Mencari restoran makanan laut di Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi?

Ada pelbagai tempat makan yang menghidangkan aneka jenis genre makanan yang boleh didapati di Negeri Sembilan. Dari makanan Barat, masakan kampung dan makanan Thai, semuanya ada.

Restoran makanan laut juga ada banyak. Jadi, berikut kami senaraikan 10 restoran makanan laut di Kuantan yang menjadi kegemaran ramai. Teruskan membaca!

#1 Nelayan Seafood Catering

Alamat: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan, terutamanya pada waktu malam. Makanan laut yang disajikan di sini memang sangat berbagai, boleh bikin sesiapa sahaja rambang mata!

nelayan seafood catering

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda pilih ialah berbagai jenis ikan segar, sotong, udang, lala, kerang, lokan dan banyak lagi. Untuk makan malam, cara masakan boleh dipilih sama ada dibakar dan sebagainya.

#2 Embok Village Steamboat & Seafood

Alamat: Batu 2 1/2 Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12.15 am

Di restoran Embok Village Steamboat & Seafood, anda bukan sahaja boleh menikmati makanan laut, malah steamboat juga turut disediakan. Jumlah makanan laut yang disediakan juga ada berbagai!

embok seafood restoran makanan laut negeri sembilan

Imej via Foursquare

Untuk makanan laut, cara masakan boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan. Bagi minuman, Coconut Shake di sini juga turut dipuji ramai. Ada yang kata sesedap Coconut Shake di Melaka, memang mengancam!

#3 Amira Seafood

Alamat: Jalan BBN 1/2, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 1 am

Di Nilai, restoran Amira Seafood merupakan antara restoran makanan laut yang cukup gah namanya.  Selain terkenal dengan hidangan Pantai Timur, makanan laut di sini juga turut menerima sambutan yang menggalakkan.

amira seafood

Imej via Foursquare

Kebanyakan hidangan di sini  berkonsepkan hidangan Thai. Siakap tiga rasa, tomyam seafood,  siakap stim limau dan kerang bakar merupakan antara yang wajib anda cuba jika ke sini.

#4 Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Memang tak sahlah melancong di PD kalau anda tak singgah di restoran ikan bakar. Untuk itu, kami cadangkan agar anda singgah di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ini.

seri mesra @ restoran makanan laut negeri sembilan

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis makanan laut yang segar yang disediakan. Kualitinya juga turut dipuji ramai pelanggannya. Antara yang boleh didapati ialah udang, sotong, ketam, lala dan beraneka jenis ikan.

Cara masakan juga boleh dipilih, jadi pesan sahaja cara masakan yang anda suka. Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu murah, namun berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan.

#5 Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau

Alamat:  5774, Jalan TS 2/1, Taman Semarak, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am

restoran yang mula beroperasi sejak tahun 2012 ini merupakan antara restoran yang top di Rembau –  Restoran Sungai Rembau Ikan Bakar. Kebanyakan hidangan di sini menggunakan makanan laut  yang segar.!

sg rembau

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan menu yang laku keras di restoran ini. Isinya cukup lembut dan aromanya sangat harum, jelas menunjukkan ianya dibakar dengan begitu sempurna.

Jangan lupa pesan sayur kailan ikan masin, tomyam seafood dan sotong goreng tepung bersama bagi melengkapkan hidangan, dijamin sedap!

#6 Wawa Seafood Restaurant

Alamat: Jalan BBN 1/2, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12.30 pm – 12.30 am

Restoran Wawa Seafood ini sangat terkenal dengan hidangan Thai yang disajikan. Bagi pencinta makanan laut, anda juga boleh memilih makanan laut kegemaran seperti ikan, udang dan sotong di sini.

wawa

Imej via Foursquare

Hidangan seperti  kerang bakar, lala masak pedas dan siakap stim limau merupakan antara yang wajib anda nikmati jika datang ke sini. Jangan lupa cuba mi celup juga ya!

#7 Restoran Aiyunie Seafood & Catering

Alamat: Jalan BBN 5/2a, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 3 am manakala Ahad 5 pm – 12 am

Restoran Aiyunie Seafood & Catering ini pula sangat dikenali dengan masakan Thai yang bukan sahaja enak, malah asli. Selain itu, makanan laut di sini juga turut menjadi pilihan ramai pelanggannya.

restoran makanan laut Negeri sembilan

Imej via Instagram

Tomyam Seafood merupakan hidangan yang wajib anda pesan jika ke sini. Rasanya sedikit pedas berbanding tomyam biasa, memang sesuai dinikmati oleh pencinta makanan pedas.

Selain itu, siakap tiga rasa, kerang bakar, udang butter dan sotong goreng tepung juga merupakan antara menu terlaris di sini. Alang alang ke sini, cuba sahaja kesemua ini sekali!

#8 Restaurant Bayu Village

Alamat: 23385, Jalan Paroi – Senawang, Taman Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Satu lagi restoran makanan laut di Negeri Sembilan yang tersedap ialah Restaurant Bayu Village. Makanan laut seperti sotong, ketam, kerang dan pelbagai jenis ikan boleh didapati di sini.

seafood bayu village restoran makanan laut negeri sembilan

Imej via Foursquare

Untuk makanan laut, anda boleh pilih cara masakan kegemaran. Selalunya, sotong goreng tepung, ketam masak sambal, kerang bakar dan siakap stim limau merupakan antara menu yang kerap dipesan ramai.

#9 Mimi Seafood

Alamat: Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran yang terletak berhampiran pantai Teluk Kemang ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dek kerana keenakkan hidangan yang disajikan di restoran ini.

mimi seafood restoran makanan laut negeri sembilan

Imej via Foursquare

Restoran Mimi Seafood menawarkan pelbagai jenis pilihan menu berasaskan masakan tempatan dan Thai. Semestinya makanan laut merupakan keistimewaan utama restoran ini.

Ikan pari bakar merupakan menu yang kerap menerima pesanan. Isi ikan yang lembut dan juicy cukup enak dinikmati bersama sambal kicap yang pedas.

#10 Samudra Ikan Bakar Hj Fared Bin Hj Masrom

Alamat: Kampung Gelam, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Ramai pelanggan yang singgah di restoran ini mengakui yang makanan laut di restoran Samudra Ikan Bakar Hj Fared Bin Hj Masrom ini memang segar dan ada beraneka jenis. Sangat memuaskan hati!

samudra ikan bakar @ restoran makanan laut negeri sembilan

Imej via Foursquare

Dari udang, sotong, ketam, kerang, lala, kupang dan berbagai jenis ikan boleh anda pilih jika ke sini. Cara masakan? Juga boleh anda pilih sendiri. Selalunya, ikan bakar dan masakan Thai menjadi pilihan ramai jika ke sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran makanan laut di Negeri Sembilan yang akan dilawati? Atau sudah rambang mata dan rasa seperti ingin singgah di kesemua restoran yang kami senaraikan ini?

Alang-alang melancong ke Negeri Sembilan, singgah sahaja sebelum rugi. Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Negeri Sembilan? Klik sahaja pada link di bawah!
Tempat Makan Best di Seremban

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.