Peminat makanan Kelantan, Terengganu atau lebih dikenali sebagai pantai timur, Restoran Patatimo sangat terkenal di Kuala Lumpur dengan masakannya. Makanan dan suasana restoran ini adalah faktor ia menjadi pilihan ramai orang berkunjung ke sini.

Imej via [facebook]

Pelbagai jenis hidangan pantai timur yang dirindui boleh anda nikmati di sini. Antaranya adalah nasi kerabu, laksam, nasi dagang dan lain-lain lagi. Terasa seperti berada di negeri pantai timur pula apabila makan di sini.

Tahukah anda, Restoran Patatimo ini telah dikunjungi oleh Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3? Bukan senang nak masuk TV, pasti hidangan makanan di sini sangat menarik dan lazat.

Imej via [xtvt]

Hidangan Makanan Restoran Patatimo

Hidangan sarapan, makan tengahari sehinggalah makan malam turut disediakan. Untuk sarapan, anda boleh menikmati nasi lemak pelbagai pilihan lauk seperti sotong, kerang, ayam dan lain-lain lagi.  Terdapat juga kuih muih seperti kuih akok pandan dan lompat tikam. Kuih-muih yang dijual pun adalah kuih yang berasal dari negeri pantai timur. Menarik bukan?

Pada waktu makan tengahari, menu yang turut boleh anda dapatkan adalah nasi campur iaitu nasi putih dan aneka jenis lauk pauk. 

Imej via [facebook]

Menu Utama Nasi Kerabu adalah kegemaran ramai. Terdapat pelbagai jenis variasi lauk bagi nasi kerabu yang boleh anda pilih. Antaranya adalah nasi kerabu daging goreng, ayam goreng, ikan goreng tepung dan banyak lagi. Paling meliurkan, menu nasi kerabu restoran Patatimo ini sangat lengkap dengan segala bahan dan lauk seperti ulam-ulamannya, sambal, keropok dan sebagainya.

Selain itu, ini juga merupakan tempat makan pilihan peminat nasi dagang. Terdapat set nasi dagang pilihan ikan, ayam atau daging serta nasi dagang bangkok. Makanan versi Bangkok juga boleh anda cuba. Antaranya adalah Pathai, Somtam, Pulut Mangga, Pulut Ayam Hatyai, Kawlaw, Maggie Siam dan banyak lagi.

Imej via [facebook]

Antara menu yang disukai ramai juga adalah nasi goreng cendawan sotong, mee celup, laksa dan lauk masak berkicap. Wajib lihat menu dahulu sebelum tempah, pasti tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya best.

Suasana Santai Restoran Patatimo

Suasana restoran yang santai ala-ala kafe ini juga membuatkan kita berasa selesa sepanjang menjamu selera. Sekiranya datang sendirian atau beramai-ramai, tetap selesa kerana ruang dan kemudahan yang terdapat di sini seperti banyak meja makan pilihan, tandas dan juga ruangan solat telah disediakan.

Itulah sebabnya ramai yang suka berbuka puasa di Restoran Patatimo! Ia juga selesa menjadi port lepak dan makan beramai-ramai. Sama ada pagi, petang, siang atau malam, sememangnya restoran ini menjadi pilihan ramai. Anda boleh tempah dahulu sebelum datang makan untuk lebih memudahkan.

Lokasi: ​​D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Buka: 8 Pagi – 3 Pagi

Telefon: 013-622 3661

Jom baca juga tentang Cendol Wahab Kuala Lumpur.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.