Cruise Royal Caribbean dan Genting Dream Cruise merupakan kapal pelayaran terkemuka bukan sahaja di Malaysia malah di mata dunia. Kedua-dua kapal mewah ini menyediakan kemudahan dan tarikan bertaraf dunia.

Jika sebut tentang cruise di Malaysia, pasti Genting Dream Cruise yang terbit di bibir kebanyakan orang. Namun tahukah anda, Cruise Royal Caribbean atau terkenal dengan jolokan Royal Caribbean International (RCI) turut berlayar di Malaysia dan negara jiran.

Kedua-dua kapal pelayaran ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Apa yang pasti, kemeriahan yang ada di kedua-dua kapal mewah ini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sesekali bercuti di atas kapal mewah sambil menghirup angin laut, pasti dapat memberikan suasana dan ketenangan yang berbeza. Teringin untuk bermalam di atas cruise mewah? Ini info yang anda perlu tahu mengenai Cruise Royal Caribbean dan Genting Dream Cruise:

Cruise Royal Caribbean

Cruise Royal Caribbean mempunyai banyak kapal pelayaran mewah yang berlayar di seluruh dunia. Kapal-kapal tersebut mempunyai nama tersendiri dan reka bentuk yang berlainan. Di Malaysia, tiada kapal pelayaran dari Royal Caribbean yang mula berlabuh di sini selain lokasi yang hanya menjadi tempat persinggahan kapal tersebut iaitu Penang dan Port Klang.

Jika anda ingin merasai pengalaman menaiki kapal pelayaran dari Royal Caribbean Cruise, pelabuhan yang terdekat untuk anda mula berlayar bersama adalah Singapore. Anthem of The Seas atau Spectrum of the Seas khususnya antara kapal milik Royal Caribbean International yang akan berlabuh dari Singapore menuju ke Penang, Phuket, Bali dan sebagainya.

Kapal mewah ini menawarkan pelbagai tarikan dan hiburan untuk segenap lapisan umur seperti panggung wayang, ice skating dan arked. Bukan itu sahaja, ada juga pusat membeli-belah, gym, spa, kolam renang yang luas dan sebagainya. Banyak aktiviti lain yang santai, lasak dan penuh pengembaraan berada di atas kapal terbesar di Asia ini.

Terdapat beberapa restoran yang berstatus mesra muslim dan halal. Pastikan anda membaca label terlebih dahulu sebelum membeli. Jadi, tiada masalah untuk anda menikmati pelbagai makanan yang enak di sini.

Jika berminat, tempah saja pakej cruise Royal Caribbean untuk merealisasikan percutian kapal pelayaran mewah anda bersama Holidaygogogo! Holidaygogogo menyediakan empat pakej pelayaran dari Singapore menuju ke destinasi pilihan sama ada Penang, Phuket, Vietnam, Hong Kong mahupun Shanghai.

Dua lagi pakej cruise Royal Caribbean yang ditawarkan oleh Holidaygogogo adalah Japan Spectrum of the Seas dan Europe Oasis of the Seas Barcelona Tour.

Genting Dream Cruise

Kapal mewah milik Resort World Cruise ini pula mampu menampung seramai 3352 penumpang dalam satu masa. Kapal ini memiliki 1674 buah bilik yang terdiri daripada 9 jenis bilik selesa. Paling menarik, Genting Dream Cruise adalah kapal yang mempunyai restoran dengan sijil halal. Anda boleh makan sepuasnya di restoran The Lido tanpa rasa was-was.

Pelancong juga boleh membeli-belah dengan pelbagai barang berjenama di dalam kapal ini. Dah penat membeli-belah, pergi pula ke spa untuk menghilangkan rasa penat dan sengal di badan. Selepas diurut, barulah badan kembali bertenaga untuk melakukan aktiviti lain.

Duduk dalam kapal mewah ini pasti tidak akan bosan kerana banyak tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghilangkan tekanan. Jika mahukan hiburan, anda boleh menuju ke panggung dan menonton persembahan istimewa secara langsung seperti tarian dan nyanyian di Zodiac Theater.

Tak cukup dengan itu, tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga semestinya taman tema air yang menawarkan enam jenis gelongsor air yang mengujakan. Ada juga kolam yang luas, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa serta beberapa buah jakuzi.

Siapa kata di dalam kapal mewah tiada aktiviti yang mencabar? Anda boleh menyertai Rope Course & Zipline, wall climbing mahupun golf, penuh dengan pengembaraan yang menyeronokkan. Kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun pula boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di arked dan Little Dreamers Club seperti parti kostum, bengkel dan permainan lain.

Holidaygogogo menawarkan pakej Genting Dream cruise dengan lapan destinasi menarik, dalam dan luar negara seperti Singapore, Phuket dan Penang. Kapal mewah ini akan berlabuh dari Port Klang dan Singapore, tertakhluk pada pakej yang anda pilih.

Jom Berlayar di Cruise Royal Caribbean dan Genting Dream Cruise Bersama Holidaygogogo!

Bukan mudah untuk merancang sebuah percutian idaman lebih-lebih lagi percutian di atas kapal pelayaran mewah. Namun dengan Holidaygogogo, mereka dapat merealisasikan impian anda menjadi kenyataan.

Setiap pakej cruise sama ada Cruise Royal Caribbean atau Genting Dream Cruise menyediakan pakej termasuk penginapan, sarapan, makan tengahhari dan makan malam, serta banyak tarikan dan kemudahan di atas kapal. Semuanya ditawarkan dengan harga yang berbaloi.

Holidaygogogo akan membantu anda untuk menguruskan segala dokumen perjalanan, jadual perjalanan, pengangkutan dan memberi tips yang terbaik sebelum dan semasa percutian.

Holidaygogogo turut menawarkan pakej pelancongan lain dalam dan luar negara yang berbaloi seperti pulau-pulau yang ada di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Jom bercuti bersama Holidaygogogo!

Alamat: No 47, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (9.00 am-6.00 pm)

No telefon: +6010-2396385 | +6016-3526385 | +6016-3796385 | +6016-6016385 | +6010-2216385

Website: Facebook | Holidaygogogo

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.