Ramai yang suka makan masakan kampung, memang sedap dan nikmat. Salah satu makanan yang wajib ada bila makan makanan kampung adalah ulam-ulaman. Dekat Kelantan, ada sebuah restoran masakan kampung yang menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman.
Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Ramai pengunjung dari luar Kelantan juga turut datang makan di restoran ini. Ia berdekatan dengan pusat kraftangan kelantan dimana anda boleh bersiar-siar juga di sekitar sini.
Menu makanan yang sangat menarik, suasana selesa serta harga yang sangat murah dan berpatutan menjadikan ia sangat sesuai dikunjungi.
Diberi nama Restoran Nasi Ulam Cikgu, restoran ini menyediakan ulam-ulaman yang segar dan pelbagai. Ramai yang terkejut bila dah datang dan lihat menu ulam di sini. Rasa teruja tengok begitu banyak pilihan, memang syurga ulam sungguh!
Untuk pengetahuan anda, restoran Ulam Cikgu juga menyediakan budu segar iaitu yang bukan dalam botol. Budu segar ini lebih pekat dan sangat sedap. Fresh gitu!
Cencalok, belacan, air asam dan kerabu campur juga disediakan. Boleh makan dengan ulam, lengkap sangat.
Pelbagai menu makanan masakan kampung yang ada di sini seperti masak lemak, ikan singgang, keli gulai, patin asam pedas, masak lemak siput sedut, ikan, ayam bakar, cencaru goreng dan banyak lagi pilihan lauk pauk menarik.
Ramai yang terkejut dengan saiz ikan keli yang dihidangkan di sini, memang sangat besar dan puas hati. Boleh kenyang sampai ke malam.
Menu minuman adalah seperti biasa tetapi harganya sangat murah. Harga makanan keselurahan di sini adalah sangat berpatutan dan berbaloi. Perkara yang paling penting adalah, selepas makan memang sangat puas dan mengenyangkan.
Restoran Nasi Ulam Cikgu ini sangat besar dan luas bukan sahaja di kawasan dalam restoran, tetapi di bahagian luar juga. Tidak menjadi masalah jika anda datang menaiki kereta atau beramai-ramai.
Pandang sahaja banner pada kedai ini, terasa seperti bendera kelantan, sebab itulah ramai pengunjung luar Kelantan suka datang ke sini. Dapat merasai masakan kampung dan kelantan. Selain bergambar, anda boleh merasai masakan kampung kelantan yang lazat.
Selalunya pengunjung memang ramai pada waktu tengahari tetapi jangan risau kerana meja makan sangat banyak disediakan. Mereka juga menerima tempahan sekiranya anda ingin menempah untuk apa-apa majlis atau program.
Jom baca juga Rumah Makan Nasi Kampung
Lokasi: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Buka: 10:30 pagi – 5:00 petang
Telefon: 0199616665