Siapa di sini suka makan di kedai mamak? Semestinya hampir semua pembaca di sini cukup menggemari makanan di kedai mamak, bukan? Sinonim dengan makanan yang banyak dari segi kuantitinya, sedap dan cepat pula disiapkan, tidak hairanlah kedai mamak sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Restoran Jamal Mohamed

Imej via Instagram

Bagi yang menetap atau singgah di Petaling Jaya, anda pasti pernah terdengar nama restoran mamak ini. Restoran Jamal Mohamed yang terletak berhadapan dengan Wisma FAM di Petaling Jaya, Selangor ini merupakan antara restoran mamak yang sentiasa diserbu ramai. Walaupun restorannya agak besar, ada kalanya restoran ini sampai penuh dengan pelanggan. Mari kita lihat apa yang menarik di sini!

Mi Wantan @ Restoran Jamal Mohamed

Imej via Foursquare

Mi Wantan, Antara Hidangan Terbaik di Restoran Jamal Mohamed

Menu di sini cukup berbagai, lihat sahaja jumlah gerai di restoran ini – memang banyak! Antara menu yang paling istimewa di sini ialah Mi Wantan. Bagi yang tidak pernah terdengar tentang menu ini, mi wantan merupakan sebuah hidangan mi Kantonis yang dihidangkan dalam sup panas bersama lauk, sayur, dan wantan.

Apa yang menarik tentang Mi Wantan ini ialah rasanya yang cukup enak! Mi yang kenyal, isi ayam bakar yang lazat dan lembut, dimakan pula bersama cili potong yang pedas, memang boleh bikin kecur air liur! Hidangannya juga agak banyak, semestinya mengenyangkan namun boleh buat anda rasa macam nak tambah lagi dan lagi!

Nasi Lemak Kangkung

Imej via Instagram

Nasi Lemak Kangkung, Jarang Didengari tetapi Sedap Sekali

Selain daripada makanan Kantonis, makanan Melayu yang cukup popular iaitu nasi lemak turut di hidangkan di sini. Anda pasti jarang terdengar tentang nasi lemak kangkung, bukan? Walaupun namanya jarang didengari, tidak bermaksud ia tidak sesedap nasi lemak yang lain.

Di Restoran Jamal Mohamed, Nasi Lemak Kangkung ini boleh dikatakan acap kali juga dipesan pelangannya terutamanya semasa waktu sarapan. Dihidangkan bersama sayur kangkung yang telah dicelur, lauk pauk seperti sambal sotong, sambal paru, ayam goreng yang garing, dan dijual pada harga yang berpatutan dengan kelazatannya, tidak hairanlah Nasi Lemak Kangkung ini laku keras!

Yong Tau Fu Goreng

Imej via Foursquare

Banyak Lagi Menu Menarik

Bagi penggemar Yong Tau Fu, kami ada berita baik buat anda! Yong Tau Fu Goreng merupakan antara menu yang dihidangkan di Restoran Jamal Mohamed. Jika anda lihat, isi Yong Tau Fu nampak cukup banyak! Dicicah pula bersama sos yang manis dan pedas, dimakan bersama Mi Wantan yang cukup sedap, pasti puas hati!

tauhu bakar @ restoran jamal mohamed

Imej via Foursquare

Menu istimewa seterusnya yang cukup terkenal di Restoran Jamal Mohamed ialah Tauhu Bakar. Mungkin kedengaran ringkas bagi anda, tapi bila dah cuba, memang bukan biasa-biasa! Tauhunya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Yang menariknya, sos Tauhu Goreng ini terdapat di dalam tauhu itu sendiri! Sosnya juga manis, dicampurkan bersama hirisan timun dan kekacang, memang sedap tak terkira!

Jangan terkejut, restoran mamak pun ada menyajikan Laksa Sarawak tau! Laksa Sarawak di sini memang sudah menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, rasanya yang cukup asli, aroma kuah laksa yang cukup memikat, keenakannya memang tiada tandingan! Harganya juga cukup berpatutan untuk sebuah hidangan yang mengenyangkan, cukup berbaloi!

pisang goreng keju

Imej via Foursquare

Petang-petang pasti anda teringin pisang goreng, bukan? Restoran Jamal Mohamed juga ada menyediakan Pisang Goreng Keju! Tidak memuakkan, manis dan dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, memang megancam! Selain itu, Pisang Goreng Keju ini juga turut mempunyai perisa yang berbagai, antaranya ialah coklat, karamel dan matcha. Haa, dah meleleh air liur ke?

Memang banyak betul tarikan di Restoran Jamal Mohamed ini, dari makanan Cina, makanan Melayu dan makanan ringan, semuanya sedap-sedap belaka! Waktu operasinya ialah 24 jam, jadi bagi sesiapa yang tiba-tiba lapar pada jam 3 pagi, ‘kedai tutup’ bukan lagi masalah! Bagi yang sudah mula berkeroncong perut itu, cepat-cepatlah terjah Restoran Jamal Mohamed ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.