Makanan eksotik merupakan makanan yang jarang dan sukar ditemui. Malah, tidak semua tempat menyediakan makanan eksotik ini. Terdapat sesetengah orang yang mungkin menganggap makanan tersebut adalah eksotik, namun ada juga yang berpendapat ianya hidangan biasa.

Terdapat pelbagai keunikan makanan eksotik di dunia yang perlu kita ketahui. Biarpun setiap masyarakat memiliki kepelbagaian budaya dan agama, namun kita seharusnya menghargai keunikan masing – masing.

Makanan eksotik ini mungkin membuatkan anda berasa mual jika melihatnya, namun hakikatnya ia menjadi makanan kegemaran sesetengah masyarakat.

#1. Balut (Janin itik separa sempurna)

Balut merupakan hidangan berasaskan telur itik. Ia bukanlah hidangan telur yang biasa anda lihat, namun balut ini merupakan hidangan berasaskan janin itik separa sempurna.

Balut

Imej via steemit

Ia banyak terdapat di Filipina, Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja. Walaubagaimanapun, ia tidak digalakkan makan selalu kerana dikatakan boleh menjejaskan kesihatan.

Balut

Imej via edition.cnn

#2. Mata Ikan Tuna

Masyarakat Jepun sangat terkenal dengan ikan tuna yang bersaiz besar. Masyarakat di negara matahari terbit ini sangat menggemari hidangan mata ikan tuna.

Mata Ikan Tuna

Imej via teen

Ia sering dijadikan hidangan kegemaran ramai. Saiz mata ikan tuna yang besar cukup menarik perhatian masyarakat Jepun.

Mata Ikan Tuna

Imej via liputan6

#3.  Escamol

Sekali pandang ia kelihatan seperti barli ataupun nasi. Namun, escamol bukanlah salah satu makanan tersebut. Sebenarnya ia merupakan telur serangga yang dijadikan makanan di Mexico.

Escamoles

Imej via cannundrum

Sejak zaman Aztec lagi, escamol ini telah dikenali oleh masyarakat di Mexico City. Ramai yang menggemarinya dan mengatakan rasanya lemak seperti kekacang.

Escamoles

Imej via lafoodbowl

#4. Hakarl

Hakarl merupakan sejenis makanan yang dijeruk. Ia diperbuat daripada isi ikan jerung yang dijeruk dan digantung selama empat hingga lima bulan. Hakarl merupakan makanan tradisi rakyat Iceland.

Hakarl

Imej via facebook

Biasanya ikan jerung yang digunakan merupakan ikan jerung Greenland yang dikatakan menjadi kegilaan rakyat Iceland.

Hakarl

Imej via guestofaguest

#5. Serangga Goreng

Thailand sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Maka, tidak hairanlah jika anda boleh menemui serangga goreng dijual sebagai snek ringan.

Serangga Goreng

Imej via kumparan

Serangga goreng yang dijual di pasaran Thailand merupakan makanan ringan kegemaran hampir seluruh masyarakat Thailand. Ia dikatakan sedap dan begitu rangup sekali. Terdapat kala jengking goreng, belalang, labah – labah dan sebagainya.

Serangga Goreng

Imej via wonderfulworld999

#6. Rendang Landak

Bagi masyarakat melayu, hidangan rendang bukanlah sesuatu yang asing. Malah, ia antara hidangan utama menjelangnya Hari Raya yang dimakan bersama ketupat dan lemang.

Rendang Landak

Imej via denai

Biasanya rendang ayam dan daging menjadi pilihan ramai. Namun, di Malaysia terdapat satu jenis rendang yang belum tentu ramai mengetahuinya. Ia adalah rendang landak yang dikatakan tidak kurang hebat rasanya. Tekstur dagingnya seakan ayam namun ianya agak liat sedikit.

Rendang Landak

Imej via rileklah

Daging landak agak sukar diperolehi. Namun, ianya boleh didapati di sesetengah tempat seperti di Sungai Besar dan Sekinchan, Selangor. Kedua – dua tempat ini menyediakan lauk berasaskan landak yang boleh anda cuba.

Harga daging landak agak mahal dan sukar diperolehi. Daging landak juga enak digoreng atau dibuat masak lemak. Malah, ada juga yang menjadikannya sebagai steak dan dikatakan lebih enak.

#7. Tupai Masak Black Pepper

Tupai sejenis haiwan bersaiz kecil yang boleh kita lihat kadangkala meniti di atas kabel – kabel elektrik. Malah, pergerakannya yang begitu pantas membuatkan ramai teruja tatkala terlihat kelibat si tupai.

Tupai Black Pepper

Imej via rileklah

Ada yang mengatakan tupai adalah halal dimakan oleh orang Islam. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Mungkin anda boleh merujuk kepada yang pakar seperti JAKIM untuk mengesahkannya.

Tupai turut menjadi salah satu hidangan eksotik yang digemari ramai. Malah, ia   dikatakan begitu enak sekali dimasak dengan menu black pepper. Terdapat sebuah kedai makan di Gopeng, Perak yang menyajikan hidangan tupai ini.

#8. Telur Buaya

Telur buaya turut menjadi sajian sesetengah masyarakat. Ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan dan mampu menjadi penawar penyakit asma atau lelah.

Telur Buaya

Imej via today.line

Saiz telur buaya ini begitu besar sehingga dua kali ganda dari telur ayam biasa. Telur buaya banyak didapati di Tuaran, Sabah.

Telur Buaya

Imej via intisari

#9. Kerabu Beronok 

Beronok merupakan hidupan laut yang boleh didapati di Pulau Langkawi, Kedah. Bentuknya seakan gamat tetapi agak berbeza dari segi teksturnya. Ia tinggal di kawasan pantai yang berselut.

Beronok

Imej via rileklah

Biasanya beronok ini dijadikan sebagai kerabu dan boleh dimakan bersama nasi. Terdapat juga sesetengah individu yang memakannya secara mentah. Warna beronok ini seakan kelabu dengan campuran merah jambu.

Beronok

Imej via rileklah

Tekstur beronok sedikit kenyal dan seakan isi kulit kelapa. Rasanya pula sedikit masin mungkin kerana habitatnya yang tinggal di sekitar pantai.

#10. Belalang Goreng

Belalang merupakan spesies serangga yang mempunyai dua warna berbeza iaitu kuning dan hijau. Yang berwarna kuning lebih dikenali sebagai belalang kunyit dan boleh dimakan.

Belalang Goreng

Imej via pontianak.tribunnews

Jika di Thailand, belalang goreng begitu popular di sekitar bandar dan menjadi snek ringan masyarakat Thailand. Malah, belalang goreng juga popular di negeri Kelantan.

Belalang Goreng

Imej via brilicious

Terdapat sesetengah orang yang menambahkan santan ke dalam hidangan belalang goreng ini dan dikatakan ianya lebih enak dan lazat.

#11. Belangkas Bakar

Belangkas, dahulunya tidak dipandang, apatah lagi sukar diterima kerana isinya dikatakan beracun. Namun, pada hari ini belangkas telah mendapat permintaan yang tinggi kerana ianya boleh dimakan setelah racunnya dibuang.

Belangkas Bakar

Imej via karangkraf

Darah belangkas yang berwarna biru sangat bernilai tinggi dalam bidang perubatan. Telurnya agak lemak dan belangkas boleh dibakar mahupun dimasak sambal, asam pedas dan sebagainya.

Belangkas Bakar

Imej via facebook

#12. Ulat Mulong atau Ulat Sagu

Ulat mulong atau ulat sagu tinggal di dalam batang pokok rumbia. Makanan bagi ulat mulong ini hanya lah sagu yang terdapat dalam pokok rumbia tersebut.

Ulat Mulong

Imej via malaysiaaktif

Saiz ulat mulong yang gemuk serta berwarna kekuningan ini begitu popular di Sarawak. Ia boleh dimakan mentah, digoreng, disalai, sate atau dijadikan sebagai sup. Ada juga yang memakan ulat ini secara hidup – hidup yang dicicah dengan garam atau sagu.

Ulat Mulong

Imej via malaysiaaktif

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa agama Islam di Sarawak pernah mengeluarkan fatwa supaya melarang umat Islam memakan ulat ini.

#13. Sup Kura-kura

Sup kura – kura boleh didapati di negara Singapura. Hidangan ini dimasak bersama herba Cina bagi menghasilkan rasa sup yang enak dan berkhasiat.

Sup Kura Kura

Imej via niindo

Masyarakat Singapura sangat menggemari hidangan ini kerana supnya pekat dengan rasa herba yang begitu enak.

Sup Kura Kura

Imej via world-of-unique-food

#14. Sup Telur Semut

Sup telur semut merupakan hidangan eksotik dari negara Thailand. Ia juga turut dikenali dengan nama Gaeng Kai Mot Daeng.

Sup Telur Semut

Imej via makanlena

Ia menggabungkan telur semut dan anak semut separa jadi serta larva semut yang dikatakan mempunyai tekstur yang lembut serta sedikit masam. Rasa telur semut ini juga agak halus seakan – akan udang.

Sup Telur Semut

Imej via viva

#15. Les Cuisses Grenouilles atau Kaki Katak

Kaki katak antara makanan eksotik yang begitu popular di kalangan rakyat Perancis. Setiap tahun, sebanyak 3,000 hingga 4,000 tan kaki katak dijadikan sebagai hidangan.

Kaki Katak

Imej via yesofcorsa

Katak merupakan spesies haiwan yang dilindungi di negara Perancis, oleh sebab itu kebanyakan kaki katak diimport dari luar negara termasuk Indonesia. Harga hidangan seberat sekilogram kaki katak dianggarkan lebih kurang RM 45.46.

Kaki Katak

Imej via coupeetcuit

Resepi yang paling ringkas untuk menyediakan hidangan ini adalah dengan mencelupnya ke dalam tepung lalu digoreng di atas kuali yang tidak melekat menggunakan sedikit bawang putih yang diketuk dan minyak zaitun.

#16. Les Escargots atau Siput

Negara Perancis turut terkenal dengan hidangan siputnya. Ia bukanlah siput yang hidup di kawasan pantai, tetapi ia merupakan siput yang dihidup di darat. Hidangan ini juga antara makanan eksotik yang begitu popular di Perancis.

Escargots

Imej via epicurious

Sebanyak 40,000 tan siput digunakan setahun bagi menyediakan hidangan buat para penduduk Perancis.  Kebanyakan siput – siput ini tinggal dan membesar secara liar.

Escargots

Imej via nonchefnick

Siput yang sangat digemari penduduk Perancis adalah siput Burgandy yang juga dikenali sebagai escargot de Bourgogne. Selain itu, siput yang menjadi kegemaran ramai adalah petit gris iaitu siput kecil.

Bagi menyediakan hidangan ini, siput – siput tersebut perlu dikumpulkan serta dibiarkan tanpa sebarang makanan selama 2 minggu. Setelah tempoh tersebut barulah siput – siput dimasak dan dijadikan hidangan yang enak.

#17. Kepala Arnab

Masyarakat di Sichuan, China sangat gemar dengan hidangan kepa arnab yang dimasak menggunakan pelbagai rempah ratus asli yang pedas. Tambahan pula kepingan daging yang terdapat di sekeliling kepala arnab tersebut begitu lembut dan manis rasanya.

Kepala Arnab

Imej via saveig

Hidangan ini merupakan makanan istimewa di wilayah tersebut, malah ia turut diimport hingga ke Perancis. Makanan ini biasanya dimakan pada waktu malam di kebanyakan kedai tempatan.

Kepala Arnab

Imej via saveig

Pelanggan akan menikmati hidangan tersebut dengan menyedut serta menggigit kepingan daging dengan puas sekali.

#18. Tikus Rebus dan Tikus Bakar

Di Manado, Indonesia terdapat hidangan eksotik berasaskan tikus. Ia boleh didapati dalam bentuk tikus bakar atau tikus rebus.

Tikus Bakar

Imej via boombastis

Tikus – tikus yang dijadikan sebagai hidangan merupakan tikus yang diperolehi dari hutan yang mempunyai ekor berwarna putih. Ia bukanlah tikus yang mendiami kawasan parit mahupun sawah padi.

Tikus Rebus

Imej via boombastis

Tikus bakar dimasak menggunakan cara yang begitu mudah sekali di mana bulu – bulunya dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ia dipanggang di atas bara api.

Manakala bagi tikus rebus pula ia biasanya disajikan dalam hidangan sup dengan dagingnya direbus bersama – sama.  Ia dimasak dengan beberapa bahan lain bagi menghasilkan rasa yang lebih enak.

#19. Ulat Bulu

Hidangan ulat bulu sangat terkenal di Jawa Tengah dan berasal dari Kota Purworejo. Masyarakat di Purworejo sememangnya menjadikan hidangan berasaskan ulat bulu sebagai hidangan kegemaran mereka.

Ulat Bulu

Imej via idntimes

Ini kerana mereka percaya dengan memakan ulat bulu, ia dapat mengatasi sakit gigi. Walaubagaimanapun, tidak semua ulat bulu dapat dijadikan sebagai hidangan.

Ulat Bulu

Imej via gotravelly

Ulat bulu yang boleh dimakan adalah ulat bulu Lyman Tridae dari pokok turi. Biasanya ia dijadikan sebagai sate atau juga digoreng sahaja. Ia dikatakan mempunyai protein, tidak beracun dan enak dimakan, malah rasanya agak lemak.

#20. Ikan Buntal

Ikan buntal atau juga dikenali sebagai ikan kristal merupakan hidupan marin yang berduri serta beracun. Malah, ianya boleh membawa maut jika termakan racunnya.

Ikan Buntal

Imej via dody94

Racun tetrodotoxin yang telah dibuang membolehkan ikan buntal ini dijadikan sebagai hidangan istimewa. Ia boleh dimasak asam pedas, kari, goreng, bakar atau apa saja jua masakan.

Ikan Buntal

Imej via cookpad

Selain isi ikan buntal, telurnya juga tidak kurang hebatnya. Ia juga begitu enak dijadikan hidangan namun racun yang terdapat di selaput telur perlu dibuang terlebih dahulu menggunakan pisau atau direbus bersama rebung bagi membuang racunnya.

#21. Daging Biawak

Biawak juga menjadi makanan eksotik di sesetengah negara termasuklah di Malaysia. Ia begitu popular di Asia termasuklah China, Vietnam, India dan beberapa negara lain. Haiwan ini biasanya hidup berhampiran air.

Tomyam Biawak

Imej via resepke17

Daging biawak dikatakan turut mempunyai khasiat yang tersendiri. Maka, tidak hairanlah ramai yang menggilai hidangan berasaskan daging biawak.

Biawak Panggang

Imej via vitdaily

Di negara Indonesia, biasanya daging biawak dijadikan sebagai sate dan begitu di kalangan masyarakat Indonesia. Hidangan daging biawak adalah tidak halal dimakan oleh umat Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, mereka menjadikan hidangan biawak ini sebagai salah satu menu yang unik.

#22. Zazamushi

Zazamushi merupakan sejenis larva dari lalat batu yang dijadikan sebagai hidangan. Ia direbus bersama sos soya, gula dan juga serbuk perisa.

Zazamushi

Imej via otakulounge

Sajian zazamushi ini begitu terkenal di negara Jepun dan sering menjadi snek ringan sewaktu menikmati minuman alkohol. Ia mempunyai protein yang tinggi dan menjadi kegemaran masyarakat Nagano pada mulanya namun kini telah menjadi kegemaran ramai.

Zazamushi

Imej via fondazieoneslowfood

#23. Kelawar

Kelawar memiliki rasa yang enak seakan – akan ayam. Ia dimasak dengan pelbagai resepi, malah rasanya begitu menyelerakan.

Kelawar

Imej via akustressgiler

Hidangan ini biasanya juga dipanggang dan dimakan bersama kuah yang enak. Ia menjadi antara hidangan kegemaran ramai di Filipina, malah turut mendapat perhatian masyarakat di seluruh Asia. Sebab itulah kelawar ini sering dicari oleh para penggemarnya.

Sup Kelawar

Imej via realitatea

Kesimpulan

Begitulah kata orang, lain padang, lain belalang. Mana kan sama selera seseorang, tambah pula setiap negara memiliki pelbagai suku kaum yang berbeza.

Jadi, inilah antara makanan eksotik yang terdapat di seluruh negara. Sesetengah hidangan mungkin menjadi sebahagian hidangan masyarakat di Malaysia, namun rata – rata makanan eksotik banyak terdapat di luar negara.

Jika sesuatu makanan itu selamat untuk dijadikan hidangan, maka tidak hairanlah jika ada yang sangat menggemarinya selagi ia tidak membatasi sesuatu adat, kepercayaan, pantang larang sesetengah kaum. Adalah penting dalam masyarakat untuk kita menghormati serta memahami antara satu sama lain. Bagi yang beragama Islam, tidak semua makanan eksotik boleh dinikmati kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.