Kami pengemar Beriani. Lebih-lebih lagi Beriani Gam Johor. Kalau di Selangor ataupun sekitar Kuala Lumpur di mana ya hendak cari?Sekitar Bandar Baru Bangi ada letaknya kedai beriani yang sedap dan murah. Memang murah dari kedai lain.
Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor
Lokasi:
No.15-GF, Jalan 15/1c,
Seksyen 15 (Bandar Baru Bangi)
Bangi, Selangor 43650
Keistimewaan:
Pelbagai makanan Johor ada di sini. Contohnya seperti Laksa Johor, Mee Jawa dan paling utama adalah Beriani Gam Johor. Terdapat 3 jenis bariani yang boleh dipilih.
Bagi kami kesemuanya menarik. Jadi boleh sahaja mencubanya. Kami sudah mencubanya kesemua. Hehe, bagaimana? Sebabnya kami dahulu belajar di UKM. Kedai ini sememangnya tempat loaksi pelajar UKM dan juga pekerja yang bekerja di sekitar Bandar Baru Bangi. Pekerja di Putrajaya juga rajin untuk turun makan di sini.
Setelah banyak kali mencuba, akhirnya ayam goreng kampung menjadi pilihan kami jika datang ke sini selepas itu. Tetapi yang lain pun sedap, selera masing-masing. Sedikit mahal untuk ayam goreng kampung tetapi berbaloi dengan 1/4 ayamnya.
Memang patut dicuba. Sebabnya memang murah dan sedap. Ops, lupa pula. Jangan lupa pesan air bandung. Memang terasa sodanya. Asalnya kedai ini cuma satu lot sahaja. Tetapi telah dibesarkan menjadi dua lot. Itu pun masih tidak cukup. Ia mengamalkan konsep self servis. Maksudnya kena beratur untuk mendapat makanan. Memang panjanglah. Kalau datang sekitar waktu puncak, adalah 15 minit lamanya tunggu.
Waktu operasi:
11 pagi-4 petang
Ada beriani lain yang pernah anda makan?