Kepada peminat makanan seafood di Malaysia, terdapat satu restoran makanan seafood yang menerapkan gaya masakan Chinese yang halal di Port Dickson. Restoran tersebut adalah Sri Pantai Ria Seafood yang terletak di PD Waterfront, Port Dickson.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini popular dalam kalangan peminat seafood yang bukan sahaja di Port Dickson, malahan ia juga turut menjadi tumpuan bagi mereka yang berkunjung ke Negeri Sembilan.

restoran seafood port dickson
Imej via [facebook]

Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan juadah masakannya, tetapi ia juga pernah dikunjungi oleh ramai VVIP dan artis terkenal di Malaysia.

Antaranya adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selain itu, suasana restoran ini juga berdekatan dengan pantai yang sangat indah.

restoran seafood port dickson
Imej via [facebook]

Suasana Dan Kemudahan Restoran Sri Pantai Ria Seafood

Suasana di restoran seafood Port Dickson ini pada waktu malam sangat indah dan diterangi dengan lampu yang sangat indah. Selain itu, ruang dalaman restoran ini juga sangat luas dan mampu menampung ramai pelanggan.

Bagi anda yang nak bawa member office bermesyuarat sambil menikmati hidangan di sini pun boleh, kerana terdapat bilik khas yang mampu memuatkan kira-kira 10 orang.

seafood port dickson
Imej via [fb]

Bagi bilik khas ini, terdapat penghawa dingin khas. Lebih selesa, ruang ini juga dihias dengan dekorasi yang sangat mewah dan cantik. Boleh dikatakan, semuanya mudah dan terbaik dalam bilik khas ini!

Bagi anda yang inginkan suasana yang lagi indah, anda boleh menikmati hidangan di ruangan terbuka yang menghadap dengan laut yang sangat indah.

Pasti seronok kan, makan seafood sambil menikmati pemandangan laut dan pulau disekitar yang sangat indah. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat anda bersama keluarga dan juga rakan-rakan anda.

seafood port dickson
Imej via [sgmytrip]

Menu Menarik Di Sri Pantai Ria Seafood

Di Restoran seafood Port Dickson ini, menu mereka adalah berkonsepkan makanan cina dan rata-rata pelanggan memberikan review yang positif terhadap kualiti makanannya.

Soal halal makanan restoran seafood ini tidak perlu anda ragui kerana terdapat papan tanda ‘No Pork, No Alcohol’. Selain itu, pemilik restoran ini adalah berbangsa cina yang beragama islam.

Killer menu disini adalah Ketam Stim yang sangat sedap dan lazat. Ketamnya sangat segar dan dikukus dengan sangat sempurna membuatkan rasanya begitu sedap. Selain itu, hiasan pada hidangan ini juga sangat cantik dan tidak terlalu over.

restoran seafood port dickson
Imej via [foodpanda]

Menu Lain Di Sri Pantai Ria Seafood

Seandainya anda, rakan atau ada ahli keluarga yang tidak makan ketam, anda boleh memilih pelbagai hidangan lain yang terdapat di restoran Sri Pantai Ria Seafood. Antaranya adalah Siakap Bakar, Nyonya Steamed Siakap dan banyak lagi pilihan makanan yang sedap disini. Nak lagi best, anda juga boleh mencuba Sayur Kangkung Belacan yang sangat sedap tidak terkata!

restoran seafood port dickson
Imej via [foodpanda]

Tidak rugi jika anda datang ke PD Waterfront ini menjejakkan kaki ke restoran Sri Pantai Ria Seafood Port Dickson ini. Masakan mereka tidak perlu diragukan kesedapan dan kualitinya. Pastinya anda akan puas merasai keenakan masakan laut yang sangat segar.

Lokasi: Sri Pantai Ria Seafood Restaurant, 26, Persiaran Waterfront PD Waterfont, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10.45 malam
No. Telefon: 06-646 2828

Jom baca juga Kueh Cafe, Syurga Kuih Muih, Restoran Aden Port Dickson dan Coffeology Cafe.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.