Sate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang.
Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti : sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam. Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.
Kelazatan sate belum sempurna apabila tidak dilengkapi dengan kuah. Ciri khas sate melayu ialah dimakan bersama kuah kacang. Kuah kacang dibuat daripada kacang tanah yang ditumbuk halus atau kasar mengikut selera. Bahan-bahan yang digunakan seperti rempah ratus, kacang tanah, santan, cili kering, minyak masak dan sedikit belacan. Gula merah juga boleh ditambahkan ke dalam kuah sate untuk meningkatkan warna dan rasa kuah sate.
Pada resepi kali ini kami akan mengongsikan resepi sate ayam serta kuah kacang yang sangat lazat. Resepi ini dikongsikan oleh NazLynn Ismail di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.
1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.
1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.
Selain resepi Satay Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.