Bagi yang suka makan makanan yang datangnya daripada Timur Tengah, Restoran Al-Rawsha Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 boleh dijadikan antara restoran pilihan untuk makan.

 

Hadapan Restoran

Restoran ini dikatakan ramai sebagai restoran yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi dengan harga. Boleh dikatakan restoran nasi arab yang terkenal di Shah Alam untuk dicuba.

hendak mencari restoran ini pula tidak susah. Disini kami kongsikan antara ‘landmark’ penting apabila ke sini.Antara bangunan yang paling dekat dengan restoran ini adalah Sekolah Menengah Seksyen 7. Jika anda datang dan sekolah berada di sebelah kanan, anda hanya perlu jalan ke depan sedikit sahaja lagi.

Anda akan jumpa simpang ke rumah kedai di sebelah kiri. Ambil dan masuk simpang dan jalan sahaja sehingga hujung. Apabila di hujung, anda akan perasan tersergamnya sebuah bangunan seperti istana. Jangan risau tentang parking. Di sini, parking disediakan di dalam kawasan restoran.

Bangunan hiasan dalaman juga nampak mewah. Ini alamat lengkap untuk mereka yang ingin datang ke sini B5-13-G & B5-13-1, Jalan Multimedia 7/AH 40000 Shah Alam, Selangor. Ianya dibuka untuk makan tengah hari hingga lewat tengah malam setiap hari.

 

Harga Nasi Arab

Tidak sukar sebenarnya untuk memesan di sini.Apabila di AL-Rawsha, pelanggan akan diberikan set menu. Sangat senang memesan menu pilihan kerana setiap menu disertakan sekali gambar makanan dan juga harga. Jadi anda bolehlah tahu bentuk makanan apa yang akan diperolehi nanti. Selain itu, anda bolehlah menganggak harga yang akan dikenankan.

 

Menu Al Rawsha

Imej via Foursquare

 

Cuma, jika untuk mendapat maklumat dengan jelas tentang sesuatu menu yang anda tidak faham, bolehlah bertanyakan kepada pelayan yang mesra pelanggan. Maklumlah menu ini bukanlah makanan seharian kita.

Apa yang ingin dipesan? Tepuk perut, tanya selera apa yang terfikir. Pesan sahaja apa yang berkenan daripada pembuka selera, menu utama sehinggalah kepada pencuci mulut. Kuantiti menu makanan di Al-Rawsha sangat banyak dan berhati-hatilah dalam memesan takut dikatakan membazir.

 

Pujian dan Komen

Banyak pujian daripada pelanggan yang datang dan mencuba makan di sini. Antara menu yang dicadangkan dan dipuji adalah kebab ‘lamb’. IAnya menu wajib dicuba bagi sesetengah orang. Nasi arabnya juga dikatakan sangat sedap. Tentang harga pula, ramai mengatakan harganya sangat berpatutan.

 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.