Tercari-cari resepi pastri yang mudah untuk dibuat?

Pada waktu petang, kita selalunya menikmati makanan ringan seperti snek, pencuci mulut dan antara yang paling popular – pastri. Patri ini juga ada banyak jenis seperti puff, samosa dan tart.

Pastri juga tidak terlalu susah untuk dibuat. Untuk itu, berikut kami senaraikan 5 resepi pastri yang bukan sahaja ringkas, malah enak. Teruskan membaca!

#1 Tuna Cheese Puff

resepi pastri

Imej via Facebook

Puff tuna merupakan salah satu resepi jenis pastri yang sangat popular. Selain sedep, ianya juga senang untuk dibuat. Resepi ini dikongsikan oleh Pijah Pak Ulong di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 tin Tuna @ sardin pun boleh
  • Puff pastri (segi empat)
  • Kepingan keju Cheddar (dipotong kecil)
  • Telur + sedikit susu cair (disapu atas pastri)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Cili hidup (jika ingin pedas)
  • Lada sulah
  • Garam

Cara-cara:

  1. Lenyekkan tuna bersama bawang, cili, garam dan ladang sulah untuk dijadikan inti.
  2. Letakkan inti ke dalam pastri. Tambahkan sedikit keju di atas inti,
  3. Lipat pastri.
  4. Tekan pastri menggunakan garfu dan sapu telur di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180°C  selama 20 minit (mengikut ketuhar masing-masing).

#2 Kunefe

resepi menggunakan pastri

Imej via Facebook

Kunefe merupakan manisan atau hidangan pencuci mulut Arab yang menggunakan pastri kataifi. Rasanya yang manis pasti akan memikat hati anda. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan pastri:

  • 350 gm pastri kataifi
  • 150 gm mentega (dicairkan)
  • Keju mozzarella tanpa garam (dihiris)

Bahan sirap:

  • 5 senduk nasi gula putih
  • 4 senduk nasi air
  • ¼ jus lemon
  • 1 sudu kecil orange blossom water (juga boleh didapati di kedai Arab)

Cara-cara:

  1. Masakkan air gula dan sejukkan.
  2. Masukkan jus lemon dan orange blossom water. Jika tiada orange blossom water, boleh juga gunakan kulit lemon.
  3. Dengan menggunakan tangan, hancurkan pastri kataifi. Biar ia kecil-kecil.
  4. Curahkan mentega yang dicarikan di atas pastri kataifi. Gaul sebati.
  5. Letakkan selapis kataifi (½ daripada pastri tadi)di dalam baking tin 8’yang sudah disapu dengan mentega. Padatkan.
  6. Letakkan keju di atas lapisan kataifi. Pastikan tidak terlalu ketepi untuk mengelakkan keju cair.
  7. Taburkan ½ lagi kataifi di atas lapisan keju tadi. Tekan-tekan biar padat. 
  8. Letakkan sedikit mentega di atas pastri yang sudah siap.
  9. Panaskan gril ketuhar.
  10. Menggunakan api perlahan di atas dapur, letakkan baking tin berisi patri tadi. Pusing-pusingkin baking tin supaya tidak hangus.
  11. Apabila bahagian tepinya nampak perang, gunakan pisau untuk melihat bahagian-bahagian tepi pastri sama ada ia sudah melekat antara satu sama lain (tidak berderai).
  12. Angkat dari dapur dan bakar di bawah gril hingga keemasan selama 5-8 minit, bergantung kepada kepanasan grill. Sentiasa perhatikan pastri sehingga siap.

#3 Tart Telur Hong Kong

tart telur

Imej via Facebook

Tak sahlah senarai ini jika kami tak senaraikan tart telur. Ianya mudah didapati di bakeri, namun tak salah jika anda cuba sendiri. Boleh adjust sesuka hati! Resepi ini dikongsikan oleh Mawar Wilsa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A- Tart Pastri ( 11 biji tart bergantung kepada saiz acuan):

  • 200 gm tepung gandum ~ diayak
  • 140 gm mentega/marjerin
  • 75 gm gula icing
  • ½ biji telur (pukul ringan 1 biji telur & ambil ½ sahaja)

Bahan B – Telur Kastard

  • 2 biji telur
  • 50 gm gula
  • 150 ml air panas
  • 50 ml susu cair/susu segar
  • 2 titis pewarna kuning telur *optional

Cara-cara:

  1. Sediakan doh untuk pastri.
  2. Pukul butter bersama bersama gula hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sekejap.
  4. Masukkan telur dan adun hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan pembungkus plasyik dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  5. Keluarkan doh, bahagikan doh kepada 11 bahagian atau bergantung pada saiz acuan tart yang anda gunakan.
  6. Sapukan acuan tart dengan sedikit mentega/marjerin.
  7. Ambil satu bahagian doh dan bentuk/rapikan kan di dalam acuan tart . Buat sehingga selesai kesemua doh pastri.
  8. Untuk telur kastard, bancuh gula bersama air panas dan kacau hingga larut. Ketepikan dan biar sejuk.
  9. Pukul ringan telur bersama sama dengan susu segar pewarna kuning telur.
  10. Kemudian, masukkan air gula tadi dan kacau rata. Ttapis sekurang kurangnya 2 kali untuk mendapatkan tart yang licin.
  11. Panaskan oven pada suhu 180°C . Masukkan perlahan lahan Telur Kastard ke dalam tart shell.
  12. Bakar tart di dalam oven selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.

#4 Samosa Daging

resepi pastri

Imej via Facebook

Satu lagi pastri Arab yang popular ialah samosa. Ianya ala-ala karipap, namun lebih rangup dan nipis. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Gam tepung
  • Minyak masak
  • Kentang/keledek kuning (dipotong dadu)
  • Ayam/ Daging Cincang
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang kecil (ditumbuk)
  • Serbuk kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2.  Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam/daging cincang serta kentang/keledek.
  4. Masukkan air bagi mengelakkan kentang hangus.
  5. Masak sehingga kentang dan ayam/ daging menjadi lembut.
  6. Setelah itu, masukkan daun kari dan daun sup.
  7.  Ambil kulit popia, dan gulung inti menjadi samosa berbentuk tiga segi.
  8.  Panaskan minyak masak, dan goreng sehingga garing.

#5 Apple Pie

resepi pastri

Imej via Facebook

Pai epal ini cukup sedap dinikmati semasa minum petang bersama teh o panas. Ianya juga mudah untuk anda buat sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Hasniza Hassan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A – Inti Epal:

  • 3 biji epal hijau
  • 4 oz gula pasir (boleh gantikan dengn gula perang)
  •  3 oz air tapis

Bahan B – Adunan Pastri

  •  155 g tepung gandum
  •  125 g tepung naik sendiri
  • 125 g marjerin
  • 1 biji telur
  • Air sejuk (dari peti ais)

Cara-cara:

  1. Untuk inti epal, buang kulit epal hijau.
  2. Hiris nipis-nipis dan rendam dalam air garam.
  3. Masak epal hijau yang dihiris tadi dengan gula pasir/ perang dan air. Boleh ubahsuai kemanisannya.
  4. Masak hingga lembut dan hancur. Kemudian tiriskan air dan ambil hanya inti epal.
  5. Sejukkan inti epal di dalam peti ais.
  6. Untuk adunan passtri, campur tepung gandum dan tepung naik sendiri.
  7. Gaulkan marjerin bersama tepung hingga sebati.
  8. Masukkan telur dan air sejuk dari peti ais dan uli hingga lembut.
  9. Canai pastri lebih kurang setebal 2 mm.
  10. Sesuaikan pastri dengan saiz loyang dan masukkan ke dalam loyang pai. Kemaskan tepi pastri.
  11. Tebarkan inti epal ke dalam pastri. Jangan terlalu nipis atau tebal, sedang-sedang saja.
  12. Kemudian tutup dengan sekeping lagi pastri.
  13. Boleh guna garpu untuk kemaskan tepi pastri dan buat corak.
  14. Sapukan kuning telur di atas pastri.
  15. Bakar menggunakan ketuhar dengan suhu sekitar 200°C selama lebih kurang 40 minit (boleh tambah masa jika bahagian bawah kurang masak).

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi pastri, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

 

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.