Mencari kedai makan Thai sedap di KL?

Di negara kita, masakan Thai memang cukup sebati dengan rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, kebanyakan restoran di negara kita selalunya menghidangkan masakan Thai yang popular seperti tomyam dan sebagainya.

Bukan sahaja hidangan utama yang merangkumi masakan Thai, malah pencuci mulut juga kebanyakannya ialah pencuci mulut yang popular di Thailand seperti pulut mangga. Pasti ianya pencuci mulut kegemaran anda juga, bukan?

Buat yang menetap di Shah Alam atau bercadang untuk berkunjung ke sana, adakah anda masih tercari-cari restoran manakah yang menghidangkan makanan Thai yang kena dengan citarasa anda? Kami ada senarainya, jadi teruskan membaca!

#1 Restoran Orkid Thai

Lokasi restoran ini cukup strategik kerana ianya terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan terletak di tengah kota. Bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik, malah kesegaran lauk-lauk di sini turut dipuji ramai.

Menu @ Orkid Thai

Imej via Foursquare

Restoran Orkid Thai yang menghidangkan masakan Thai asli ini cukup terkenal dengan menu Tomyam. Antara menu Tomyam yang cukup digilai ramai ialah Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken dan Tom Yam Prawn in Coconut. Dijamin enak!

Alamat: No, 17, 17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,, 40100, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam

#2 Restoran Famous Thai

Seperti namanya, restoran ini juga merupakan antara restoran yang menghidangkan masakan Thai yang cukup popular di Shah Alam. Buat pencinta makanan Thai yang resepinya asli dari Thai, restoran ini wajib anda terjah!

Menu @ Famous Thai

Antara menu istimewa yang disajikan di sini ialah Tomyam Seafood, Chiang Rai Style Samrod Fish dan Thai Dried Yellow Curry Prawns. Keenakannya dijamin berganda apabila dikenakan bersama Thai Steam Rice, kami berani jamin!

Alamat: Lot No.F1, First Floor, Shah Alam Mall E9/9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9e, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 11:45 malam

#3 Restoran Serai Thai

Interior @ Serai Thai

Imej via Foursquare

Nama restoran ini tidak asing lagi buat pencinta makanan Thai, terutamanya yang menetap di Shah Alam. Terkenal bukan sahaja kerana keenakan dan keaslian masakan Thai di sini, malah dekorasi restoran ini juga sangat cantik!

Menu @ Serai Thai

Imej via Foursquare

Antara masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood. Tarikan utamanya ialah kesegaran lauknya yang cukup terjamin. Untuk pencuci mulut pula, anda wajb cuba Tab Tim Grob atau Red Rubies!

Alamat: 5, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang, dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam

#4 Khunthai Authentic Thai Restaurant

Kalau dah namanya ‘Authentic’, sudah semestinya keaslian masakan Thai di restoran ini terjamin. Jadi, peminat tegar masakan Thai sangatlah digalakkan untuk menerjah restoran ini untuk merasai masakan Thai yang asli!

Menu @ Khunthai Authentic Thai Restaurant

Imej via Foursquare

Antara menu-menu yang mendapat tempat yang istimewa di hati pengunjung di sini ialah Pandan Chicken, hidangan Tomyam dan Thai Style Salted Eegg Prawn. Harganya juga cukup berpatutan dengan kualiti makanan yang disajikan.

Alamat: No.6, Jalan 5/44 & Off Jalan Gasing, Petaling Garden, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam

#5 Streat Thai

Nama restoran ini diambil sempena menu yang dihidangkan di sini. Berkonsepkan ‘street food’ yang boleh didapati di Thailand, menu-menu di Streat Thai ini semestinya ialah masakan Thai asli yang halal.

Menu @ Streat Thai

Imej via Foursquare

Mango Sticky Rice @ Streat Thai

Imej via Foursquare

Menu-menu yang mendapat tempat yang cukup istimewa di hati para pengunjung ialah Pad Krapow, Thai Fried Chicken Wings dan Pineapple Fried Rice. Untuk pencuci mulut pula, semestinya Mango Sticky Rice menjadi pilihan ramai!

Alamat: 100-G.001, The School, No., 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam (Jumaat dan Sabtu dibuka bermula dari jam 11:30 pagi hingga 11 malam)

#6 Restoran Thai Nyonya

Restoran ini cukup unik kerana ianya menghidangkan masakan asli Thai dan masakan asli Baba Nonya, cukup beraneka! Yang penting, lauknya juga segar dan menu di sini juga halal.

Menu @ Thai Nyonya Restaurant

Imej via Foursquare

Antara masakan Thai yang cukup digemari pengunjung di sini ialah Thai Curry Prawn, Thai Prawn Cake dan Steamed Fish With Ginger Soya Sauce. Hidangannya bersaiz besar, jadi harganya juga berbaloi dengan saiz hidangannya!

Alamat: Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam

#7 Restoran Bangkok House

Teringinkan makanan yang selalunya didapati di kota Bangkok yang semestinya halal dan enak? Restoran Bangkok House yang terletak di Petaling Jaya ini pasti menjadi pilihan yang tepat buat anda!

Pineapple Fried Rice @ Bangkok House

Imej via Foursquare

Restoran ini menghidangkan masakan Thai yang cukup asli dan beraneka. Antara masakan Thai yang terkenal di sini ialah Pineapple Fried Rice. Lebih unik, Pineapple Fried Rice di sini dihidangkan di dalam kulit nanas itu sendiri, sangat menarik!

Alamat: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#8 My Elephant Thai

Restoran My Elephant ini cukup terkenal di kawasan Selangor dan KL. Mempunyai beberapa cawangan di Sri Hartamas di KL, Ampang dan Subang Jaya di Selangor, restoran ini juga seringkali menjadi buruan pencinta makanan Thai kerana keaslian masakannya!

Green Curry @ My Elephant Thai

Imej via Foursquare

Antara masakan Thai yang ‘laku keras’ di sini ialah Phad Thai, Grapow Noodles dan Green Curry. Green Curry di sini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasa pedas dan berempah yang cukup memikat. Baunya sahaja sudah boleh bikin terliur!

Alamat: CG-4, Jalan 17/13, Happy Mansion, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 2:30 petang, dibuka semula pda jam 6 petang hingga 10 malam

Banyak betul restoran-restoran sekitar Selangor yang menghidangkan makanan Thai, bukan? Walaupun anda bukan pencinta makanan Thai, kami yakin anda juga pasti sudah mula kecur air liur!

Bagi yang sudah mula berkeroncong perut setelah terbayangkan makanan Thai yang asli dan enak, lekaslah serbu restoran-restoran yang kami senaraikan ini. Selamat menjamu selera!

Jemput juga membaca artikel lain seperti tempat makan di TTDI dan tempat makan di TTDI

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.