Sekiranya anda sebut sahaja nama restoran ini pada warga Kuantan, pasti kebanyakannya tahu dan pernah terdengar tentang restoran yang sangat popular ini – Restoran Lila Wadi!

Jika anda dalam perjalanan ke Teluk Cempedak, pasti anda akan terjumpa restorannya. Alang-alang makan angin, singgah sahaja untuk mengisi perut dengan hidangan yang menarik di sini.

Tertanya-tanya menu apa yang istimewa dan popular yang boleh anda cuba di Restoran Lila Wadi? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Steamboat BBQ Terbaik Kualiti, Rugi Tak Cuba!

Ingin singgah di restoran ini untuk makan sambil bersantai bersama keluarga? Kami cadangkan agar anda cuba BBQ Steamboat di restoran ini, dijamin terbaik!

bbq steamboat @ lila wadi

Imej via Foursquare

BBQ Steamboat ini sangat istimewa kerana bahan BBQ menggunakan bahan asli. Jadi, semestinya lauk yang dimasak lebih segar, menyelerakan dan menyihatkan.

Ada empat jenis set BBQ Steamboat yang boleh anda pilih – lamb supreme, beef supreme, chicken supreme dan seafood supreme. Pesan sahaja set yang kena dengan citarasa anda.

Kek Keju Yang Wajib Dicuba Di Restoran Lila Wadi

Bila kami sebut sahaja tentang kek keju, pasti ramai pembaca mula terliur terdengar namanya. Tidak dinafikan, pencuci mulut ini sememangnya kek kegemaran ramai.

kke keju restoran lila wadi

Imej via Foursquare

mango cheesecake lila wadi

Imej via Foursquare

Kek keju merupakan pencuci mulut yang terlaris di restoran ini. Antara kek keju yang disediakan ialah kek keju durian, kek keju mangga, kek keju coklat dan kek keju oreo.

Kami syorkan agar anda cuba kek keju mangga dan kek keju coklat. Ianya kaya dengan keju namun tidak memuakkan. Malah, rasa lemak berkrimnya akan buat anda terpikat!

Makanan Barat Yang Sedap & Mengenyangkan

Teringin untuk menikmati makanan Barat? Restoran ini juga turut terkenal dengan menu tersebut. Ada 4 jenis hidangan yang boleh dipesan – starter, western, burger pasta.

ny cheese burger

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dinikmati ialah spaghetti carbonara, new york cheese burger dan prawn tempura. Keliru nak pesan yang mana? Pesan sahaja kesemuanya sekali, pasti lebih meriah & sedap!

Selain itu, anda juga boleh cuba chicken chop, swedish meatball dan lamb chop. Untuk chicken chop, anda boleh pilih sama ada anda mahu ianya dipanggang atau digoreng.

Banyak Lagi

Untuk minuman, pasti anda mahu menikmati minuman yang menyegarkan tekak, bukan? Cubalah dua jenis minuman yang ‘laku keras’ di restoran ini – ginger lemon cooler dan pandan cooler.

drinks

Imej via Foursquare

Walaupun kedua-duanya berbeza dari segi rasa, namun kesegaran yang dijanjikan tetap sama. Kalau anda menikmatinya semasa sedang kering tekak, pasti puas tak terhingga!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu menikmati keenakkan hidangan di Restoran Lila Wadi, bukan? Jika berpeluang ke Kuantan, singgah sahaja sebelum terlepas peluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai, takut nanti berebut tempat parkir dan tempat duduk dalam restoran pula.

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 11.20 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuantan? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Best Di Kuantan

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.