Ramai yang bimbang untuk menjamu selera jika berada di negara – negara bukan Islam seperti negara China. Namun, tahukah anda terdapat masyarakat Cina yang beragama Islam menetap di Guangzhou. Pelbagai menu yang anda boleh dapati di sini, makanan tempatan, Asia, Timur Tengah dan banyak lagi.
Maka tidak perlu khuatir kerana anda pasti dapat menikmati hidangan halal jika berada di sini. Senarai restoran yang ditulis ini antara restoran yang sememangnya menyediakan hidangan halal serta lazat. Pastinya ia tidak mengecewakan anda.
Sekiranya anda lapar tatkala tiba di Hotel Asia International, Guangzhou, anda boleh berjalan menuju ke Restoran Bosphorus Turkish. Restoran yang terletak berhadapan dengan hotel ini menawarkan hidangan Turki. Beberapa langkah sahaja dari hotel anda sudah tiba di restoran ini.
Imej via facebook
Suasana restoran agak ringkas tetapi sangat menenangkan. Menu yang pastinya anda suka adalah sup kambing, ayam panggang, nasi serta pelbagai hidangan sampingan lain. Warna – warni hidangan yang tersedia di depan mata pastinya membuat anda semakin teruja untuk menikmatinya.
Imej via facebook
Pelbagai hidangan pencuci mulut seperti tat keju, tat buah, puding, kek dan bermacam lagi boleh anda pilih sebagai hidangan terakhir.
Alamat : No.9 Zhaoqing Building, No.304 Huanshi Zhong Road Yuexiu District, Guangzhou 510000, China
Restoran ini memiliki reputasi hebat bagi menu hidangan yang disajikan. Menu yang sering mendapat perhatian ramai adalah ayam pedas Xinjiang serta homemade yogurt asli. Anda boleh juga mencuba kaki kambing panggang, kebab kambing, kacang jeli serta banyak lagi.
Imej via chinatouradvisors
Bagi menghasilkan hidangan yang berkualiti, hanya stok serta bahan segar digunakan. Ini bagi memastikan hidangan yang disajikan untuk para pelanggan adalah yang terbaik sahaja supaya pelanggan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.
Imej via muslim2china
Anda disarankan mencuba kaki kambing panggang yang terdapat di sini kerana ianya sangat enak dan gerenti puas hati.
Alamat: Floor 3 Xinjiang Mansion, 76 Tianhe North Road, Daerah Tianhe
Restoran Al Madina ini terletak di kawasan perindustrian yang agak sibuk di Guangzhou. Ruang restoran ini agak terhad dan juga sempit. Namun begitu, ia sangat popular di kalangan masyarakat India, Pakistan, Cina dan juga Afrika.
Imej via facebook
Anda boleh datang ke restoran ini dengan menaiki kereta api di mana stesen terdekat adalah stesen Guangzhou. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Imej via facebook
Terdapat nasi beriyani ayam, kambing, roti nan bersama kari kambing dan bermacam lagi yang boleh anda cuba. Rasanya pula pasti tidak mengecewakan anda.
Alamat: Al-Madina Restaurant Shop 15, Xiushan Lou Guangyuan Building # 66, Guangyuan Xi Lu, Guangzhou China
Hidangan kambing panggang serta ayam ala Xinjiang menawarkan hidangan yang sangat menyelerakan. Restoran ini mengekalkan gaya makanan Arab dan menghidangkan menu kambing sebagai hidangan utama. Selain itu, menu seperti mee dengan hirisan daging kambing, sup kambing, ikan kukus serta yogurt pastinya menarik selera anda.
Imej via facebook
Restoran ini menampilkan ciri – ciri serta dekorasi Turki yang begitu bergaya. Terdapat pertunjukan pentas diadakan pada pukul 7.30 malam setiap hari.
Imej via facebook
Anda boleh menikmati hidangan makan malam sambil menyaksikan pertunjukan pentas yang begitu menyeronokkan.
Alamat: Unit 7, Lantai 1, Tianhehui, 160 Jalan Lurus Tianhe, Daerah Tianhe
Restoran Andalus ini terletak di tanah besar China, iaitu Guangzhou. Ia menyajikan pelbagai hidangan halal dari negara Arab, Turki dan juga Itali. Pelbagai menu boleh anda nikmati seperti hidangan makanan laut, kambing, pasta, burger, sup dan juga pencuci mulut.
Imej via muslim2china
Bagi anda yang gemarkan hidangan nasi, jangan lupa untuk mencuba nasi, ikan bakar serta salad yang begitu mengagumkan. Hidangan nasi arab kambingnya dihidangkan di atas talam dan sesuai di makan beramai – ramai.
Imej via synotrip
Alamat : No. 304 Huanshi Zhong Road, Bangunan Zhaoqing, Lantai 1-2, Daerah Yuexiu, Guangzhou
Seperti kebanyakan restoran lain, restoran ini popular dengan hidangan ayam goreng Xinjiang yang begitu enak. Selain itu, kambing panggang yang dibakar pula berwarna keemasan, terasa garing di luar dan lembut di dalam.
Imej via chinatouradvisors
Ia memberi rasa yang begitu luar biasa. Menu seperti bun panggang, sup kambing, mee beras sejuk, teh susu antara menu yang wajib anda cuba tatkala berkunjung di sini. Suasana restoran begitu menarik dan tenang dengan gaya semulajadi yang ditampilkan di pelosok restoran.
Imej via facebook
Alamat: Floor 2, Xinjiang Mansion, 76 Tianhe North Road, Daerah Tianhe
Restoran ini terletak di deretan restoran Muslim dan sangat terkenal oleh masyarakat tempatan. Menghidangkan pelbagai hidangan seperti kebab, salad dan banyak lagi. Antara menu sampingan yang boleh anda cuba pula adalah seperti hummus, tabouleh salad, kibbeh, hotpot Turki dan banyak lagi.
Imej via facebook
Ruang solat untuk pelanggan Muslim turut disediakan. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 pagi.
Imej via facebook
Alamat: 9 Zhaoqing Building, 304 Huanshi Zhong Road Yuexiu District
Restoran ini terletak berhampiran Crowne Plaza yang dikelilingi dengan tempat makan yang agak banyak. Namun, anda tidak perlu risau kerana restoran ini adalah halal dan menyajikan hidangan masyarakat Turki.
Imej via facebook
Anda boleh memesan pai keju (pizza style Turki), hummus, sup, salah, daging kambing dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga bolehlah anda memesan secawan kopi yang begitu segar rasanya.
Imej via facebook
Alamat : 1 / F, Bahagian Selatan, Zhonghuan Plaza, No.18 Jianshe Road, Daerah Yuexiu, Guangzhou, China
Mint Leaf Restaurant ini terletak di Beijing Road. Ia antara restoran yang terkenal di Guangzhou dan merupakan restoran Halal.
Imej via facebook
Restoran ini menyajikan pelbagai masakan Asia Tenggara yang boleh menjadi pilihan anda untuk menjamu selera. Menu hidangan yang istimewa di sini adalah masala bunga kobis, samosa, tofu lada hitam, nasi goreng, sup panas dan banyak lagi.
Imej via facebook
Waktu operasi restoran ini adalah mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Alamat :No.223 Beijing Road, Guangzhou 5101000, China
Restoran Casablanca yang terletak di Yuexiu ini menyajikan pelbagai menu berasaskan resepi hidangan Cina yang halal serta menyelerakan. Selain itu juga, harga yang ditawarkan adalah sangat murah dan berpatutan.
Imej via facebook
Suasana restoran juga agak ringkas dengan saiz ruang yang agak sederhana. Ia hanya boleh memuatkan seramai 20 orang pada satu – satu masa.
Imej via facebook
Anda boleh mencuba menu yang ada di sini seperti sup, daging panggang, nasi, makanan laut, makanan bergoreng, makanan Uyghur dan banyak lagi. Pelayan restoran juga adalah sangat peramah membuatkan anda merasa selesa menjamu selera di sini.
Alamat : No 36, Xihao 2nd Road, Yuexiu, Guangzhou, Guangdong, China
Banyak lagi restoran Muslim lain terdapat di sekitar kawasan berhampiran. Hidangan halal adalah sangat penting buat umat Islam. Biarpun berada di negara China, hidangan halal sangat penting buat semua masyarakat Islam demi menjaga kesucian agama.
Tidak perlu pergi jauh, kawasan sekitar Guangzhou ini di kelilingi dengan banyak restoran yang enak serta halal. Mencari yang halal itu kan fardhu !