Anda bercadang untuk berkunjung ke Sungai Buloh, Selangor? Sudah puas mencari warung mana yang menyajikan makanan yang kualitinya ‘tip top’ tapi pada masa yang sama, berpatutan dengan harganya?

Warung Kita @ Kg. Melayu Sg. Buloh

Imej via Foursquare

Kami yakin warung ini pasti cocok dengan anda! Warung Kita yang bertempat di Sungai Buloh ini cukup popular di Selangor. Terkenal dengan menu Nasi Manggey, restoran ini juga menyajikan menu-menu lain yang bikin ramai pengunjungnya ketagih!

nasi manggey @ warung kita

Imej via Foursquare

Nasi Manggey, Jarang Didengari Tetapi Istimewa Sekali

Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca di sini yang baru pertama kali terdengar tentang menu Nasi Manggey ini, bukan? Di Warung Kita, menu Nasi Manggey ini merupakan menu yang paling banyak dipesan!

Nasi Manggey merupakan nasi kukus yang dibungkus dengan daun pisang bersama ayam goreng yang dicincang dan dilengkapi dengan kuah kari dan sambal. Rasanya cukup enak, kuah karinya yang pekat dan sambalnya yang pedas juga sangat menyelerakan!

Kelapa Baldi & Coconut Shake @ Warung Kita

Imej via Foursquare

Coconut Shake & Kelapa Baldi, Manis dan Menyegarkan Tekak

Bila cuaca panas-panas, mesti tekak anda mengidamkan minuman yang bukan sahaja manis, malah menyegarkan tekak, bukan? Dua jenis minuman di Warung Kita ini pasti cocok dengan citarasa anda.

Coconut Shake @ Warung Kita

Imej via Foursquare

Coconut Shake merupakan sejenis minuman yang berasaskan dari buah kelapa muda yang dihidangkan bersama ais krim vanila di atasnya sebagai pelengkap rasa. Rasanya yang manis boleh bikin sesiapa sahaj jatuh cinta dengannya!

Untuk Kelapa Baldi pula, kami yakin pasti anda jarang terdengar tentang minuman ini bukan? Ianya merupakan air kelapa yang dihidangkan dalam baldi bersaiz sederhana besar, memang unik! Rasanya pula tidak tawar dan sangat menyegarkan tekak.

Colek Seafood @ Warung Kita

Imej via Foursquare

Colek Seafood, Buat Pencinta Colek

Bagi yang pertama kali terdengar tentang Colek Seafood, ianya merupakan makanan yang mencampurkan udang, keropok ikan, sotong dan cucur goreng tepung yang dimakan dengan kuah pencicah.

Colek Seafood ini cukup enak dimakan setelah menikmati menu berat yang lain. Rasa kuahnya yang bukan sahaja pedas malah manis ini menjadi kunci utama menu ini begitu enak sekali!

Nasi Lemak Ikan Tongkol, Sarapan Yang Menyelerakan Lagi Mengenyangkan

Biasanya kita bersarapan Nasi Lemak dengan lauk-lauk seperti ayam goreng dan sambal sotong, bukan? Di Warung Kita, menu yang cukup istimewa ini iaitu Nasi Lemak Ikan Tongkol merupakan menu sarapan yang menjadi tarikan istimewa di sini!

Nasi Lemak yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol ini dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak. Kuah karinya juga pekat, cukup enak dan mengenyangkan!

ABC Oreo @ Warung Kita

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Untuk minuman pula, ABC atau air batu campur yang merupakan antara minuman yang cukup popular di negara kita turut dihidangkan di Warung Kita!

Dikenali dengan nama ABC Oreo, ABC yang dihidangkan bersama aiskrim vanila dan serpihan biskut oreo ini cukup manis rasanya. Memang menjanjikan kepuasan terutamanya kepada yang betul-betul dahaga.

teh tarik @ warung kita

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja minuman yang disajikan di Warung Kita, minuman lain seperti Teh Tarik, Bandung, Milo Ais dan banyak lagi turut dihidangkan di sini. Cukup enak dikenakan bersama Nasi Lemak semasa sarapan pagi!

Boleh dikatakan banyak juga menu yang istimewa di Warung Kita ini. Harganya juga murah-murah belaka, cukup berbaloi dengan keenakan dan kepuasan hati yang dijanjikan.

Bagi yang sudah mula teringin untuk mencuba menu-menu terbaik di Warung Kita, cepat-cepatlah terjah Warung Kita yang terletak di Kampung Melayu Batu 13 di Sungai Buloh, Selangor dan beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 malam ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.