Tauhu merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein. Ianya sering digunakan di dalam masakan untuk pelbagai hidangan sama ada sayur, makanan berat atau snek.
Ini jelas menunjukkan yang cara masakan untuk tauhu memang beraneka. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi tauhu untuk anda cuba. Teruskan membaca!
#1 Sup Tauhu Telur Cina
Sukakan makanan bersup? Anda wajib cuba resepi sup tauhu telur ini, dijamin sedap dan menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Jannah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
½ sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
Tauhu telur
1½ cawan air
1 sudu kecil minyak bijan
Tepung jagung
Lobak
1 kiub pati ayam
Daun bawang / ketumbar
2 biji telur (dipukul)
Cara-cara:
Salut kering tauhu telur dengan tepung jagung dan goreng. Ketepikan.
Masukkan minyak bijan dan tumiskan bawang putih dan lada hitam.
Kemudian, masukkan air.
Masukkan lobak dan kiub pati ayam.
Setelah mendidih, masukkan telur dan cepat-cepat gaul.
Masukkan 1 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air.
Setelah mendapat kepekatan yang diinginkan, masukkan tauhu telur.
Taburkan dengan minyak bijan dan daun ketumbar / bawang.
Sedia untuk dihidang.
#2 Tauhu Berlauk
Ini merupakan antara resepi tauhu yang cukup popular – tauhu berlauk. Ianya sangat enak dinikmati begitu sahaja, rugi jika anda tak cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Arfiza Farzira Abu Hasan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Lobak (dipotong dadu)
Bawang holland (dipotong dadu)
Daun sup (dipotong halus)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Telur
Bahan kisar halus:
3 tiub tauhu telur
3 ketul tauhu putih
2 ketul isi ayam bahagian dada
3 biji telur
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Cara-cara:
Campurkan bahan kisar halus dengan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 5 – 10 minit sahaja.
Angkat dan salutkan tauhu dengan telur. Gorengkan.
Sedia untuk dihidang.
#3 Tauhu Begedil
Ini juga merupakan antara resepi viral yang sangat terkenal – tauhu begedil. Ianya juga dijual di serata tempat, namun anda juga boleh mencuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Sekin Orkid di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan isi tauhu:
Kentang
Bawang merah
Daging kisar/ayam
Daun sup
Garam secukup rasa
Bahan salut tauhu:
Telur
Sedikit garam
Bahan sos kicap:
Cili api
Bawang putih
Kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-cara:
Rebus kentang sehingga empuk
Tumis bawang, daging kisar, daun sup dan garam secukup rasa sehingga masak
Lenyek kentang & gaul bersama bahan tumis tadi.
Potong tauhu dari bahagian atasnya kepada bentuk x.
Campur isi tauhu yang dikeluarkan dengan bahan tumis tadi.
Isikan kentang yang sudah digaul sebati ke dalam tauhu.
Celup tauhu dengan garam dan telur dan gorengkan.
Untuk sambal kicap, gorengkan cili api dan bawang putih.
Kisarkan, kemudian campurkan dengan kicap.
Masukkan sedikit air dan masak hingga bahan kisar mendidih.
Perasakan dengan garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.
#4 Tauhu Buatan Sendiri
Ingin membuat sendiri tauhu di rumah? Cubalah resepi tauhu homemade yang ringkas bahannya ini! Resepi ini dikongsikan oleh Jumee Afuan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 1 malam).
Air (sukatan 1 cawan kacang : 2 cawan air)
10 sudu besar cuka
2 bakul yang sama saiz
Cara-cara:
Lepas cuci kacang, rendam selama 1 malam dan keesokannya, cuci lagi. Toskan/tapiskan.
Kisar kacang dengan sukatan air yang dinyatakan, kemudian tapiskan menggunakan kain kasa.
Masak air kacang soya hingga hilang bau mentah.
Masukkan cuka dan biar hingga berketul
Letak dalam bakul dan alaskan dengan kain kasa.
Tindih bakul dengan benda berat.
Biar sejukkan sejuk dan buka kain.
Potong tauhu ikut saiz disukai
Gorengkan.
#5 Tauhu Telur
Tauhu telur ini merupakan hidangan yang cukup mengenyangkan. Ianya juga merupakan resepi tauhu buatan sendiri yang wajib anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Syafiqah Nasuha di laman Facebook.
Bahan-bahan:
6 biji telur bersaiz besar (dipukul)
500 ml susu soya panas
5 g tepung jagung
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
Campurkan susu soya panas tadi dengan garam dan tepung jagung. Kacau rata.
Tuangkan adunan susu soya tadi dalam telur. Pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan dalam loyang. Kukus 20 minit dengan api perlahan dan alas tutup kukus dengan kain supaya air tak menitik.
Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong mengikut bentuk kesukaan.
#6 Tauhu Kukus Daging Ayam
Hidangan yang mengenyangkan dan menyelerakan pasti wajib disajikan buat anda dan keluarga. Jadi, cubalah resepi tauhu kukus daging ayam ini. Resepi ini dikongsikan oleh Pari Malar Thoraisingam di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Tauhu lembut
Bawang (dihiris)
Halia (dihiris)
Bawang putih (dipotong dadu)
Cendawan shitake / kacang pis
Daging ayam (dicincang halus)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin
Sediki serbuk lada putih
Daun bawang sebagai hiasan
Cara-cara:
Kukus tauhu lembut selama 15 minit dan buang air kukusan yang ada di dalam pinggan.
Potong tebal tauhu yang dikukus (boleh dapat 5 kepingan). Ketepikan.
Goreng bawang, bawang putih dan halia.
Setelah bawang rangup, masukkan isi ayam. Gaul dan goreng.
Masukkan sos tiram dan kicap masin. Goreng hingga masak.
Masukkan serbuk lada putih.
Setelah siap, tuangkan daging ayam di atas tauhu lembut yang dikukus.
Hiaskan dengan daun bawang.
Sedia untuk dihidang.
#7 Tauhu Goreng Rangup
Tauhu bukan sahaja enak dibuat lauk, ianya juga sedap jika digoreng rangup. Makan pula dengan sambal kicap, pasti padu! Resepi ini dikongsikan oleh Mastura Razali di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu basah (dipotong 4)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
½ sudu kecil serbuk penaik
1 cawan air
1 kiub pati ayam + ⅓ cawan air panas (untuk hancurkan kiub pati ayam)
Cara-cara:
Bancuh semua bahan kecuali tauhu.
Setelah sebati, masukkan tauhu. Gaul sebati.
Tapis / sejat, kemudian gorengkan tauhu. Simpan air bancuhan.
Setelah kelihatan garing, tuangkan air bancuhan tadi dan sentiasa kacau.
Biarkan tauhu garing.
Angkat dan sejat minyak.
Sedia untuk dihidang.
#8 Tauhu Goreng Suhun
Hidangan tauhu goreng suhun ini mempunyai rasa masam dan manis yang seimbang, jadi ianya dijamin enak. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3 biji tauhu (dipotong dadu)
1 bungkus suhun
12 ekor udang
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
½ kiub pati ayam
Sedikit kicap manis
Sedikit daun bawang dan cili merah sebagai hiasan
Bahan tumbuk:
2 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
Cara-cara:
Gorengkan tauhu. Ketepikan.
Tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak.
Masukkan udang, air asam jawa, kicap manis, kiub pati ayam, garam dan gula hingga kuah mengering.
Masukkan suhun dan tauhu. Masak selama 5 minit.
Hiaskan dengan daun bawang,
Sedia untuk dihidang.
#9 Tauhu Pok Telur Masin
Selalunya tauhu digoreng atau dibuat sambal. Apa kata kali ini anda cuba sedikit kelainan dan membuat tauhu pok telur masin? Resepi ini dikongsikan oleh Emma Haleigh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Tauhu pok
Mentega
Bawang putih (dicincang halus)
Cili (dicincang halus)
Susu cair
Serbuk telur masin Bestari
Daun kari
Cara-cara:
Goreng tauhu pok dan potong kepada empat. Ketepikan.
Masukkan mentega ke dalam kuali dan tumis bahan cincang.
Masukkan serbuk telur masin, susu dan daun kari.
Akhir sekali, masukkan tauhu pok.
Sedia untuk dihidang.
#10 Sambal Tauhu Telur
Bagi pembaca yang sukakan makanan pedas, anda patut cuba resepi sambal tauhu telur ini. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Asykeen di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Tauhu telur (dipotong)
2 biji telur untuk menggoreng taufu (dipukul)
Garam & perasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar:
Cili kering (direndam)
10 biji bawang merah
Bawang putih
Halia
Cara-cara:
Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Masukkan tauhu telur dan rendamkan dalam telur sekejap.
Gorengkan dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar dengan minyak.
Setelah sambal garing, masukkan tauhu telur yang digoreng tadi. Kacau sebati.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi tauhu, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!