Bosan dengan restoran dan sajian yang biasa? Mahukan persekitaran yang lebih menarik dan pengalaman yang serba unik? Makanan dan minuman di sini juga diolah supaya kena dengan tema kafe masing-masing. Memang cukup menarik dan rugi kalau tak cuba. Jom ubah angin dan berseronok sambil menjamu selera. Nak bergambar dekat sini pun best juga!

1. DC COMIC SUPERHERO CAFE

DC Superhero Cafe

Imej dari vkeong.com

DC Superhero Cafe

Imej dari ohfishiee.com

Siapa peminat adiwira klasik Batman dan Wonderwoman angkat tangan! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian khas berkonsepkan superhero kesayangan anda. Dari burger, pasta sehingga latte semuanya dihidangkan dengan elemen superhero mengikut pesanan anda. Sementara tunggu pesanan tiba, anda boleh bergambar di sekitar kafe atau baca komik DC yang disediakan!

Alamat : L2.29, Aras Dua, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur 50350
Waktu Operasi : 100.00 pagi hingga 10.00 malam

2. HELLO KITTY GOURMET CAFE

Hello Kitty Gourmet Cafe

Imej dari jessytheklchic.com

Hello Kitty Gourmet Cafe

imej dari jessytheklchic.com

Kucing comel ini memang ada kelompok peminatnya tersendiri. Tidak perlu ke Singapura lagi semata-mata untuk ke kafe berkonsep Hello Kitty, sekarang ia dibuka di Sunway Pyramid. Anda pasti jatuh cinta dengan hidangan makanan yang minuman yang dihias comel dengan konsep Hello Kitty. Hiasan dalamannya juga dihias padat dengan karakter kartun ini.

Alamat : Hello Kitty Gourmet Cafe, Lot 083.F.6, Oasis Boulevard, Aras Ground, Sunway Pyramid
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hingga 11.00 malam,
Sabtu dan Ahad : 10.00 pagi hingga 1.00 malam

3. HEDWIG BOOKS & CAFE

Hedwig Cafe

Imej dari thehypedgeek.com

Kepada Potterheads di luar sana, sudah berkunjung ke satu-satunya kafe berkonsep Harry Potter di Kelantan? Walaupun terletak agak jauh di Pantai Timur, namun ia mendapat sambutan yang baik. Hiasan dalamannya bertemakan Hogwarts, pakaian seperti jubah dan scarf untuk pengunjung bergambar pun ada! Di sini juga ada sudut perpustakaan yang menempatkan ratusan buku cerita serta board games untuk dimain. Kafe ini menyajikan aneka kek dan pastri untuk dinikmati bersama beberapa pilihan menu kopi.

Alamat : PT 1667 Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

4. Mamee Jonker House

Mamee Jonker House

Imej dari vkeong.com

Mamee Jonker House

Imej dari vkeong.com

Kalau dah alang-alang ke Melaka, jangan lupa ke Mamee Jonker House. Di sini ada menyajikan menu istimewa seperti Laksa Kari Mamee Chef, Mee Goreng Mamak Mamee dan Nasi Ayam Hainan. Pengunjung bukan sahaja dapat menjamu selera, malah pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti kelas membuat snek mamee, membuat mamee cup sendiri dan bergambar di galeri Mamee. Cenderahati comel dan snek Mamee pun ada untuk pembelian pelanggan.

Alamat : 46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hingga 5.00 petang,
Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Ditutup setiap Selasa.

5. Lagenda Cafe

Lagenda Cafe

Imej dari Instagram Lagenda Cafe

Lagenda Cafe

Imej dari Instagram Lagenda Cafe

Terletak di Pulau Mutiara, kafe ini diinspirasikan oleh seniman agung P. Ramlee. Kafe ini menghidangkan sajian Melayu dengan menu diinspirasikan oleh karya filem P.Ramlee seperti Nachos Ali Baba, Nasi Goreng Bujang Lapok, dan Ayam Percik Madu Tiga. Kafe ini menghidupkan kembali zaman kegemilangan P.Ramlee dengan hiasan gambar-gambar P.Ramlee dan mural beliau.

Alamat : 51, Lebuh Campbell, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 11.00 malam

6. PLANE IN THE CITY

Plane In The City

Imej dari havehalalwilltravel.com

Plane in The City

Imej dari havehalalwilltravel.com

Daripada syarikat yang sama membawakan Dining In The Sky, kini ia membawa tarikan baru iaitu pengalaman ‘fine dining’ bertaraf lima bintang di dalam kapal terbang Boeing 737! Restoran ini menawarkan pengalaman 90 minit dengan hidangan istimewa daripada Hotel Le Meridien. Pengunjung boleh memilih pakej hidangan ‘Economy Class’ , ‘Business Class’ dan ‘First Class’. Diiringi oleh ‘anak kapal’, anda juga berpeluang untuk menerokai ‘cockpit’ dan bergambar di sayap kapal terbang. Namun, anda perlu membuat tempahan awal di laman web rasminya kerana setiap sesi hanya ekslusif untuk 20 orang sahaja.

Alamat : 231, Jalan Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Ditutup pada Sabtu dan Ahad.

7. LaFleur X Uniqorn

LaFleurXUniqorn

Imej dari Instagram LaFleur Cafe

La Fleur X Uniqorn

Imej dari Instagram LaFleur Cafe

Peminat haiwan fantasi unikorn perlu singgah ke kafe ini. Anda akan ditemani dengan banyak patung comel unikorn dan lengkap dengan suasana merah jambu lembut yang feminin. Tempat bergambar wajib di sini ialah tab mandi yang diisi dengan lautan bola merah jambu. Anda juga berpeluang untuk bergambar memakai onesie dan topeng unikorn. Dessert yang disajikan di sini juga dihias comel dengan motif unikorn berwarna warni.

Alamat : La Fleur E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis : 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam,

Jumaat hingga Ahad : 12.00 tengah hari hingga 1.00 pagi

Siapa kata anda tidak boleh berseronok semasa menjamu selera? Macam-macam kafe berkonsep serata Malaysia yang menawarkan pengalaman baru dan luarbiasa. Kafe berkonsep unik ini pula bukan semua tempat ada, jadi kena rajin cari. Makanan dan minuman yang dihidangkan juga tidak dapat jumpa di tempat lain dan semuanya sesuai untuk dimuat naik ke laman sosial. Rugi tak bergambar sepuasnya di kafe berkonsep ini. Oleh itu, bila bercuti di tempat-tempat ini, jangan lupa untuk singgah ke kafe-kafe unik ini agar percutian anda lebih bermakna.

Penulis: Nazirah Hassan

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.