Salah satu restoran yang boleh kita ajak kawan-kawan dari jauh datang adalah Cendol Wahab. Memang tidak mengecewakan. Ia bukan cikai-cikai punya restoran, tetapi restoran ini juga terkenal dari namanya. Ia juga adalah restoran cendol terbaik di Kuala Lumpur.

Imej via [Facebook]

Sejarah Restoran Cendol Wahab

Dengar kata, Restoran Wahab yang dikenali sebagai Wahab’s Cendol ini sudah berusia lebih dari 27 tahun. Ia bermula dari pasar malam dan berkembang dengan jayanya sehingga sekarang. Hebat bukan?

Ya, sebelum itu, Abdul Wahab berniaga menggunakan beca, kemudian motor 3 roda, kemudian van dan akhirnya membuka sebuah restoran. Ini semua asbab setiap hari semakin ramai pelanggan yang jatuh cinta dengan Cendol Wahab.

Imej via [facebook]

Restoran Wahab Cendol ini terletak di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju. Dah dekat tetapi tak pernah datang tu, haruslah datang ke sini. Jom lihat menu-menu yang ditawarkan di Wahab’s Cendol ini.

Sudah tentu menu utama di sini adalah cendol, tetapi Wahab Cendol tidak hanya menjual cendol. Ia sama seperti restoran lain yang mempunyai aneka jenis makanan ringan dan berat sesuai dengan selera anda semua.

Jenis-Jenis Cendol di Wahab’s Cendol

Imej via [wahabcendol]

Selain Cendol Biasa (Original), terdapat banyak jenis cendol di Restoran Wahab Cendol termasuk cendol jagung, cendol durian, cendol aiskrim, cendol buah-buahan dan banyak lagi.

Menu cendol juga mempunyai campuran kacang merah, kacang tanah, pulut, aiskrim, sagu, bali, nangka, jagung dan banyak lagi. Psstt, ramai yang cakap kuantiti yang diletakkan agak banyak, sangat berbaloi!

Imej via [facebook]

Untuk satu jenis cendol, anda juga boleh mencampurkan setiap jenis cendol seperti cendol Tapai Ubi, Pulut dan Jagung.  Banyak lagi sebenarnya menu cendol yang boleh anda pilih. Pasti tak tahu nak buat pilihan sebab semuanya di sini sangat sedap.

Menu Makanan Lain di Restoran Cendol Wahab

Bukan setakat cendol, tetapi makanan bergoreng, makanan ala mamak serta nasi-nasi juga ada di sini.

Terdapat pelbagai nasi lemak pelbagai lauk yang sangat sedap, pelbagai jenis nasi goreng ala Thai, aneka mee dan kuew teow menu masakan mamak dan juga makanan ringan.

Imej via [facebook]

Antara makanan ringan adalah seperti pelbagai jenis rojak dan juga Ais Batu Campur. Ais Batu Campur juga mempunyai pilihan yang banyak sama seperti menu cendol mereka. Sangat menarik!

Perkhidmatan Katering Cendol Wahab

Tak sangka rupa-rupanya Cendol Wahab menyediakan khidmat katering bagi mereka yang memerlukan katering untuk majlis, kenduri dan sebagainya. Pasti seronok dapat hidangkan menu cendol Wahab pada majlis anda!

Anda juga boleh ke laman sesawang Wahab Cendol untuk melihat menu mereka. 

Alamat: Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Jam 9 am – 11 pm

Itulah dia Restoran Cendol Wahab ramai yang suka. Jom lihat juga Gerai Sup Salim Pekat dan tempat makan cendol yang best di Kuala Lumpur dan Selangor.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.