Anda perlu cuba resepi telur bistik jika mahukan kelainan dalam masakan berasaskan telur. Masak telur bistik lebih extra ‘kick’ dan mengenyangkan.
Apa sebenarnya telur bistik ni? Kebiasaannya telur bistik dimasak bersama kuah dan lauk lain seperti ayam dan daging. Ada juga yang menambah aneka sayur, menjadikannya satu hidangan lengkap.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya cukup mudah. Sesuai buat mereka yang mencari menu makan tengah hari atau makan malam yang simple dan cepat untuk dimasak. Berikut merupakan 7 cara masakan telur bistik yang sedap!
Resepi pertama ini menggunakan 5 biji telur dan dimasak secara dadar. Jika anda suka akan telur crispy, anda perlu cuba resepi ini. Hidangan lebih meriah dan menarik dengan sayur campur. Kak Chik telah berkongsikan resepi ini di laman Facebooknya.
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland yang sudah dipotong dadu.
3. Masukkan ayam yang dah dipotong dadu tumis sehingga matang.
4. Masukkan 3 sekawan sos bersama sedikit sos ikan.
5. Gaul sebati semua bahan lalu masukkan lada besar, lada benggala, lobak dan jagung.
6. Masukkan air sedikit untuk bagi dia berkuah dan reneh sekejap.
7. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.
8. Akhir sekali taburkan daun sup.
Nota: Tepikan dulu kita buat telur pulak.
1. Pecahkan telur 5 biji tadi dan kacau bersama garam serta serbuk perasa.
2. Masak macam biasa macam kita buat telur dadar. Ada dua pilihan, kalau pandai buat ala-ala telur bistik bungkus bolehlah buat. Buat masa dekat kuali tu selepas itu masukkan bahan yang sudah masak tadi dan letakkan ditengah-tengah telur dan bungkus.
3. Kalau tak pandai nak bungkus-bungkus dan mahu elak berterabur, buat macam telur dadar biasa. Apabila sudah masak, letakkan atas pinggan macam biasa lalu letak bahan yang dimasak tadi ke atas telur.
Norhafizah Shabudin berkongsikan resepi telur bistik dengan lebih ringkas. Menu ini lebih berkuah tetapi masih pekat. Makan bersama nasi putih panas mesti berselera. Berikut merupakan bahan dan cara penyediaannya.
1. Campur kesemua bahan.
2. Goreng telur seperti biasa.
1. Tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga layu.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato lalu tambahkan sedikit air.
3. Tambah cili padi ketuk dan semua sayur.
4. Perasakan dengan garam.
5. Apabila sudah siap kuah, tuang ke atas telur dadar. Tabur daun sup dan daun bawang.
6. Jika mahu kuah lebih, tambah air lebih, cili sos, cili dan tomato lebih.
Satu kelainan dalam resepi kali ini adalah menggunakan kepingan daging burger. Resepi mudah yang dikongsikan oleh Razzi Hajemi ini sesuai buat pelajar yang ingin memasak menu bajet. Jom cuba!
Kebiasaanya kuah telur bistik dimasak bersama sos cili atau sos tomato. Namun resepi yang dikongsikan oleh Pelangi Petang Terindah menggunakan sos lada hitam untuk memberi kelainan pada masakan ini. Jika dilihat pada tekstur menu, ia lebih pekat dan kurang berkuah. Namun rasanya pasti lebih sedap.
1. Pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih atau cair. Buat macam telur dadar.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Apabila sudah masak, angkat dan letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3. Panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan apabila sudah garing, masukkan daging atau ayam kisar tadi. Masukkan sos cili, sos lada hitam dan sos tiram.
4. Masukkan lobak merah atau frozen mixed vegetables (ini tambahan kalau suka) dan lada benggala. Tunggu sehingga masak.
5. Setelah itu, perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6. Apabila sudah siap masak, bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
Masak telur mata kerbau lebih mudah untuk mengagak kuantiti hidangan. Bukan itu sahaja, pasti ada yang gemar telur mata kerana kuning telur yang cair dan mengiurkan. Ikuti resepi dari Mariana Zainal jika mahukan telur mata kerbau bistik yang berkuah.
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan hiris dan cili hingga naik bau. Masukkan sos cili.
3. Tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan sayur campur (mix vegetable) dan kacau sebati.
5. Masukkan air. Apabila sudah menggelegak, masukkan telur, garam dan perasa. Sesuaikan rasa.
6. Tutup api dan sedia dihidang. Tabur daun sup atau daun bawang.
Kebanyakan telur bistik yang dijual di kedai menghidangkan menu ini dengan tumisan lauk yang diletakkan di dalam telur bungkus. Resepi yang dikongsikan oleh Kak Ita Amoora sesuai dijadikan hidakan sampingan bersama tomyam mahupun sardin. Jom cuba resepi sedap ini!
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika, biarkan sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu.
6. Sebelum diangkat, taburkan daun sup atau daun ketumbar.
1. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
2. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur rata dan anggaran bulatan telur cukup untuk bungkus. Bahagian tepi biar nipis manakala di tengah-tengah tebal sedikit. Biarkan sekejap.
3. Anggaran sudah separuh masak, letakkan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
4. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
5. Siap. Bolehlah dihias dengan timun, daun sup, tomato dan tuang sos tomato dan sos cili.
Ikuti resepi dari Fara Idayu Rosli jika anda suka akan telur yang rangup disaluti dengan kuah yang pekat dan basah. Memeang bertambah jika makan bersama nasi panas. Antara tips untuk menjadikannya rangup adalah menambah air sejuk. Berikut cara-caranya.
1. Pukul semua bahan sehingga berbuih dan goreng dengan minyak yang banyak dan api yang kuat.
2. Apabila sudah garing angkat dan toskan minyak.
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang bertanda ** sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga hilang bau maung.
3. Masukkan sos cili dan diikuti carrot.
4. Apabila sudah agak mendidih, masukkan perasa (garam, gula dan perasa).
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga mendidih sekejap.
6. Akhir sekali masukkan capsicum dan bawang holland. Masukkan akhir sekali agar bawang rangup.
Pelbagai olahan resepi telur bistik yang pasti dapat menambah selera anda seisi keluarga. Kesemua resepi sangat mudah dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk memasaknya.
Jika anda mencari menu ringkas tetapi sedap dan cepat, ini antara menu yang patut anda cuba. Selamat mencuba!
Mencari pelbagai resepi simple tetapi sedap? Jom cuba resepi di bawah: