Tak sangka terdapat restoran yang membolehkan kita makan sambil duduk di atas sampan, di Pasir Gudang, Johor. Tapi bukanlah sampan atas laut, namun ia didekorasi dengan latar belakang seperti berada di atas laut. 

Restoran Sampan Seafood dan Shell Out ini direka dan dihiasi dengan sampan sebagai meja makannya. Sangat unik dan menarik untuk kita kunjungi.

Sampannya juga besar, sesuai untuk duduk beramai-ramai dan makan bersama kumpulan seperti keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lagi. Memang selesa sangat!

Imej via [facebook]

Ia sangat selesa kerana ruangnya luas dan terdiri dari dua tingkat. Restoran yang dimiliki oleh pemilik muslim ini tidak pernah mengecewakan pengunjung. Mereka sering menyajikan makanan berkonsepkan seafood dengan harga dan promosi menarik.

Imej via [johorfoodie]

Menu Sampan Seafood & Shellout JB Style 

Terdapat beberapa kategori menu Sampan Seafood & Shellout JB Style yang membuatkan anda lebih jimat dan berbaloi. Dari segi menu makanannya pula, mestilah sedap dan lazat!

Imej via [facebook]
  • Combo 2 Pax
  • Combo 4 Pax
  • Ice Blended
  • Kids Meal
  • Dessert
  • Signature Specilities

Mereka juga sering mengadakan Promosi Set Combo baharu yang menarik untuk kita nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Bukan setakat sedap, tetapi sangat berbaloi dengan kualiti dan kelazatannya. 

Imej via [facebook]

Pelbagai Menu Makanan

Antara jenis menu makanan di sini adalah makanan masakan seafood seperti ikan siakap, ketam nipah blackpapper, udang buttermilk, kerang sambal, masakan panas seperti nasi goreng special sampan seafood, nasi goreng ikan siakap, mee goreng udang special dan lain-lain lagi.

Imej via [facebook]

Tidak lupa juga, menu utama di sini sudah tentulah shell out. Selain dari Shell Out JB Style, terdapat beberapa jenis rasa baharu shell out yang boleh anda pilih iaitu Shell Out Kam Heong, Shell Out Sambal dan juga Shell Out Blackpapper. 

Imej via [instagram]

Semua tahu bahawa harga makanan seafood atau shell out memang mahal, tetapi percayalah, harga makanan di sini sangat berpatutan dan berbaloi.

Tips Makan Di Sampan Seafood Dan Shell Out

Imej via [facebook]

Sekiranya anda ingin datang beramai-ramai, eloklah tempah meja terlebih dahulu untuk mengelakkan tempat penuh. Jika ingin adakan sambutan hari jadi, majlis dan sebagainya, Sampan Seafood Shellout akan bantu anda uruskannya. 

Suasana Restoran Sampan Seafood ini sangat sesuai dan meriah untuk anda raikan hari yang bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Harganya berbaloi dan berpatutan, yang penting ramai berpuas hati dan rekemen untuk datang ke sini. 

Imej via [facebook]

Selain makan di kedai, mereka juga menyediakan khidmat penghantaran terus ke rumah. Menarik bukan? Boleh makan shell out beramai-ramai di rumah. Sedapnya! Nak take away pun boleh.

Lokasi :  18, Jalan Ekoperniagaan 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Malaysia

Waktu Operasi:  4 Petang – 11 Malam

No Telefon :  011-10099834

Jom baca juga Shawarma Damascus Bukit Bintang dan Burger Bakar Kaw Kaw

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.