Jika anda menetap sekitar KL, nama Restoran Mahbub ini pasti pernah anda dengari, bukan? Boleh jadi anda juga merupakan salah seorang pminat tegar hidangan di sini.

restoran mahbub

Imej via Foursquare

Tidak dinafikan, restoran yang mula beroperasi sejak tahun 1974 ini memang merupakan antara yang ‘top’ di bandaraya KL. Buktinya, jumlah pelanggannya sentiasa ramai.

Wah, nampaknya dahsyat juga penangan Nasi Briyani di restoran ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Restoran Mahbub, teruskan membaca!

Briyani Ayam Madu, Hidangan Paling Padu!

Bila anda masuk sahaja ke restoran ini, anda pasti akan terbau aroma briyani yang cukup harum lagi memikat. Aromanya sahaja sudah bikin berkeroncong perut, bayangkanlah keenakkan hidangannya!

briyani ayam madu @ restoran mahbub

Imej via Foursquare

Antara banyak-banyak lauk yang dihidangkan bersama Nasi Briyani, Ayam Madu merupakan antara yang paling laris di sini. Agak-agak apa yang membuatkannya begitu digemari?

nasi ayam madu @ mahbub

Imej via Foursquare

Menurut ramai, Ayam Madu ini rasanya cukup sempurna. Rasanya manis dan isi ayam juga lembut dan sangat ‘juicy’. Dihidangkan bersama kuah dhal dan acar timun, hidangan ini sememangnya menyelerakan.

Naan Cheese, Sedapnya Tak Terkata

Kurang menggemari nasi dan teringin menikmati hidangan lain? Kalau dah namanya kedai mamak roti ini pasti wajib ada di restoran tersebut. Semestinya Naan Cheese!

naan cheese @ restoran mahbub

Imej via Foursquare

Anda wajib cuba Naan Cheese di restoran ini, yang juga merupakan antara hidangan paling laku di Restoran Mahbub ini. Rata-rata pelanggan yang pernah mencubanya memuji-muji kelazatannya.

Keju yang digunakan ialah keju mozarella. Kuantitinya juga agak banyak, sampaikan anda boleh tarik kejunya. Cukup sesuai untuk dinikmati oleh para pencinta keju!

Buhara Kambing, Hidangan Rebutan Ramai

Mengapa rebutan ramai? Kerana hidangan ini cuma dihidangkan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Macam manalah pelanggannya tak berebut kalau dah terlalu enak, bukan?

buhara kambing @ restoran mahbub

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama hidangan ini ialah saiz hidangannya cukup besar. Jika anda nikmatinya seorang pun, berkemungkinan tak akan habis. Nasinya memang banyak dan daging kambingnya agak besar.

Hidangan ini cukup enak jika dimakan bersama kuah campur. Jika anda datang ke sini dengan perut kosong pada hujung minggu, pesan sahaja Buhara Kambing, pasti anda akan berpuas hati!

Banyak Lagi

sup kambing

Imej via Foursquare

Untuk hidangan bersup pula, Sup Kambing di sini turut menjadi kesukaan ramai pelanggan. Jika dimakan bersama nasi putih atau roti kosong, pasti lazat.

Selain itu, Maggie Goreng juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba. Saiz hidangannya agak besar, jadi ianya memang menjanjikan kekenyangan!

Kesimpulan

Sebenarnya, ada banyak menu yang menarik di restoran ini yang anda boleh cuba sendiri. Maklumlah, kalau namanya restoran Mamak, menunya memang bikin ramai rambang mata!

Kami yakin anda pasti sudah tidak sabar mahu menikmati Nasi Briyani di sini, bukan? Lekaslah singgah Restoran Mahbub sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 2 pagi

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .