sentosa Burger menggunakan 100 peratus daging lembu segar. Sebelum diadun dan dibentuk menjadi daging burger. Turut menjadi tarikan adalah adunan dagingnya itu mempunyai saiz yang besar dan tebal.

Patti yang digunakan dibuat sendiri oleh pemilik gerai memberikan kelainan berbanding gerai burger yang lain. Rasa daging yang penuh dan jelas bersama serbuk perasa yang sememangnya umph!

Apa yang membuatkan gerai burger ini spesial adalah bahan-bahan yang diletakkan dalam burger itu sendiri.

Harga burger yang dijual di gerai tersebut serendah RM3.90 bagi burger ayam atau daging dan RM 4.90 untuk burger kambing.

Terdapat juga burger istimewa seperti ducati monster, twister ayam, daging, oblong kambing, burger ikan, benjo dan sosej.

Sy Cahaya Sentosa Burger sedap

INFO

Waktu operasi : 5 petang hingga 1 pagi

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat

Alamat: Jalan Bunga Kertas 1D, Bukit Sentosa, Rawang Selangor

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.