Pengaruh filem Korea ternyata sangat memberi kesan terhadap ramai, terutama para remaja masa kini. Ternyata bukan hanya filem Korea yang mendapat sambutan, namun industri makanan Korea juga turut menjadi pilihan ramai.

Trend makanan Korea di pelosok dunia bukan lagi menu baru. Ia berkembang meluas di negara Asia termasuklah Indonesia. Jika anda ke Jakarta, nikmatilah hidangan Korea halal di 8 buah restoran ini.

#1. Yoogane

Restoran ini terletak di Lotte Shopping Avenue Ciputra World. Ia menyediakan pelbagai menu bermula dengan menu premium, main course, side dish, cheese founde and soup, serta rice mix.

Menu yang boleh anda cuba di sini adalah mee goreng, nasi goreng, hidangan ayam berjus dan banyak lagi. Hidangan Korea mempunyai peminat yang tersendiri di Jakarta, Indonesia.

Cheese

Imej via facebook

Campuran sos dan perasa yang unik membezakan restoran ini daripada yang lain.

Mee Goreng

Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga jam 9.00 malam.

Alamat : Level 2, Ciputra World, Lotte Shopping Avenue

#2. SamWon House

Ibarat berada di Korea sewaktu melangkah kaki ke SamWon House ini. Dekorasi serta suasana yang ditampilkan di restoran ini tidak ubah seperti restoran yang terdapat di Korea.

Kelihatan dinding restoran dihiasi dengan baju tradisional Korea. Tiang – tiang di restoran ini yang berwarna merah juga cukup melengkapkan suasana di Korea.

Bibimbap

Imej via facebook

Main dish yang boleh anda pesan ketika di sini adalah Tteokbokki Cheese Sausage. Ia merupakan rice cake yang dihidangkan bersama sosej serta sos istimewa.

Bibimbap

Imej via facebook

Restoran ini terletak di Setiabudi One, dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Bagi yang tidak mahu menunggu tempat kosong untuk menjamu selera di sini, anda juga boleh membuat tempahan awal terlebih dahulu.

Alamat : Setiabudi  One, Ground Floor B107-108A, Jl. HR Rasuna Said, Kuningan, South Jakarta, Indonesia

#3. Han Gang

Semasa anda berada di Grand Mall Indonesia, jangan lupa untuk mencuba hidangan di Restoran Han Gang yang terletak di Level 3A, Sky Bridge. Menghidangkan pelbagai hidangan yang enak dan berkualiti, pastinya anda gembira menjamu selera di sini.

Korean Sup

Imej via facebook

Para peminat hidangan pedas boleh mencuba Sundubu Kimchi yang begitu menyelerakan. Semangkuk Sundubu Kimchi dipenuhi dengan soft tofu, hirisan daging bersama telur dan juga kerang. Ianya enak dimakan bersama nasi putih yang dihidangkan panas untuk para pelanggan.

Ttaebokki

Imej via facebook

Restoran yang dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 9.30 malam sering menjadi tumpuan ramai, terutama para peminat Korea.

Alamat : Grand Indonesia, Senayan City, Plaza Senayan, Mal Taman Anggrek, Jakarta, Indonesia

#4. Jjang Korean Noodle

Para peminat makanan Korea pastinya arif tentang menu yang dihidangkan. Menu seperti Budae Jjigae, sup berkuah merah dan pedas, sosej, keju, macaroni, kimchi, kacang merah panggang dan bermacam lagi pasti anda ketahui.

Bibimbap

Imej via facebook

Jjang Korean Noodle menghidangkan Budae Jjigae sebagai hidangan utama. Ia bukan sahaja lazat, malah saiz hidangannya agak besar dan boleh dimakan oleh 2-4 orang.

Bibimbap

Imej via facebook

Sekiranya anda teringin untuk menikmati hidangan Korea sewaktu berada di Indonesia, anda boleh mencubanya di sini. Ia dibuka sekitar jam 11.00 pagi setiap hari dan tamat operasi pada jam 10.00 malam.

Alamat : Jalan Wolter Monginsidi No 39, Senopati.

#5. Ojju K-Food

Restoran yang diberi nama Ojju K-Food ini merupakan tempat makan baru yang sedang meningkat nama. Ia sangat popular di kalangan masyarakat Jakarta terutama anak muda peminat drama Korea.

Bibimbap

Imej via facebook

Ojju K-Food ini terletak di Level Upper Ground, Kota Kasablanka, Food Society Jakarta dan mempunyai beberapa cawangan lain seperti di Surabaya. Ia terkenal dengan menu Rolling Cheese yang sangat tempting.

Bibimbap

Imej via facebook

Anda boleh memesan samada beef ribs, chicken wings mahupun chicken drumstick. Pilihan menu anda akan disajikan di atas pot panas bersama lelehan dan salutan keju. Ia akan dilakukan oleh pelayan yang bertugas.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh datang ke sini mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ia dibuka setiap hari untuk pelanggan menjamu selera.

Alamat : Grand Indonesia Level 3A East Mall Jakarta, Indonesia

#6. Wu Jang Gun

Sekiranya anda bersama kumpulan yang ramai dan ingin menjamu selera dengan hidangan Korea, maka silalah datang ke Restoran Wu Jang Gun ini. Ia menyediakan hidangan Korean BBQ yang boleh dinikmati beramai – ramai dengan harga yang sangat berpatutan.

Korean Grill

Imej via facebook

Anda mesti mencuba menu Wujanggun Yangnyeom Galbi, marinated grilled beef ribs yang mempunyai tekstur daging yang lembut serta lazat sekali. Hidangan seperti sup juga turut terdapat di sini. Anda boleh mencuba Galbitang, Sundubu – Jjigae dan juga Yukgaejang.

Restoran yang dibuka seawal jam 11.00 pagi ini membolehkan anda menjamu selera dengan gembira. Sekiranya datang bersama kumpulan, adalah disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan anda menunggu lama di luar restoran.

Korean Grill

Imej via facebook

Alamat :Jl. Wolter Monginsidi No.34, RT.1/RW.6, Petogogan, Kby. Baru, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12170, Indonesia

#7. Jeans Chilli Chicken

Semasa anda berada di Indonesia, pastikan anda tidak melepaskan peluang melawat Gandaria City Mall. Selain dapat membeli belah, anda boleh menjamu selera di sekitar sini. Andai sudah jemu menikmati hidangan Indonesia, anda boleh mencuba hidangan Korea pula di sini.

Ayam Kyochon

Imej via facebook

Restoran Jeans Chilli Chicken yang terletak di dalam Gandari City Mall ini menyediakan hidangan ayam goreng Korea yang begitu enak. Ayam gorengnya yang rangup begitu menyelerakan dan anda boleh menikmatinya begitu sahaja.

Tteokbokki

Imej via facebook

Harga makanan di sini juga tidak begitu mahal dan sangat berpatutan. Malah, pastinya tidak mengecewakan anda yang ingin menjamu selera di sini.

#8. Kyochon

Sebut sahaja ayam Kyochon, pastinya anda tahu menu ini. Terutamanya para peminat hidangan Korea, ia bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Ayam Kyochon

Imej via facebook

Ayam Kyochon bukan sahaja popular di Malaysia, namun turut mendapat perhatian masyarakat Indonesia. Chicken Wings Kyochon sering mendapat permintaan ramai kerana rasanya yang begitu mempesonakan.

Nasi Ayam Kyochon

Imej via facebook

Kyochon Jakarta terdapat di tiga cawangan berbeza iaitu di Gandaria City, Casablanca dan juga Pasific Place. Anda boleh datang ke salah satu cawangan restoran yang berdekatan.

Alamat : Pacific Place Mall 4th Fl. Kebayoran Lama, Jawa Barat, Indonesia 10270

#Kesimpulan

Jadi, inilah antara restoran makanan Korea yang menghidangkan sajian halal di Jakarta ini. Sambil melancong ke Jakarta, anda bukan sahaja dapat meluaskan pengalaman, malah dapat menikmati hidangan Korea yang enak selain makanan tempatan Indonesia yang memiliki citarasa yang tersendiri.

Nampaknya tiada masalah lagi untuk anda menikmati hidangan Korea walau di mana sahaja berada. Jalan – jalan sambil cari makan semasa bercuti pastinya menyeronokkan.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.