Jom singgah di Miker Food dan rasai sendiri pelbagai menu menarik dan sedap di sini. Tak hairanlah restoran ini termasuk dalam senarai tempat makan yang perlu dikunjungi di Perak.

Miker Food terletak di tengah-tengah bandar Ipoh. Lokasinya memang mudah untuk diakses oleh pengunjung. Jika anda berada di sekitar Ipoh dan mencari tempat makan yang sedap, jangan lupa singgah di sini.

Miker Food dibuka pada Selasa sehingga Ahad dan hanya akan ditutup pada Isnin, bermula dari 4.00 petang sehingga 11.00 malam. Seeloknya datang awal sebelum waktu kemuncaknya bagi mengelakkan kesesakan di restoran. Lebih-lebih lagi jika anda datang pada hujung minggu mahupun cuti umum, pasti lebih padat dan meriah.

Walaupun kawasan restoran luas dan banyak tempat makan disediakan, namun jika datang pada waktu kemuncak, ada kalanya pengunjung perlu beratur dan menunggu giliran.

Menu Menarik

Apa yang terkenal dan menarik di sini? Tempat makan ini sesuai untuk seisi keluarga tanpa mengira umur kerana pelbagai jenis menu disediakan. Makanan tempatan, makanan Thai mahupun makanan barat, semuanya ada di sini!

Nak makan makanan bernasi? Anda boleh memesan menu ala carte seperti nasi goreng mahupun nasi putih bersama aneka lauk pilihan. Jika makan nasi putih, gandingan bersama ikan bakar, celup tepung, sambal udang mahupun tomyam nyor pasti menyelerakan.

Jangan risau buat penggemar makanan barat, banyak pilihan buat anda termasuklah Spagheti Meatball, Fried Chicken Chop, Chicken Parmigiana dan Spaghetti Seafood Marinara. Ada juga banyak pilihan pemanis mulut dan sate untuk menu sampingan.

Nak tahu menu istimewa dan terlaris di restoran hipster ini? Apa kata anda cuba pizza, lamb chop, mi goreng dan nasi goreng sambal paru.

Tahukah anda, pelbagai jenis pizza yang ditawarkan buat pelanggan. Yang pasti anda perlu cuba pizza istimewa iaitu Miker’s Choice Pizza, inovasi pizza dengan citarasa tempatan yang diletakkan bersama sos khas serta ikan bilis. Crust pizza yang rangup, rotinya yang lembut bersama sos secukup rasa pasti terasa nikmatnya.

Review

Bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk setempat, malah pelancong juga menjadikan Miker Food sebagai tempat makan yang perlu dicuba untuk menikmati makan malam yang enak. Harga memang berbaloi dengan rasa dan kuantiti yang dihidangkan. Tak percaya? Ini antara komen dari pelanggan yang pernah ke sini:

Mcnor Norhayati

Jumpa port makan sedap kat Ipoh. Ternyata semua makanan yang kami order semua sedap. Walaupun ramai orang, makan cepat sampai dalam 5 hingga 10 minit kerana sistem sangat sistematik.

Juzaziri Isamri

Wallawehhhh.. All food superb sedap. Puas hati. Servis cepat walaupun ramai orang.

Ros Putih

Allahuakbar suasana tu cantik sungguh. Menu-menu semua sedap.

Jangan lupa masukkan Miker Food dalam senarai tempat makan menarik di Ipoh jika anda bersiar-siar atau berada berdekatan bandar ini. Ajak pasangan, seisi keluarga mahupun rakan-rakan, pasti lebih meriah!

Memang puas bila berada di sini kerana pelbagai menu enak yang boleh dipilih selain harganya yang memang berpatutan. Dah cuba, pasti nak datang lagi!

Maklumat Lanjut

Lokasi: Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Selasa-Ahad (4.00 petang-11.00 malam)

Facebook: MIKER FOOD

No telefon: 011-1030 0033

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.