Rendang adalah hidangan Minang yang berasal dari wilayah Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Hidangan ini popular di negara-negara Asia Tenggara yang berdekatan dan ini termasuklah dengan Malaysia.
Disebabkan itu, jenis rendang ini ada bervariasi. Tertanya-tanya tentang resepinya? Berikut kami senaraikan 10 resepi rendang untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Rendang Siat
Sekali pandang, hidangan ini kelihatan seperti serunding. Tetapi, ianya sebenarnya rendang siat, sejenis hidangan rendang yang teksturnya kering dan dagingnya disiat-siat. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg daging
Santan cair
Sedikit garam
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili kering (direbus dan dikisar halus) (jumlah mengikut tahap kepedasan)
800 g santan pekat
Sedikit garam
Sedikit gula
Kerisik 1 biji kelapa
Hirisan daun limau purut / hirisan daun kunyit
Bahan kisar:
1 labu bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
5 batang serai
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 butih buah pelage
Sedikit kulit kayu manis
2 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu kecil biji jintan putih
2 sudu kecil biji jintan manis
Cara-cara:
Rebus daging dalam santan cair dengan sedikit garam sehingga empuk. Simpan air santan lebihan rebusan daging.
Sejukkan daging yang direbus, kemudian siat-siat halis daging tersebut. Ketepikan.
Tumiskan bahan kisar hingga garing, wangi dan pecah minyak.
Setelah bahan kisar sudah garing, masukkan cili kering.
Setelah cili sudah garing, masukkan bawang hiris. Kacau sehingga bawang bersalut rempah dan menjadi lembut.
Bila bawang dah mula lembut dan wangi, Masukkan santan pekat dan air santan lebihan rebusan daging.
Kacau hingga bawang menjadi lembut dan mula hancur.
Tambah garam jika perlu dan sedikit gula.
Masukkan daging yang dah di siat. Kacau-kacau, masak lagi hingga bawang mula tak berapa nampak dan kuah makin mengering.
Masukkan kerisik dan kacau rata.
Bila dah mula kering, masukkan hirisan daun limau purut atau hirisan daun kunyit.
Kacau hingga kering dan garing.
Sedia untuk dihidang.
#2 Rendang Ayam
Ini adalah juadah wajib semasa Hari Raya – rendang ayam. Memang enak dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemat dan pulut kuning. Resepi ini dikongsikan oleh Senz Ahmad di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 sudu cili kisar
2 asam keping
5 sudu besar kerisik
500 g santan (jumlah mengikut kesukaan)
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk kunyit
4 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan kisar halus
8 batang serai
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan kisar halus dan cili kisar. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan aji.
Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
Masukkan daun limau dan kerisik.
Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit.
Sedia uuntuk dihidang.
#3 Rendang Minang
Pernah cuba resepi rendang asli dari Minang? Hidangan ini cukup popular di Indonesia dan Malaysia kerana keraslian resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Ayu Susanti di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Daun kunyit
Daun limau purut
Daun salam
Santan
Daging
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Halia lengkuas
Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar, daging, daun salam dan daun limau purut. Tak perlu gunakan minyak untuk menumis.
Setelah menggelegak, masukkan santan, garam dan bahan perasa. Untuk 1 kg daging, anda perlu guna 1 kg santan.
Sedia untuk dihidang.
#4 Rendang Pucuk Ubi Kayu
Pucuk Ubi Kayu juga sesuai dibuat rendang. Rasanya yang berlemak dan berempah pasti akan mencuri hati sesiapa sahaja yang mencubanya. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Siti Mariyatul Chiptiah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Pucik ubi kayu (dipotong halus)
10 helai daun kunyit (dipotong halus)
6 batang serai (diketuk)
Ikan bilis halus (jumlah ikut kesukaan)
Garam
Serbuk perasa
4 biji kelapa santan
Bahan kisar:
1 genggam cili api
6 biji bawang besar
6 ketul besar kunyit hidup
Cara-cara:
Tumis bahan kisar dalam kuali.
Masukkan serai yang diketuk.
Setelah wangi, masukan santan.
Setelah santan menggelegak, masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit.
Masukkan serbuk perasa dan garam, kacau sehingga betul-betul kering (sekitar 2 jam).
Sedia untuk dihidang.
#5 Rendang Daging
Rendang daging juga merupakan hidangan wajib semasa sambutan Hari Raya atau majlis. Resepi ini dikongsikan oleh Norafyda Yahya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
9 kg daging (direbus hingga kering airnya)
Sedikit lada hitam (jika suka)
Santan
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Serbuk perasa
Air asam jawa
Kerisik
Daun kunyit (dihiris halus)
Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili kering
Cili api (mengikut kesukaan)
Bunga lawang
Kayu manis
Bahan rempah:
Jintan manis
Jintan putih
Biji ketumbar
Cara-cara:
Gorengkan bahan rempah tanpa minyak. Setelah naik bau, kisar kering hingga halus.
Dalam periuk berasingan, tumis bahan kisar.
Masukkan daging dan gaul sebati sehingga hampir kering.
Masukkan bahan rempah tadi dan gaul rata.
Masukkan santan dan masak hingga agak kering.
Perasakan dengan gula melaka, gula pasir, garam dan serbuk perasa.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kerisik dan masak menggunakan api perlahan hingga kering.
Hiaskan dengan daun kunyit.
Sedia untuk dihidang.
#6 Opor / Rendang Pahang
Opor juga merupakan jenis rendang yang berasal dari Pekan, Pahang. Jenis daging yang digunakan untuk hidangan ini ialah daging kerbau. Resepi ini dikongsikan oleh Syarifah Nabilla Sayed Harun di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 kilo daging kerbau
2 paket kecil rempah opor Puteri Ayu (1 paket untuk 1 kg daging)
7 biji bawang besar (sebiji dimayang, 6 biji dikisar/ boleh kisar semua)
7 ulas bawang putih (seulas dimayang, 6 biji dikisar / boleh kisar semua)
7 ulas bawang kecil (dikisar)
Halia (sebesar setengah ibu jari)
Lengkuas
7 batang serai (dikisar)
Belacan
Lada kering (dikisar)
Rempah 4 sekawan
Santan (kelapa parut/kotak)
Asam jawa/asam keping
Gula melaka
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Cara-cara:
Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan yang sudah dimayang.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
Masukkan rempah opor yang sudah dibancuh.
Tambahkan belacan dan kacau hingga naik bau. Sentiasa kacau rempah agar ia tidak hangit dan pahit.
Setelah itu, masukkan daging yang potongannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
Masukkan gula melaka (untuk 2 kg daging, masukkan 3 keping gula melaka).
Masukkan santan.
Masukkan asam jawa atau asam keping.
Perasakan dengan garam dan masak hingga lembut.
Sedia untuk dihidang.
#7 Rendang Tok
Ini juga merupakan antara resepi rendang yang wajib anda cuba – rendang tok. Ianya merupakan hidangan yang berasal dari negeri Perak. Resepi ini dikongsikan oleh Mastura Mohamed di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
2 kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Daging (potong ukuran 2 x 2 inci)
Air kelapa daripada 2 biji kelapa (jika mahu)
Santan daripada 2 biji kelapa
5 sudu kerisik
5 sudu gula merah
2 keping asam keping
4 biji buah kurma
Gula
Garam
1 kiub pati daging
Daun limau purut (jika mahu)
Serai (dititik)
Sedikit air
Kelapa (disangai)
Bahan perap daging (kiraan utk sekilo daging) (dikisar):
20 tangkai cili kering
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 inci halia
2 inci lengkuas
Seinci kunyit hidup
4 batang serai
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
2 sudu lada hitam
4 biji buah keras
Cara-cara:
Perap daging dengan bahan perapan daging selama 1 jam.
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan daging yang diperap dan masak hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan air kelapa dan santan.
Masukkan kerisik, gaul rata kemudian masukkan gula merah dan asam keping.
Masukkan buah kurma dan perasakan dengan garam dan gula.
Tambahkan kiub pati daging dan daun limau purut jika mahu.
Jika daging masih belum lembut, tambahkan air dan masak hingga rending kering.
Kemudian, masukkan kelapa yang sudah disangai. Kacau rata dan matikan api.
Bila dah sejuk, pindahkan rending ke dalam mangkuk atau bekas.
Sedia untuk dihidang.
#8 Rendang Negeri Sembilan
Pernah cuba resepi rendang Negeri Sembilan? Bagi yang lebih menggemari hidangan yang pedas, ini adalah resepi rendang yang tepat untuk selera anda. Resepi ini dikongsikan oleh Shida Ambok di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg daging
500 g santan
4 batang serai
Segenggam cili api kampung
1.5 inci lengkuas
2 inci kunyit
1 paket kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air tu biarlah menutupi paras daging.
Kisarkan cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian tuangkan pada daging yag telah direbus tadi.
Setelah sedikit kering, masukkan santan.
Kacau sehingga daging dan santan kering, kemudian masukkan kerisik.
Masukka garam dan serbuk perasa.
Kacau lagi sehingga tekstur betul-betul kering.
Sedia untuk dihidang.
#9 Rendang Kacang Panjang
Selalu cuba resepi rendang daging dan ayam sahaja, teringin juga untuk cuba yang sayur. Jadi, cuba sahaja resepi ini – rendang kacang panjang. Resepi ini dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Pedal, hati atau sedikit isi ayam
Kacang panjang
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (jika mahu)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
Cili padi
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara-cara:
Tumis bahan kisar hingga masak.
Masukkan hati, pedal dan isi ayam. Kacau rata.
Masukkan asam keping dan santan. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan kacang panjang.
Masukkan daun kunyit yang dihiris.
Perasakan dengan gula dan garam.
Sedia untuk dihidang.
#10 Rendang Sarawak
Rendang Sarawak juga merupakan antara hidangan tempatan yang sangat menyelerakan. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediannya juga cukup mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Putra Bugis Temasek di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam/ 1 kg daging
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (½ biji kelapa)
Bahan B:
1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ sudu besar tepung kunyit
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa tangkai cili padi (ikut selera sendiri)
Cara-cara:
Cuci ayam/daging sampai bersih. Toskan.
Gaulkan semua bahan B dengan ayam/daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri.
Masukkan santan sedikit demi sedikit.
Selepas itu, masukkan kerisik dan daun kunyit.
Pastikan ayam/daging masak sampai empuk.
Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa sendiri.
Akhir sekali biarkan air santan kering dan matikan api apabila ayam/daging sudah betul-betul masak.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi rendang, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!