Restoran Aden Port Dickson menghidangkan menu yang berasaskan Barat dan juga Arab. Di samping suasananya yang berdekatan dengan pantai Port Dickson, lokasinya juga sangat strategik.
Bagi anda yang mencari restoran Arab Port Dickson, ia terletak berhampiran dengan Bank Islam Port Dickson dan juga CIMB Bank Port Dickson.
Kepakaran restoran yang diberi nama Aden ini adalah menyediakan masakan Arab dan juga Barat yang sangat sedap. Kebanyakan pengunjung yang datang ke restoran Aden ini berpuas hati dengan hidangan makanan yang disediakan. Selain itu, menu yang Restoran Aden tawarkan juga sangat unik dan berada pada kelas mereka yang tersendiri.
Secara umumnya, menu restoran Arab Port Dickson ini fokus kepada masakan Arab dan juga Barat atau western. Menu utama mereka adalah masakan Arab seperti Lamb Haneeth, Lamb Mandi, Lamb Madghout, Lamb Kabsa, Chicken Madghout, Chicken Haneeth, Chicken Mandi dan juga Chicken Kabsa.
Setiap juadah yang disediakan ini terdapat dalam variasi yang berbeza, iaitu hidangan Set Family ataupun hidangan biasa. Untuk ‘Set Family’, julat harganya sekitar RM50 hingga RM250 bergantung kepada kuantiti ayam dan juga daging kambing.
Biasanya untuk Set Family, ia boleh dimakan untuk hidangan dua orang sehinggalah lapan orang. Jadi, bagi anda yang mempunyai keluarga yang besar ataupun mahu reunion bersama rakan anda, set menu ini pasti sangat sesuai.
Bagi menu masakan Barat pula, mereka menawarkan Chicken Chop, Chicken Cream Soup, Fish & Chips, Udang Goreng, Spaghetti Bolognese dan juga Lamb Chop. Selain itu, BBQ campuran dan Ikan Gril juga turut disediakan disini. Bagi rasanya pula, memang sangat sedap!
Selain menu diatas, menu lain yang terkenal di restoran Aden adalah makanan Arab dan Barat yang boleh dikelaskan dalam kategori makanan kering, barbeku, pencuci mulut dan juga hidangan ringan.
Bagi makanan kering, mereka menawarkan Shakshooka, daging Moqalqal, Samosa Shrimp, Chicken Oqda dan juga Fahsah Lamb. Untuk menu barbeku pula, antara yang sering menjadi kegemaran pelanggan disini adalah Kebab Ayam yang menggunakan rempah ratus yang sangat sedap. Jadi, sangat rugi sekiranya anda tidak mencubanya!
Untuk menu pencuci mulut disini semuanya sangat sedap. Antaranya adalah Kunafa, Baklava, Banana Split Ice Cream, Masoub, Greek Salad, Yogurt Salad, Hummus dan sebagainya. Bagi anda yang mempunyai anak-anak, mungkin menu ini akan menjadi kesukaan mereka.
Wahai peminat makanan Arab dan western, sangat best untuk anda jejakkan kaki ke Restoran Aden Port Dickson ini beramai-ramai. Jangan lupa juga gambarkan kenangan anda menikmati keenakan juadah makanan disini.
Lokasi: No 61Jalan, Pd center point 61Bandar, Jalan Mahajaya, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam
No. Telefon: 06-646 2586
Jom baca juga Masakan Arab Restoran Dima, Kafe Kopi Melaka, Coconut shake Melaka dan Mee Racun Titan.