Setiap hari tubuh kita memerlukan pelbagai nutrisi makanan yang lengkap serta seimbang bagi mengelakkan tubuh diserang penyakit. Namun, setiap makanan yang kita ambil setiap hari akan memberi kesan kepada tubuh badan sekiranya kita kurang atau terlebih makan sesuatu makanan.

Nutrisi dapat dikatakan sebagai ilmu tentang makanan. Anda akan dapat mengetahu tentang zat serta gizi yang terkandung dalam sesuatu makanan.

Demi menjaga kesihatan diri, sebaiknya kita mengambil sesuatu makanan itu secara berlebihan kerana jika ia diambil secara berterusan tanpa kawalan, pelbagai penyakit akan timbul dan menyerang kehidupan anda.

Oleh itu, mari kita lihat kepentingan makanan yang diambil setiap hari.

#1. Karbohidrat

Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber tenaga.

Pengambilan karbohidrat mengikut saiz yang betul tidak akan memudaratkan tubuh. Namun, sekiranya ia diambil secara berlebihan serta tanpa kawalan, karbohidrat yang memasuki tubuh akan disimpan dan membentuk lemak.

Karbohidrat

Imej via hellosehat

Bagi mengelakkan tubuh menyimpan gula serta pati kompleks yang banyak, sebaiknya setiap individu mengubah pola pemakanan. Ia sangat baik bagi tubuh kerana tidak perlu menyimpan lemak di dalam badan.

Oleh itu, sebaiknya anda menukar hidangan nasi putih, kuih serta roti putih kepada oatmeal, sorghum, quinoa, beet, soya serta kekacang yang berserat tinggi dan sumber vitamin dan mineral. Sumber makanan ini mengandungi serat yang tinggi membolehkan anda merasa kenyang dengan lebih lama.

Sebaik – baiknya setiap hidangan harian hanya mengandungi sebanyak 40 peratus kalori dari sumber karbohidrat.

Jenis Karbohidrat

Terdapat sebanyak 3 jenis karbohidrat berdasarkan susunan kimia. Ia terdiri daripada monosakarida, disakarida, dan polisakarida.

i. Monosakarida

Monosakarida merupakan jenis karbohidrat yang paling sederhana serta molekul paling kecil. Ia dapat diserap terus oleh pembuluh darah kerana molekulnya paling kecil. Karbohidrat jenis ini adalah glukosa dektrosa yang banyak terdapat pada buah-buahan dan sayuran, fruktosa banyak terdapat pada buah, sayuran, madu, dan glukosa yang berasal dari pecahan disakarida.

 

 

Karbohidrat

Imej via lifestyle.okezone

ii. Disakarida

Disakarida merupakan karbohidrat daripada sukrosa, maltosa, dan laktosa. Sukrosa dan maltosa banyak pada sayuran manakala laktosa pula merupakan jenis gula yang terdapat dalam susu samada susu ibu atau susu haiwan.

Karbohidrat

Imej via manado.tribunnews

iii. Polisakarida

Polisakarida pula merupakan gabungan dari beberapa molekul monosakarida. Jenis polisakarida adalah zat pati, glikogen dan selulosa.

#2. Protein

Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk pertumbuhan serta pembaikan sel – sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel – sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang.

Protein

Imej via draxe

Setiap hari tubuh kita memerlukan sebanyak 0.8 gram sumber protein dari setiap 1kg berat tubuh badan. Bagi seorang wanita, ia memerlukan sebanyak 36gram protein manakala lelaki pula memerlukan sebanyak 44 gram setiap hari.

Protein

Imej via drinkiconic

Saiz protein antara 36 hingga 44 gram adalah bersama 1 hingga 2 keping dada ayam. Protein yang diambil secara berlebih boleh menyebabkan beberapa situasi yang kurang baik seperti sakit urat, peningkatan kolesterol, kegagalan buah pinggang serta risiko kanser.

Bagi mengelakkan protein yang berlebihan, sebaiknya 1 porsi hidangan berasaskan protein diambil yang terdiri dari ayam dan ikan. Ia juga boleh digantikan dengan sumber protein yang lain seperti kekacang, tempe, biji – bijian serta sayur hijau.

#3. Lemak

Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Sumber lemak terbaik adalah avokado, kekacang-sayur hijau serta buah-buahan.

Lemak

Imej via heartandstroke

Pengambilan sumber lemak secara berlebihan akan menyebabkan beberapa keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak.

Lemak

Imej via magufoods

Secara umumnya setiap orang dewasa hanya perlu mengambil sebanyak 30 peratus lemak, 30 peratus protein serta 40 peratus karbohidrat. Sebaiknya lemak yang diambil mengandungi omega-3 serta minyak zaitun.

#4. Vitamin

Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel – sel tubuh serta metabolisme badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh.

Vitamin C

Imej via allaboutvision

Vitamin C serta B kompleks sebaiknya diambil setiap hari kerana ianya tidak disimpan di dalam tubuh dan dikeluarkan melalui urin. Kekurangan vitamin di dalam badan menyebabkan penyakit mata, hipertensi, anemia, penyakit ginjal, eczema, kanser, batuk, osteoporosis serta menstruasi.

Vitamin B

Imej via skinstore

Sumber vitamin boleh diperolehi daripada sayur  – sayuran serta buah – buahan seperti epal, tomato, bayam, sunflower seed, avokado, buat bit, lemon serta kekacang.

#5. Mineral

Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga.

Mineral

Imej via healthambition

Kekurangan sumber mineral menyebabkan beberapa keburukan seperti proses metabolisme tubuh terganggu, masalah kesihatan seperti osteoporosis, anemia, mudah lelah, kulit kering, rambut kering hingga masalah keseimbangan hormon.

Terdapat dua jenis sumber mineral iaitu mineral major dan minor. Mineral major merupakan kalsium, kalium, sulfur, fosforus serta magnesium. Setiap hari badan kita memerlukan sebanyak 100 gram atau lebih sumber mineral.

Mineral

Imej via drpawluk

Mineral minor pula merupakan sumber mineral yang diperlukan dalam jumlah yang kecl sahaja. Ia terdiri daripada zink, besi, mangan, tembaga, boron, silikon, molibdenum, vanadium, kromium, selenium, dan iodin.

Mineral juga banyak terdapat daripada sumber tanaman yang tumbuh dalam tanah seperti halia, kunyit, lobak merah, buah bit, kekacang, serta sayuran berwarna hijau gelap seperti kale.

#6. Serat Tumbuhan

Serat tumbuhan atau mserat akanan (dietary fiber) merupakan bahagian makanan yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan lebih baik.

Serat

Imej via hellosehat

Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus.

Serat

Imej via merdeka

Setiap tubuh badan perlu mengambil sayur – sayuran hijau seperti bayam, kale, parsly, saderi serta sayuran hijau lain. Antara sumber karbohidrat dan protein yang kaya dengan serat adalah seperti gandum, sorghum serta edamame.

#7. Air

Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh serta air kencing

Adalah sangat penting untuk kita mengekalkan komposisi air di dalam badan dengan minuman air mineral atau air putih secukupnya. Selain itu, sumber air boleh diperohi daripada buah – buahan seperti timun, tembikai, limau, serta sayur – sayuran yang mengandungi kandunan air yang tinggi.

Air minuman

Imej via haguewaterofmd

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan pada sel  dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran pencernaan. Tanda – tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody, mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendag, warna urin kuning pekat, penyakit batu karang serta sakit ketika membuang air kecil.

Air minuman

Imej via edwardfhughes

Setiap orang dianjurkan untuk minum sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter). Namun, air juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Warna urin yang pekat menunjukkan badan kekurangan air dan pengambilan air minuman adalah sangat diperlukan.

Kesimpulan

Setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi pelbagai nutrisi. Ia sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi organ dalam badan. Nutrisi seharusnya diperolehi daripada makanan kerana tubuh manusia tidak menghasilkan nutrisi dalam badan.

Makanan yang berkualiti adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat baik untuk tubuh badan seseorang. Pengambilan kombinasi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil secara berpatutan dan tidak berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan bagi mengelakkan sebarang keburukan jika diambil berlebihan.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.