Jika sebut mee mamak di Pulau Pinang pasti orang akan bayangkan Mee Sotong Hameed Pata yang terletak di Padang Kota Lama. Namun, bagi masyarakat tempatan terutamanya yang tinggal di sekitar Bayan Lepas, mereka mempunyai pilihan lain. Yang menawarkan keenakan setara tanpa perlu bersesak-sesak di restoran yang popular itu. Sudah pasti restoran popular menerima kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Terletak di barat daya pulau, mungkin tidak ramai yang mengetahui terdapatnya sebuah restoran yang menyajikan hidangan mi sotong enak.  Restoran Mee Sidek bukan sahaja menawarkan mi goreng dengan sambal sotong tetapi boleh juga digoreng bersama-sama paru dan daging.

restoran mee sidek

Imej via Instagram

Mula beroperasi pada 6 September 2015, Mee Sidek mula menjadi sebutan penggemar mee sotong. Restoran dengan papan tanda kuning diraja bertulis Mee Sidek itu dikunjungi ramai terutamanya masyarakat setempat.

Nikmati Mee Sotong Sedap Restoran Mee Sidek

Persembahannya ringkas dengan warna jingga terang melatari pinggan, namun rasanya yang enak pasti akan ulang kali kedua kepada sesiapa yang pernah mencubanya. Mee sotong di sini kerana ia tidak terlalu kering seperti di kebanyakan restoran mamak lain.

Rahsia sambal sotong ini perencah dan sambal sotong dimasak sendiri. Sambal dimasak setiap hari untuk mengekalkan rasa yang sedap.

mee goreng sidek

Satu lagi keistimewaan mee sotong Restoran Mee Sidek adalah sotong yang dibeli untuk bekalan seminggu akan dipotong kecil. Ini supaya ia dapat meresap sambal dengan baik dan masak sempurna. Sesuai untuk dimakan dengan mi yang digoreng bersama perencah, tauge, daun kucai, cucur lembut dan telur.

Selain mee sotong, korang boleh juga pesan mee rebus, pasembor dan juga nasi goreng. Kalau pesan mee rebus atau pasembor jangan lupa tambah paru. Baru sedap.

mee teluk kumbar

Jika ditanya, rata-rata anak rantau Pulau Pinang pasti akan mencadangkan mee sotong sebagai menu yang wajib dicuba. Mee sotong Sidek boleh dicuba olehpelancong jika berkunjung ke negeri di utara tanah air yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara itu.

Alamat:

Restoran Mee Sidek

245-A KG NELAYAN MUKIM 9 , TELUK KUMBAR (49.34 km)

11920 Bayan Lepas

Waktu perniagaan – 3.30 petang hingga 11.00 malam

Rabu TUTUP

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.