Ringkas, bersih, dan layanan yang baik. Itu adalah antara komen pelanggan setelah merasai pengalaman menjamu selera di Restoran Nelayan yang terletak di Kuala Perlis.
Restoran Nelayan menyediakan masakan Melayu tempatan seperti ikan bakar, kari, laksa Kuala Perlis, pasembor, kurma, cucur udang, sotong tepung, cucur ketam dan macam-macam lagi jenis masakan.
Cucur ketam mungkin baru bagi ramai orang. Sebenarnya ia adalah seekor ketam yang digoreng dengan tepung. Ia tidak sama dengan cucur yang lain. Jadi, tepung akan rasa seperti ketam juga kerana pati ketam telah meresap ke dalam tepung.
Imej via Foursquare
Cucur ketam dikhabarkan amat popular di sini. Penulis rasa semua orang pasti akan rasa teruja untuk mencuba bila melihat cucur ketam yang berlonggok di rak makanan. Lebih sedap kalau dimakan panas-panas. Harganya RM13 untuk seorang makan.
Tidak lengkap jika sebuah restoran berasaskan makanan laut tidak menyediakan ikan bakar. Anda boleh mencuba ikan bakar Restoran Nelayan yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan ikan seperti siakap, jenahak, dan gerut. Pelanggan turut mengakui yang ikan bakar mereka antara yang terbaik mereka pernah makan.
Ada beberapa tanda tempat yang penting jika anda ingin mencari lokasi Restoran Nelayan. Restoran Nelayan terletak berhampiran dengan jeti Kuala Perlis. ‘Hampir’ di sini bemaksud anda cuma perlu mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja untuk sampai atau 10 minit berjalan kaki. Ia juga dekat dengan pejabat Kastam Diraja Malaysia.
Restoran Nelayan sentiasa menjadi lokasi penting penggemar makanan. Kebiasaannya semakin hari menjelang malam, semakin ramai pula yang berkunjung ke restoran ini. Maka, tidak mustahil jika pelanggan yang datang dari luar Perlis tetap kembali ke restoran ini selepas pengalaman pertama mereka dahulu.
Sukar mendapat komen negatif atau positif mengenai suasana dan layanannya. Rata-rata pelanggan yang datang ke Restoran Nelayan menumpukan sepenuh hati kepada cucur udang, sotong salut tepung, cucur ketam, dan laksa mereka.
Ini kerana Restoran Nelayan memberikan pengalaman yang baik dari setiap segi. Mereka selalu meletakkan 4 hingga 5 bintang untuk restoran ini.
Maka, ia juga sering disenaraikan di antara restoran yang wajb dikunjungi oleh ramai orang.
Untuk mendapatkan pandangan pelanggan dan gambar-gambar menarik, boleh melawat laman Facebook Restoran Nelaya Kuala Perlis. Mereka sering berkongsi gambar lauk-pauk yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk mengunjungi mereka.
Restoran Nelayan beroperasi setiap hari dari pukul 9:30 pagi sehingga 11 malam. Mereka beralamat di 1E, Restoran Nelayan 02000, Kuala Perlis. Untuk tempahan, boleh hubungi 017-5995937.